Ini Rahsia Buat Cucur Udang Tak Serap Minyak & Sempurna Bentuknya

Share

Minum petang ni kita buat cucur udang. Gerenti ramai yang suka. Rahsia nak bagi kembung cucur udang ni, perapkan selama tiga jam. Barulah bila menggoreng hasilnya menjadi elok. Lebih enak dimakan bersama sos homemade. Jomlah kita buat.

 

CUCUR UDANG

BAHAN-BAHAN:

½ kg tepung gandum

2 sudu besar tepung beras

1 labu bawang besar (potong dadu)

2 biji telur

1 cawan taugeh

Kucai

Udang kertas (kopek kulit)

Udang biasa (untuk hiasan atas)

3 cawan air

Garam – Secukup rasa

Dapatkan Mitsutoyo Rechargeable Personal Blender Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MEMBUAT:

1.Campurkan semua bahan kemudian perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh tapi nanti tak berapa sedap, dia jadi keras.

*Ni la rahsia ia kembung tapi tak serap minyak, perapkan sebab kita tak guna baking powder tau.

 

CARA MENGGORENG:

1.Panaskan 2 kuali. Satu untuk menggoreng, satu lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.

2.Bila senduk dah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.

3.Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Siap untuk dihidang.

BAHAN SOS:

Cili masak

Bawang putih

Gula

Garam

Cuka

Sos cili

Tepung jagung – bancuh dengan air

Cara membuat:

1.Rebus cili dan bawang putih kemudian kisar sampai hancur.

2.Masak dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam & cuka.

3.Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik.

4.Akhir sekali, baru masukkan air tepung jagung.

Kredit: Tyra Manan

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN