Orang kata ikan masin, lauk pembuka selera, tetapi bila terlalu masin bahaya juga untuk kesihatan. Bagi mengatasi masalah ini, berikut tip mudah yang boleh bantu kurangkan rasa masin melampau dan anda boleh menikmati ikan masin dengan lebih sihat. Cubalah salah satu dari tiga tip berikut:
Rendam Dengan Air Biasa
Rendam ikan masin dengan air basa selama 12-24 jam, dengan cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya, sekurang-kurangnya anda kena tukar air rendaman 3-4 kali sepanjang proses rendaman. Lecehnya cara ini ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Oleh itu sebelum disimpan atau dimasak toskan airnya
IKLAN
Rendam Dengan Air Garam
Rendam ikan masim dalam air garam ( 2 liter air tambah 1 sudu akan garam). Biarkan selama 5-10 minit. Cara ini rasa masin akan kurang dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir dalam air masin. Jika masih lagi masih, boleh ulang sekali lagi proses rendaman. Selepas direndam toskan.
IKLAN
Rendam Dengan Air Panas
Cara ini juga mudah dan cepat untuk kurang rasa masin ikan masin. Namun tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut. Jadi jangan rendam lebih dari 10 minit ye! Toskan betul-betul kering sebelum disimpan atau terus dimasak.
IKLAN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Korang tahu tak yang Jangka hayat telur yang baik adalah tak melebihi 45 hari, kalau korang beli telur dekat pasaraya dah tentu ada tarikh luputnya tapi akalau beli kat kedai runcit biasa, memang takda lah kan ? Jangan risau atau susah hati ini ada dua cara boleh tolong korang macam mana nak tau telur tu masih elok atau tak.
Pertama: Goncangkan telur, kalau dengar bunyi kocakan ia maksudnye telur itu sudah lama. Sebab telur segar tidak akan mengeluarkan bunyi ketika digincangkan.
Kedua: Masukkan air sejuk ke dalam gelas, rendam telur tersebut dan perhatikan. Jika telur rendam sepenuhnya sampai dasar gelas bermakna telur sangat segar.
Jika telur masih rendam dan berdiri di atas satu hujung di bahagian bawah mangkuk telur masih boleh dimakan. tetapi jika ia terapung ke permukaan maksudnye telur itu tidak lagi segar, busuk dan tak boleh dimakan.
Tidak kira ikan sungai atau ikan laut mahupun jenis ikan, ia adalah sumber protein terbaik untuk tubuh. Tetapi, lecehnya ikan segar tidak lari dari bau hanyir, susah disiang dan kadang-kadang bila digoreng mudah melekat pada kuali atau hancur isinya bila digulai. Sakit hati jadinya.
Untuk semua masalah ini, anda jangan bimbang, lapan petua di bawah ini boleh mengatasi semua masalah anda berkaitan ikan.
Cara Mudah Buang Sisik Ikan:
Sesetengah ikan, sisiknya sukar untuk ditanggalkan. Cara mudah mengatasinya adalah dengan merendamkan ikan di dalam air dan biarkan seketika. Kikis sisik ikan di dalam air. Anda akan dapai sisiknya mudah tertanggal.
Hilangkan Bau Hanyir:
Tuang lebih kurang dua sudu teh cuka atau dua sudu perahan limau nipis atau kasturi pada satu kilo ikan, Gaul dan biarkan lebih kurang 10-15 minit kemudian bilas dengan air bersih. Untuk hilangkan rasa masam cuka, taburkan sedikit garam. Kedua, anda boleh gunakan asam jawa, gaul rata dan selepas 10 minit cuci dengan air bersih. Ketiga, anda gunakan air basuhan beras untuk membasuh ikan, selepas dibersihkan rendam dengan air beras beberapa minit. Kemudian dicuci dengan air.
Ikan Garing Bila Digoreng:
Sebelum goreng, Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian campurkan sedikit serbuk kunyit dalam minyak panas untuk menggoreng ikan. Goreng ikan seperti biasa. Kedua, Campurkan serbuk kunyit, garam dan sedikit bawang putih yang telah dikisar pada ikan. Lumurkan rata dan perap beberapa minit. Kemudian goreng ikan seperti biasa.
Ikan Tidak Melekat Semasa Digoreng:
Masukkan sekeping asam gelugor dalam minyak untuk menggoreng ikan. Setelah minyak panas, goreng ikan seperti biasa. Pasti ikan cepat garing dan tidak melekat.
Ikan Sejuk Beku Segar Semula:
Ikan sejuk beku atau yang disimpan lama dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Ia boleh diatasi dengan merendamkan ikan tersebut dalam susu segar selama 15 minit. Kemudian masaklah seperti biasa. Ikan akan segar semula dan enak dimakan.
Ikan Bakar Lebih Sedap:
Jika ingin ikan bakar lebih sedap rasanya, selepas dicuci ikan tersebut hendaklah diperapkan dengan sedikit asam jawa dan air. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibakar atau dipanggang.
Ikan Segar Walaupun Disimpan Lama:
Cara mengekalkan kesegarannya, siang kesemua ikan tetapi jangan dicuci. Masukkan ke dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. Ikan akan tetap segar walaupun di simpan lebih seminggu dalam peti sejuk.
Telur Ikan Tidak Pecah: Masukkan telur ikan ke dalam plastik. Rebus lebih kurang lima minit. Keluarkan dari plastik dan masak seperti biasa.
Ramai tahu tepung jagung berfungsi membantu memekatkan kuah dan sos. Namun pernahkah ada waktunya bila korang ingin menggunakan tepung jagung tapi kehabisan pulak. Jangan risau atau tak jadi masak hanya kerana kehabisan tepung jagung. Sebenarnya boleh saja tukar dengan tepung lain yang ada dalam dapur korang. Berikut beberapa tepung yang boleh digunakan sebagai ganti tepung jagung :-
Tepung Ubi
Tepung yang diperbuat dari ubi kayu ini mempuyai rasa dan warna hampir sama dengan tepung jagung, Sebab itu kalau anda gunakan sebagai penganti tepung jagung, ia tidak akan mengubah rasa. Cara penggunaannya, anda hanya perlu larutkan tepung ubi dalam air mendidih, Jangan guna air sejuk kerana ia tidak larut dalam air sejuk. Namun pastikan nisbah airnya adalah betul, jika kurang hasil bancuhan akan menjadi pekat kenyal. Tepung ubi juga tidak sesuai untuk makanan yang dimasak lama kerana ia boleh mengeras, sebab itu ia lebih sesuai sebagai campuran dalam tumisan dan sup.
Tepung Beras
Tepung beras adalah alternatif terbaik penganti tepung jagung. Teksturnya lebih pekat padat tidak lembik atau kenyal seperti tepung ubi. Untuk menggunakannya, satu sudu makan tepung jagung bersamaan 3 sudu makan tepung beras. Ia sesuai digunakan untuk campuran dalam sos atau tumiasan, jika dicampurkan dalam bahan gorengan ia akan memberikan tekstur rangup.
Tepung Serbaguna
Tepung gandum serba guna adalah campuran tepung gandum rendah protein dengan tinggi protein. Namun tepung ini ada sedikit bau tepung, oleh itu ia sesuai anda gunakan untuk makanan yang kuat bau supaya dengan bau tepung tidak akan begitu ketara. Sifatnya hampir sama dengan tepung jagung, ia boleh membantu memekatkan kuah masakan. Jika ingin menggunakan tepung ini nisab penggunaannya adalah satu sudu makan tepung jagung bersamaan dua sudu makan terpung serba guna.
Tepung Sagu
Tepung ini berasal dari batang pokok sagu. Pati sagu yang menjadi tepung ini mudah menyerap cairan semasa dipanaskan, sebab itulah tepung ini boleh memekatkan masakan. Jika digunakan dalam kuih muih seperti biskut ia akan memberikan tekstur yang rapuh.
Tepung Kentang
Tepung ini diperbuat dari kentang, namun ia tidak berbau atau memberi kesan rasa kentang. Ia antara tepung paling sesuai sebagai penganti tepung jagung. Nisbah penggunaannya sama sahaja, anda boleh selaraskan ikut cita rasa. Namun semasa mencampurkannya dalam masakan, perlulah menggunakan api sederhana.
Diharapkan dengan info ini anda boleh manfaatkan dalam mengolah pelbagai jenis masakan kegemaran anda.