Korang tahu tak, dengan mengamalkan jus atau teh parsli adalah salah satu cara selamat dan murah untuk menurunkan berat badan. Daun parsli ini kaya dengan karoten, zeaksantin, vitamin C, E dan K adalah sumber antioksidan yang penting untuk kesihatan. Ia bertindak sebagai antibodi tubuh dengan cara mengoptimunkan proses-proses metabolism dalam tubuh.
Selain itu, dengan mengamalkannya, ia turut membantu proses pencernaan makanan menjadi lebih optimum sehingga penyerapan di dalam usus. Selain itu ia merupakan dieuntik semulajadi yang baik bagi mengatasi masalah saluran kencing, menghapuskan bakteria dan zat berbahaya dalam tubuh melalui air kencing.
Untuk mendapat khasiat , anda boleh amalkan dengan mengambil jus atau teh parsli secara rutin dengan kadar yang sesuai. Berikut, RASA sertakan resipi mudah teh dan jus parsli.
TEH PARSLI
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 liter air
5 sudumakan hirisan daun parsli
CARA MEMBUAT:
Panas kan air dalam periuk.
Setelah mendidih masukkan daun parsli.
Kacau dan biarkan mereneh lebih kurang 15-20 minit.
Tuang dan tapis air rebusan dalam gelas.
Teh parsli sedia diminum
Amalkan minum teh ini tiga kali sehari, (pagi, tengahari dan malam) Untuk lebih berkesan boleh tambah perahan jus lemon. Jika diamalkan berterusan selama seminggu mampu menurunkan berat badan 3-5 kg dalam satu minggu.
JUS PARSLI
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 cekak daun parsli
1 biji lemon
1 gelas air putih
CARA MEMBUAT:
Cuci bersih daun parsli.
Masukkan dalam pengisar bersama air dan kisar hingga halus.
Tapis jus dalam gelas dan perahkan jus lemon di dalamnya.
Jus sedia diminum.
Cara mengamabil Jus sebelum makan, amalkans ecara rutin selama 5 hari sahaja.Selepas itu berhenti. Selepas 10 hari jika berat badan belum turun, anda boleh meminumnya semula Menurut sumber dengan mengamalkan minum jus parsli boleh menurunkan berat badan sehingga 3 kg seminggu.
Korang yang nak berdiet, cubalah petua diet dengan mudah ni, tapi jangan lupa lakukan juga senaman dan amalkan pemakanan sihat. Gerenti diet anda lebih berkesan.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu?
Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.
Kiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR:
10gm agar-agar = 1 liter air
Jika anda guna AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
Andai guna AGAR-AGAR BERTALI:
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!
Jantung pisang memang sedap jika dicelur dibuat ulam, kerabu mahupun dimasak gulai. Cuma tak semua jantung pisang ini boleh dimakan. Ada juga jenis yang kelat atau pahit. Jadi macam mana tahu jenis jantung pisang yang pahit ini? Caranya dikongsi oleh Sara Saad.
Tip kenal pasti jantung pisang yang pahit atau tidak
1. Cucuk jantung pisang dengan pencungkil gigi atau lidi. Cucuk sedikit saja hanya sampai mengeluarkan sedikit getahnya. Rasa sedikit getahnya, jika getahnya pahit bererti jantung pisang tersebut tidak boleh dimakan/pahit.
2. Lagi satu petua, lihat hujung jantung pisang, kalau tajam, tandanya jantung pisang tu pahit. Yang tidak tajam, tidak pahit.
Info
Jantung pisang yang boleh dimakan selalunya dari pisang yang boleh dimasak seperti pisang awak, pisang raja, pisang nipah.
Tapi elakkan jantung pisang dari pisang abu atau pisang Nangka kerana ia pahit. Jantung pisang yang sedap adalah dari pisang hutan.
Bagi memastikan jantung pisang yang direbus tak lebam atau hitam, rebus dengan asam gelugor.
Tip ini sesuai sangat bagi yang suka buat acara makan-makan di luar bersama keluarga sama ada berkelah, barbeku, berkhemah dan sebagainya.
Jika suka bawa aiskrim sebagai hidangan untuk memastikan ia tak cair dan kekal beku boleh gunakan tip yang dikongsi oleh penjual aiskrim sendiri, @abamaiskriem.
Caranya cukup mudah cuma gunakan ais dan garam saja untuk memastikan aiskrim tahan lama tak cair. Berikut adalah cara yang beliau tunjukkan.
1. Sediakan termos/ice box yang lebih besar daripada bekas aiskrim.
2. Masukkan bekas aiskrim dalam termos dan tuang ketulan ais di keliling bekas aiskrim.
3. Kemudian tabur garam kasar di atas ais keliling bekas aiskrim.
4. Seterusnya tabur lagi ketulan ais.
5. Tabur sekali lagi garam di atas ais dan tambah lagi ketulan ais hingga memenuhi termos.
Ini aiskrim yang digunakan untuk kenduri kahwin, letak 2 layer garam sudah memadai. Kalau lebih nanti terlebih keras.