Keliru tentang perbezaan Vegetarian dan Vegan. Bunyinya hampir sama dan kedua-duanya berkaitan tentang gaya hidup atau diet berasaskan tumbuhan. Tetapi terma vegetarian dan vagen merujuk kepada cara makan yang berbeza.
Jika anda ingin tahu, vegetarian merujuk kepada seseorang yang tidak memakan daging binatang dan seafood. Pengamal vegetarian ini pula terbahagi pula kepada tiga jenis,
Lacto- Vegetarian (memakan produk tenusu tetapi tidak makan telur),Ovo-Vegetarian (makan telur tetapi tidak makan produk tenusu) dan Lacto-Ovo-Vagetarian makan kedua-dua produk tenuysi dan telur. ini adalah diet vegetarian yang paling biasa diikuti.
Ads
Manakala Vegan, pengamal diet yang langsung tidak mengambil langsung sebarang produk tenusu dan telur, mahupun sebarang makanan yang diproses membabitkan bahan dari binatang. Malah orang Vegan juga tidak akan memakai pakaian yang dibuat dari bulu atau kulit binatang atau produk kecantikan yang telah diuji ke atas binatang.
Sama ada menjadi Vegetarian atau Vegan memang baik untuk kesihatan kerana tidak mengambil daging yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes. Namun bukan mudah untuk mengubah gaya hidup tanpa ada kesungguhan. Apa lagi sudah biasa dengan lauk pauk yang sedap.
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bosannya bila kupas bawang merah mesti menangis, tapi kalau ada bawang merah tak sempurna masakan. Sudahnya terpaksa reda mengupas atau menghirisnya dengan lelehan air mata.
Lepas ni, confirm anda tidak menangis lagi kerana Rasa ingin kongsikan 10 tip atau petua mengatasi masalah menangis setiap kali kupas bawang merah. Cuba jangan tak cuba.
1. Rendam bawang yang telah dikupas di dalam air ais beberapa minit kemudian hiris seperti biasa.
2. Sejukkan bawang merah sebelum dikupas. Cara mudahnya, masukkan bawang dalam peti sejuk sebelum dikupas. Dalam keadaan sejuk tindak balas kimia getah bawah semasa dikupas atau dihiris adalah lambat.
3. Pastikan pisau yang digunakan tajam kerana ia membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia yang boleh memedihkan mata berbanding menggunakan pisau tumpul.
4. Pelik tapi benar, gigit batang mancis untuk mencegah air mata keluar semasa sedang menghiris bawang merah.
5. Mengunyah gula-gula getah atau makanan dikatakan mampu mengurangkan air mata yang mengalir keluar. Kerana semasa mengunyah, otot-otot muka terutamanya di kawasan mata akan bergerak dan menghalang bahan kimia yang memedihkan mata dari keluar.
6. Kupas dan potong bawang di bawah air mengalir, kerana air mengalir akan menghilangkan bahan kimia yang memedih mata dalam bawang.
7. The National Onion Association menyatakan air mata yang keluar semasa mengupas dan memotong bawang akan berkurangan jika dimulakan dengan memotong bahagian atasnya sebelum mengupas kulitnya.
8. The National Onion Association juga menyarankan, elak memotong akar bawang kerana bahagian tersebut akan segera mengeluarkan getah yang menyebabkan mata cepat pedih.
9. Semburkan cuka makan di atas papan pemotong boleh mengurangkan pengeluaran air mata.
10. Gunakan bantuan kipas angin dengan kedudukan bertentangan dengan muka supaya aura getah bawang itu terbang sehala mengikut arah angin kipas dan pastinya tidak mengena mata.
11. Jika mengupas dalam jumlah yang banyak, rendam bawang merah dalam bekas yang berisi air mendidih kemudian tutup rapat. Setelah sejuk toskan airnya, kemudian boleh dikupas menggunakan tangan dengan mudah.
Pakar kesihatan ada mengatakan bahawa dengan mengupas bawang sehingga anda mengeluarkan air mata, ia adalah terapi untuk membersihkan mata dari segala kotoran.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sekarang ini barangan tiruan bukan hanya pakaian, perhiasan diri dan barangan rumah malahan makanan tiruan pun ada . Berhati-hati dan berwaspadalah pada kewujudan makanan tiruan ini.
Kalau rasanya lain macam dan rupanya pun membuat kita was was, elakkan daripada membelinya. Untuk mengelak kita ditipu, ini min kongsikan panduan dari pada Zayyan.my . Ini antara 5 makanan tiruan yang sering dijual dan cara untuk mengenalpastinya.
1.Kacang Pis Hijau
.
Kacang pis hijau tiruan diperbuat daripada gabungan kacang soya dan sodium metabisulfiate dimana penggunaan sodium metabisulfite adalah dilarang kerana boleh membawa risiko pertumbuhan kanser dan masalah metabolisme.
Cara untuk membezakan tiruan dan asli adalah anda perlu mengambil langkah lebih berhati – hati dengan memilih dari pengeluar yang dipercayai. Jika anda dapati warna kacang terlalu hijau itu bermaksud ia adalah pewarna.
2. Telur Ayam
.
Telur tiruan mengandungi bahan merbahaya seperti asid benzoik, sodium alginate dan banyak lagi.
Kebiasaannya kedua – dua elemen kulit telur dan isi telur ditiru seperti asli. Cara nak membezakannya ialah, kulit telur tiruan biasanya lebih keras dan berbentuk lebih besar dari telur sebenar. Dan kuning telur yang terlalu kuning boleh berkemungkinan adalah tiruan.
3. Mi
.
Pendedahan penghasilan mi tiruan di dedahkan pada tahun 2010. Bahan asas membuat mi ini adalah gandum yang rosak dan perasa merbahaya dan ada juga yang diperbuat daripada plastik.
Mi Tiruan biasanya boleh dikenal pasti dengan merasanya sebelum masak
4. Kayu Manis
.
Anda salah jika memikirkan semua kayu manis yang dijual adalah kayu manis sebenar. Kadang – kala yang dibeli adalah Cassia iaitu pengganti kepada kayu manis yang nilainya lebih murah.
Baunya Cassia adalah berbeza dan ia sebenarnya turut membahayakan kesihatan. Kayu manis sebenar mempunyai ‘cinnamomum verum’ pada bungkusannya dan cassia pula mengandungi ‘cinnamomum aromaticum’. Kayu manis sebenar mudah dipatahkan dan ringan. Cassia pula sangat keras dan bewarna coklat terang.
5. Scallop
.
Kebiasaanya mahal harganya dan disebabkan itu, banyak pengilang menggunakan isi ikan hancur, ikan pari, kuda laut dan isi ikan jerung sebagai pengganti.
Ada juga yang menggunakan fungus salji untuk diproses menjadi scallop.
Pergi kedai nak beli bendi, tapi kecewa bila lihat semua hujung bendi dah dipatahkan gara-gara kerana mahu memilih bendi muda. Bukan saja kita geram dengan keadaan ini tapi pemilik kedai juga.
Sebenarnya tak perlu pun kita patah hujung sayur ini, ada lagi cara lebih mudah yang boleh digunakan untuk memilih bendi muda. Kita hanya perlu lihat bahagian tangkai bendi saja. Tip ini dikongsi oleh Azuan Abdullah.
Pagi semalam masa jalan-jalan dekat kebun, kawan ada tanya macam mana nak kenal buah bendi yang muda dan sesuai untuk dimakan tanpa patahkan hujung buah. Saya pun tunjukkan cara mudah;
Bendi boleh kita kelaskan kepada 5 tahap
1. Sangat Muda
Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur, rasa manis bendi tu ada. Cicah dengan budu tempoyak dan nasi panas-panas, gerenti tak cukup nasi satu pinggan.
Buah tahap ni tak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik, tiada rasa bendi nanti.
2. Muda
Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Biasanya saiz lubang tu besar jarum je. Sangat sesuai untuk dibuat masak singgang, kari dengan kepala tenggiri dan asam pedas ikan pari. Perghh memang terangkat weh.
3. Tua
Bendi tua ni akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya dah agak keras. Tahap ni la yang biasa banyak kita silap beli.
4. Sangat Tua
Buah sangat tua ni lubang di tangkainya dah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya dah rasa keras dan mula berkayu. Tak boleh nak makan sebab buah dah rasa macam bersepah dan tak rasa apa-apa.
Kesimpulannya memang senang sangat nak tahu bendi muda atau tua. Yang tiada lubang udara di tangkai tu sangat muda. Akan ada lubang udara kecil bila muda dan lubang udara jadi makin besar bila buah makin tua.