Ini Rahsianya Buat Sotong Celup Tepung Rangup & Tak Hancur

Share

Jika pergi ke kedai, pasti kecewa dengan sotong celup tepung yang tidak menepati citarasa. Jadi, nak tak nak, bila buat sendiri sotong celup tepung barulah puas hati kan.

Nah, menerusi perkongsian menarik daripada Means Yusoff ini, sotong celup tepung ini rangup di luar namun lembut di dalam.

Jom kita cuba!

SOTONG CELUP TEPUNG

BAHAN-BAHAN:

Sotong
Tepung bestari – beli online di sini
1 biji telur
Tepung kering (bancuhan tepung bestari + sedikit tepung beras)
Air

CARA-CARA:

1.Sotong dipotong-potong kecil. Boleh juga menggunakan gunting bagi memudahkan kerja.


2. Kemudian, perap sotong dengan tepung bestari yang sudah dicampurkan dengan air.


3.Selepas 10 minit, masukkan telur. Gaul bagi sebati.


4.Sediakan tepung kering di dalam bekas lain. Tepung kering ini boleh saja jika menggunakan tepung bestari sekiranya tiada tepung beras.


5.Kemudian, pindahkan sotong yang sudah dicelup tadi ke dalam adunan tepung kering.


6. Tutup bekas tersebut dan goncang-goncangkan sehingga semua sotong disaluti tepung kering. Inilah rahsia yang membuatkan sotong celup tepung sedap rangup dimakan!


7. Panaskan minyak. Gorengkan sotong sehingga kekuningan. Pastikan minyak betul-betul panas. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kredit: Meens Yusoff

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN