Pernah keliru tak nak bezakan mana satu bihun dan mana satu suhun? Sebab dua bahan ini secara padangan mata kasar bentuk dan warna macam sama, hakikat sebenarnya ia adalah dua bahan yang berbeza. Malah kedua-duanya dibuat dari bahan yang berbeza, tekstur dan cara memasak juga tidak sama. Nak tau apa perbezaannya, baca hingga habis info ini.
Bahan Asas
Bihun sejenis mi halus yang dibuat dari tepung beras, ia juga disebut sebagai Mihun. Ada juga bihun dibuat dari tepung jagung. Sedangkan suhun dibuat dari pati kacang hijau, tapi sekarang ada juga yang dihasilkan dari pati ubi kayu dan kentang.
Ads
Warna Tekstur & Rasa
Warna bihun putih kusam, teksturnya rapuh dan mudah patah semasa kering, tetapi selepas dimasak ia mengadi lembut dan sedikit kenyal. Sementara suhun berwarna putih jernih dan ia lebih liat dan tidak mudah patah walaupun dalam keadaan kering. Selepas dimasak teksturnya licin, menyerap air dan mudah putus, rasanya adalah tawar berbanding bihun.
Cara Memasak
Sebelum dimasak bihun cukup sekadar direndam air panas selama 2-3 minit kemudian ditoskan sebelum sedia dimasak. Atau boleh juga dicelur lebih kurang satu minit. Angkat dan tos. Atau boleh saja direndam air sejuk. Tetapi rendaman mestilah lebih lama. Sama dengan bihun, suhun juga perlu direndam dengan air panas tetapi masanya lebih lama (5-15 minit). Tetapi bila ditoskan suhun akan melekat satu sama lain. Oleh itu adalah lebih baik rendam suhun dalam air sejuk biasa dan tos hanya bila sedia dimasak.
Ads
Cara Simpan
Bihun yang sudah dimasak boleh bertahan satu hari jika disimpan pada suhu bilik, jika dimasukkan dalam peti sejuk ia bertahan 4-5 hari. Tetapi ia perlu disimpan dalam bekas bersih dan kedap udara. Jika dalam keadaan kering ia tahana lama jika disimpan dalam bekas kering dalam suhu bilik.Sementara suhun mesti disimpan dalam keadaan kering, jika basah ia tidak tahan disimpan lama. Suhun kering juga perlu disimpan dalam bekas kedap udara di tempat kering.
Ads
Diharapkan info ini boleh membantu anda membezakan dari padangan mata kasar, cara memasak dan menyimpan bihun dan suhun.
Langgan Rasa
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Dalam bidang masakan ada banyak koleksi petua dapur yang boleh dicuba. Ianya bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja memasak dan penyediaan makanan agar anda rasa tidak berasa susah, cepat siap serta mengelakkan dari pembaziran. Berikut adalah koleksi petua-petua yang boleh anda cuba dan amalkan. Moga setiap satunya memberi manfaat dan memudahkan kerja harian anda di dapur.
1. PETUA HILANGKAN RASA PAHIT LEMON
1. Jika anda merasa pahit pada hidangan bersos akibat penggunaan lemon, tambahkan beberapa cubit garam kemudian kacau. Garam mampu meneutralkan rasa pahit. Masukkan sedikit demi sedikit hingga rasa pahit hilang.
2. Untuk hidangan makanan lain yang kuahnya lebih pekat, anda boleh menghidangkannya dalam keadaanmasih panas atau suam agar rasa pahit tidak begitu ketara. Suhu panas boleh membuat rasa pahit tidak dapat dikesan. Ini yang membuatkan kopi panas tidak terlalu pahit rasanya dibandingkan kopi sejuk.
3. Jika anda akan membuat minuman daripada lemon, pastikan anda hanya menggunakan isi buahnya sahaja. Buang biji dan bahagian kulit yang berwarna putih, kerana bahagian itulah yang membuat lemon terasa pahit.
2. PETUA PILIH KETAM YANG BANYAK ISI & PENUH TELUR
Pilih ketam yang bertelur. Sudah pasti isinya banyak.
Beli ketam semasa bulan mengambang. Dikatakan masa ni isi ketam tengah padat dan penuh.
Ambil ketam betina. Ini kerana ketam betina mempunyai lebih banyak isi berbanding ketam jantan.
Panduan seterusnya ialah, lihat bahagian bawah badan ketam betina. Jika ada selonggok telur di luar badan, ha…itu petanda ketam tersebut banyak telur. Kena ambil yang tu. Memang puas hati makan.
5. Nak tahu berat ke tidak, cubalah timbang-timbang dengan tangan. Kalau berat, tanda isi penuh lah tu.
4. PETUA CUCI KAIN PENGELAP DAPUR AGAR LEBIH BERSIH & HARUM
Kain pengelap yang bersih digunakan ketika proses memasak di dapur. Namun jika tidak dibasuh dengan kerap, kain pengelap ini biasanya akan menjadi busuk. Petua mudah ini mampu memastikan kain pengelap sentiasa bersih dan selamat digunakan.
BAHAN-BAHAN:
Soda Bikarbonat
Cuka
Air panas
Kain Pengelap
CARA-CARA:
Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.
Bilas kain dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Hasilnya kain pengelap anda lebih bersih dan tidak busuk.
5. PETUA LEMBUTKAN AYAM PENCEN
Ayam pencen memang enak dimasak dengan pelbagai hidangan seperti rendang, kari, gulai dan bermacam-macam lagi. Namun, isi ayam ini bukan mudah dimasak seperti isi ayam biasa. Ia mempunyai tekstur yang lebih keras serta liat. Bagi memudahkan isi ayam ini empuk sewaktu dimasak, ada petua yang boleh dicuba. Antara yang boleh dicuba adalah:
BAHAN-BAHAN:
Ayam tua – dibersihkan
Betik muda
CARA-CARA:
Hiris betik muda bersama-sama kulitnya.
Masukkan ke dalam bekas berisi ayam dan rendam selama 10-15 minit.
Kemudian bolehlah dibersihkan dan dimasak seperti biasa.
Sama ada nasi atau periuk nasi yang bermasalah, nasi yang anda masak adakalanya cepat basi. Pasti anda pernah menghadapi masalah sebegini bukan? Penat bertukar jenis beras, dan cuba pelbagai jenis petua. Namun perkara yang sama tetap berlaku. Memang rugi! Apa kata anda cuba pula petua ini. Ketika hendak memasak nasi, ambil sedikit bunga cengkih bersama secubit garam. Basuh beras bersama-sama cengkih hingga sebati kemudian barulah dibilas dan ditanak seperti biasa hingga masak. Hasilnya nasi yang anda masak dapat tahan lebih lama. Selamat mencuba!
Buka periuk nasi dan masukkan dua biji telur yang telah dibasuh kulitnya. Kemudian tutup penutup dan biarkan seketika anggaran 10-15 minit.
Buka kembali periuk dan hasilnya nasi anda akan jadi kering dan sempurna. Selamat mencuba!
8. PETUA SIMPAN DAUN SUP AGAR KEKAL SEGAR DALAM TEMPOH MASA YANG LAMA
foto: drweil.com
BAHAN-BAHAN:
Daun sup
Air masak
Bekas kiub ais
CARA-CARA:
Basuh bersih daun sup dan dan racik halus seperti yang anda potong untuk masukkan dalam masakan sup.
Masukkan hirisan daun sup ke dalam bekas kiub ais. Isi air sampai menutupi daun-daun tadi.
Letakkan dalam peti sejuk dan bekukan. Setelah beku sepenuhnya, keluarkan dan simpan dalam bekas yang bertutup seperti bekas makanan.
Untuk menggunakannya, ambil 2-3 kiub ais daun sup dan masukkan ke dalam sup yang sedang dimasak. Siap untuk dinikmati!
Cara ini juga boleh digunakan untuk menyimpan lebihan hirisan bawang, cili, daun ketumbar dan sebagainya. Selamat mencuba!
9. CARA MASAK NASI TUMIS AGAR TAK HANCUR & MASAK SEMPURNA
Rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
Tumis rencah yang diperlukan untuk nasi, kemudian masukkan air. Jumlahnya sama banyak dengan beras yang anda gunakan. Jika 3 cawan beras, makan airnya juga 3 cawan.
Biar sehingga air mendidih. Kemudian masukkan garam serta beras.
Setelah nasi hampir kering, kacau nasi dalam 2 kali kaup.
Tutup periuk, kecilkan api. Tudung periuk perlulah rapat agar wap panas tidak keluar. Jika penutup renggang, tindih dengan menggunakan lesung batu.
Elakkan membuka penutup periuk pada waktu ini kerana wap-wap yang terkumpul membantu proses memasak. Jika dibuka, wap akan ‘putus’ dan nasi akan menjadi seakan jelatah.
Bila agak-agak nasi dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan kacau atau gemburkan nasi kerana nasi yang panas akan mudah patah bila dikacau banyak kali.
Setelah nasi sedikit sejuk, bolehlah dihidangkan.
Klik DISINI untuk resipi aneka Set Nasi bersama lauk.
10. PETUA KUPAS KULIT TELUR REBUS DENGAN MUDAH & CANTIK SEMPURNA
Basuh telur dan rebus seperti biasa.
Setelah masak, rendam telur di dalam air dengan segera. Biarkan seketika.
Setelah air menjadi suam, buang dan letak air lain. Ulang langkah yang sama sehingga telur sejuk.
Kupas telur dan hasilnya telur lebih mudah untuk dikupas dan isi tidak melekat pada kulit.
Campurkan limau kasturi bersama dengan kicap dan garam. Kacau kemudian diminum setiap pagi dan malam. Insya-Allah, batuk akan beransur pulih
HILANG SAKIT KEPALA
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
Cara pertama adalah dengan memerah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian. Manakala, cara kedua, adalah dengan menggosok limau kasturi yang telah dibelah dua terus pada kawasan yang berbau.
TURUNKAN BERAT BADAN
Perahan limau kasturi dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Seeloknya, teh itu panas suam kerana kesannya lebih cepat.
Amalkan meminum air ini dan insya-Allah, perut yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
Limau kasturi ni memang sedap dan banyak guna. Sesuai jika digunakan untuk jus, sambal belacan dan sebagainya. Namun andai dibeli, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau kasturi akan jadi kecut dan busuk. Hmm…rugi-rugi. Tapi ada cara bijak untuk simpan limau kasturi perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Silakan share. Moga bermanfaat.
TIP BERJIMAT DI DAPUR: CARA SIMPAN BUAH LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
Limau Kasturi
Tapis
Bekas ais
CARA-CARA:
1. Bersihkan buah limau dan potong dua.
2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.
3. Setelah habis diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.
5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
6. Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau kasturi dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...