Sesekali tunjuk pro masak seafood apa salahnya, oleh itu ada beberapa perkara yang perlu korang buat. Pertama, pastikan semua seafood dalam keadaan segar, kemudian cuci bersih dan tos. Seterusnya pilih resipi yang ringkas tapi sedap, ketiga masak menggunakan api besar dan jangan lebih 10 minit. Akhir sekali terus hidang dan makan seafood selepas masak.
Apa kata, meriahkan lagi hujung minggu dengan pelbagai jenis seafood yang berbeza masakan dalam satu hidangan di atas meja. Lebih penting kosnya jauh lebih murah dan seisi keluarga boleh menikmatinya dengan santai di rumah sendiri. Jom cuba…, ia tidak mengecewakan.
KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ kg ketam- saiz besar
3 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
½ cawan air asam jawa
2 sudu besar sos cili
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.
SOTONG KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
2 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
1 sudu kecil lada hitam kisar kasar
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
Sedia dihidang.
KUPANG TUMIS BAWANG PUTIH MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
1kg kupang
5 ulas bawang putih-cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk oregano
Sedikit garam, gula dan lada sulah
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan.
Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
Angkat dan hidangkan.
LALA TIGA RASA
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 kg lala-bersih dan tos
2 batang serai –kisar kasar
3 tangkai cili merah-kisar kasar
3 tangkai cili padi-kisar kasar
3 ulas bawang putih-kisar kasar
1 biji bawang besar-kisar kasar
3 tangkai daun ketumbar-kisar kasar
1 biji tomato-cincang
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka makan
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar hingga naik bau.
Masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata.
Lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Masukkan lala dan tomato cincang, gaul rata.
Bila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan.
UDANG MENTEGA MADU LEMON
BAHAN-BAHAN:
Ads
1kg udang saiz XL- bersih dan tos
5 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih-cincang
1 biji bawang besar-cincang
2.5cm halia-hiris halus
Sedikit parutan kulit lemon
1 tangkai cili merah-buang biji dan cincang
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar oren sunquick
1 sudu besar madu
½ cawan susu segar
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
Biarkan lebihan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia.
Kemudian masukkan pati oren sunquick, jus lemon, kacau rata.
Masukkan pula susu segar dan kecilkan api.
Selepas 1-2 minit, masukkan cili cincang dan parutan kulit lemon.
Lengkapkan rasa dengan garam dan madu.
Akhir sekali masukkan udang.
Gaul rata, tutup api dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Terasa nak cuba Mi Kolok yang femes dekat Sarawak tu? Inilah resipinya dan anda boleh cuba di rumah. Hidangan ini enak dinikmati bersama kicap manis. Namun jika tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula. Sedap! Pasti anda sukakan rasanya.
MI KOLOK SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
3-4 gulung mi sanggul
1 sudu makan perencah sup
100gm daging
5 ulas bawang putih | dicincang
8 biji cili api
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sudu teh kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
2 biji limau kasturi | ambil jusnya
1 sudu teh sos ikan atau sos soya
1 sudu teh cuka
Daun bawang & daun sup | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK SUP:
Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
CARA MEMASAK MI:
Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Gaul rata.
Angkat dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian.
Susun hirisan daging di atas mi dan nikmati bersama sup dan sambal.
CARA MENYEDIAKAN SAMBAL:
Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.
Buat mak-mak di rumah, pastinya kadang-kadang buntu untuk hidangkan kuih apa untuk suami dan anak-anak.
Sempena ulang tahun RASA ke-20 tahun, kami kumpulkan 20 seleksi menu kuih-muih sama ada bakar, goreng ataupun kukus. Selamat mencuba!
POPIA VIETNAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit popia Vietnam 200gm isi udang yang dibuang kepala dan kulit | dicelur 100 hirisan isi dada ayam | rebus dan tos 100gm bihun | celur Daun pudina secukupnya Daun salad secukupnya | potong kecil Garam secukupnya Daun selasih secukupnya Tauge secukupnya Air secukupnya
BAHAN SOS:
2 ulas bawang putih | cincang halus 3 sudu makan jus lemon 3 sudu makan air panas 5 biji cili padi merah & hijau | hiris halus 1 sudu makan gula 2 sudu makan sos ikan
CARA-CARA:
1. Siapkan semua bahan isian dulang kemudian ketepikan. 2. Sementara itu rendam kulit popia dalam air panas seketika,angkat dan toskan airnya. 3. Kemudian letakkan kulit popia yang telah direndam di atas pinggan leper. Segera isikan isiannya ikut kreativiti. 4. Kemudian lipatkan kiri dan kanan kulit popia. 5. Seterusnya gulung hingga ke hujung seperti buat popia biasa. 6. Masukkan dalam bekas dan ketepikan. 7. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan kacau rata. Setelah siap hidangkan bersama popia yang telah siap tadi.
APAM BERAS COKLAT
BAHAN-BAHAN:
1 cawan nasi sejuk 1 1/4 cawan air 1 cawan tepung gandum 3/4 cawan gula pasir 1 cawan tepung beras 1 sudu teh yis segera Kelapa parut putih + secubit garam – gaul rata
CARA-CARA:
1.Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. 2.Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam. 3.Panaskan kukusan, lapik acuan apam dengan parchment paper bercorak. Kacau bancuhan apam dan kacau rata. 4.Masukkan ke dalam acuan hingga hampir penuh dan tabur chocolate rice. 5.Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan tuala dapur yang bersih. Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut.
TALAM PULUT SEKAYA
BAHAN LAPISAN BAWAH:
500gm beras pulut 300ml santan pekat 300ml air Sedikit minyak masak
BAHAN LAPISAN ATAS:
5 biji telur ayam 4 biji telur itik 4 keping gula melaka (saiz sederhana) 1 helai daun pandan 3 kuntum bunga cengkih (jika suka) Secubit garam halus
CARA-CARA:
1.Rendam pulut sekurang kurangnya empat jam. Basuh bersih dan toskan. 2.Campurkan pulut bersama santan air dan garam, kemudian kukus hingga masak. 3.Lapikkan loyang dengan plastik yang disapu dengan sedikit minyak. 4.Tuangkan pulut ke dalamnya. *Tekan-tekan supaya pulut mampat dan kemas. 5.Taburkan sedikit tepung gandung di atasnya. Ketepikan. 6.Satukan telur dan bunga cengkih, lalu dipukul sedikit. 7.Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut. 8.Tuangkan ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam. 9.Seterusnya, tuangkan bancuhan ini di dalam loyang berisi pulut sebagai lapisan atas. 10.Kemudian kukus semula lebih kurang 30 minit dengan api sederhana. 11.Angkat dari pengukus dan sejukkan sebelum dipotong.
PUTU PERAK
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung beras 1 cawan tepung pulut 1 cawan air 1 cawan gula halus atau gula kastor Kain kasa atau kain kapas lembap sebagai alas acuan masa mengukus
BAHAN INTI:
Gula melaka atau gula kabung secukupnya | diracik
CARA-CARA:
1.Campurkan tepung beras dan tepung pulut. 2.Gaul rata. Tuang air dan ramas hingga nampak berketul. 3.Kisar kering hingga halus dan ayak. 4.Campurkan gula kedalam tepung yang diayak tadi. 5.Gaul hingga sebati, sementara itu panas air kukusan hingga mendidih 6.Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan biar separuh sahaja. 7.Masukkan inti gula kabung/Melaka, kemudian tambah adunan di atasnya. 8.Alas kain lembap pada acuan dan kukus hingga masak.
KUIH BOM INTI KELAPA
BAHAN:
2 cawan tepung pulut 2 sudu makan tepung gandum 1 cawan air Garam secukupnya Bijan secukupnya untuk salut
BAHAN INTI KELAPA:
1 cawan gula merah @ gula melaka 2 helai daun pandan | disimpul 1 biji kelapa parut (putih sahaja) 2 sudu makan gula pasir Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA-CARA:
1.Untuk membuat inti, gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana. 2.Kacau inti hingga melekit dan separa kering. Angkat dan ketepikan 3.Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat. Ketepikan. 4.Untuk membuat doh, satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. 5.Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. 6.Jika terlembik, tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut. 7.Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi. 8.Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. 9.Angkat dan toskan.
KETAYAP FLAWLESS
BAHAN INTI:
1 biji kelapa parut 2 helai daun pandan [simpul] 1 kiub gula kabung 1/2 cawan gula merah Gula pasir (agak-agak manis kita nak) 1/2 cawan air (anggaran je, kurangkan sikit pun boleh)
CARA-CARA:
1.Dalam kuali, letak air. Masukkan gula kabung dan daun pandan. Masak hingga gula kabung tadi cair. 2.Masukkan pula gula merah dan gula pasir. Sudah sebati dan mendidih, terus masukkan kelapa parut. 3. Kacau hingga kelapa tadi semua sekata, biarkan masak sebentar dan tak kelihatan air lagi tutup api, siap.
*gula kabung tu optional jer. Kalau tak ada, boleh saja guna gula merah sepenuhnya.
BAHAN BATTER (adunan ketayap):
5 helai daun pandan 2 cawan air (saya lebihkan dalam suku cawan lagi. Tak nak lebih pun takpe, guna je sukatan 2 cawan tu) *kisar kemudian tapis ambil air pandan 2 cawan tepung gandum 1 biji telur 2 sudu makan minyak masak Secubit garam halus
CARA-CARA: 1. Dalam bekas, ayak tepung + garam halus + telur, kacau. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit hingga habis. 2. Masukkan minyak masak, kacau. 3. Ambil pengisar. Tuang semua adunan dan kisar hingga halus, tapiskan. 4. Panaskan kuali non-stick. Ambil batter lerengkan. Dadarkan hingga masak, angkat dan letak inti kelapa. Gulung kemas.
1kg tepung roti / high protein flour 150gm gula pasir halus 40gm susu tepung 1 paket mauripan (11gm) 5gm bread improver 1/2 sudu kecil garam halus 1 biji telur 550gm air sejuk dari peti ais 100gm marjerin
BAHAN SAMBAL : 2 labu bawang besar ** 10 ulas bawang merah ** 4 ulas bawang putih ** 20-30 tangkai cili kering (rendam dengan air panas) 1/2 genggam ikan bilis halus ** 1 ketul gula melaka (200gm) 1 sudu besar air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis
BAHAN SAMPINGAN : Salad Timun – jika suka (optional)
CARA-CARA :
Sediakan sambal bilis 1. Kisar bahan bertanda (**) dahulu, kemudian kisar cili kering asing. Semasa mengisar cili kering letak sedikit air dan minyak masak supaya biji cili hancur. 2. Panaskan minyak secukupnya, lebih pun boleh tumis bahan kisar yang bertanda (**) sedikit garing. Kemudian masukkan cili kisar kacau sekata terus masukkan gula merah, gula pasir ikut kemanisan yang diingini masak api perlahan. Apabila cili garing masukkan air sedikit-sedikit hingga sambal kelihatan warna merah gelap dan terbit minyak. 3. Akhir sekali masukkan air asam jawa, garam secukup rasa. Sambal bilis lagi lama dimasak lagi sedap. *Saya guna BM (Bread Maker) 4. Dahulukan bahan basah, kemudian diikuti bahan kering gaul sekata. Setting doh biarkan BM buat kerja menguli tepung hingga jadi doh elastik. 5. Kemudian terus timbang doh 35gm, bulatkan kemas dan licin. Tutup doh dengan plastik wrap di atasnya, biarkan rehat 30 minit. 6. Panaskan minyak yang banyak, semasa panaskan minyak masukkan 3 sudu besar shorterning biarkan sebentar hingga larut. Tujuannya untuk dapatkan warna burger yang cantik. 7. Semasa menggoreng, balikkan sebelah-sebelah, angkat dan toskan minyak. 8. Apabila sejuk, belah burger jangan putus masukkan sambal bilis dan salad. Sedia dinikmati.
Nota: *Boleh guna mesin/mixer – Letak bahan kering dahulu mixer kelajuan 1, kemudian masukkan air sejuk dan telur perlahan-lahan guna kelajuan 2, apabila semua sebati masukkan marjerin. Atau nak uli tangan silakan. *Jika berniaga boleh elak letak timun, timun cepat berair nanti burger tak sedap. *Jangan khuatir jika sambal banyak minyak, sendukkan aje minyak lebih tu alih ke bekas lain. *Sudukan sambal sahaja jika nak isi dalam beger, elakkan burger dari berminyak.
2 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 1 cawan gula ( ikut tahap manisan yang kita suka ) 3 sudu besar tepung ubi 4 cawan santan cair Secubit garam
CARA-CARA:
1.Campur semua bahan-bahan di atas dan kacau hingga sekata. Selepas itu tapis (ini untuk medapat tekstur yang halus dan tidak berketul) 2.Kemudian bahagi kepada beberapa warna dan perasa yang kita suka 3.Kukus setiap lapisan lebih kurang 5 minit dan lapisan yang terakhir kukus selama 10 minit. Biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan. Siap dihidangkan.
*Jangan lupa sapu acuan dengan minyak supaya ia tidak melekat.
2 cawan tepung gandum 2 cawan air panas mendidih ( masukkan sedikit demi sedikit) 3 sudu makan gula 1/2 sudu teh garam halus
CARA-CARA:
1. Campurkan tepung gandum, gula dan garam dalam mangkuk. Gaul rata. 2. Masukkan air panas dan kacau menggunakan senduk sehingga sebati. Biarkan sejuk. 3. Bila adunan sudah sejuk, cubit adunan dan dan bulatkan. Ulang langkah hingga habis. 4. Panaskan minyak dan goreng cucur sehingga garing. Angkat dan toskan minyak. 5. Sedia untuk dinikmati.
PULUT INTI KELAPA MANIS
BAHAN INTI
50gm gula merah 2 sudu makan gula pasir 1 cawan air Garam secukup rasa 300gm kelapa parut
CARA-CARA:
1.Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali. Masak hingga gula larut. 2. Masukkan garam dan kelapa parut. Gaul sebati, Biarkan agak kering. Tutup api dan ketepikan.
BAHAN PULUT:
100gm beras pulut 100gm air 50gm santan Garam secukup rasa
CARA-CARA: Kukus beras pulut dengan air, garam dan santan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil sedikit beras pulut. Letak dia atas daun pisang yang telah dilayurkan. 2.Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus elok-elok. Sedia dimakan.
KUIH KERIA
BAHAN-BAHAN:
700 gm ubi keledek 1 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula 1/2 cawan air Sedikit garam
CARA-CARA:
1.Kupas kulit dan potong keledek kecil-kecil. Kemudian rebus hingga empuk, masukkan sedikit garam. 2.Lenyek ubi keledek semasa masih panas dan sejukkan. Masukkan tepung dalam keledek lecek dan uli rata hingga menjadi doh. 3.Taburkan tepung atas papan pencanai dan tapak tangan. Ambil doh sebanyak 30gm dan bentukkan doh menjadi gelang mengikut saiz kegemaran anda. Buat hingga habis. 4.Panaskan minyak dan goreng kuih hingga kuning keemasan. Sejukkan sebentar. 5. Sementara itu, masukkan gula dan air ke dalam kuali. Didihkan menggunakan api yang sederhana. 6.Apabila air gula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkan kuih tadi. Gaul rata. 7.Bila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul hingga gula menjadi sira. Hidangkan.
*Tips: Kalau boleh dapatkan keledek yang kuning isinya, kerana ia lebih lembut dan manis.
CEK MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi keledek Tepung gandum Sedikit gula Sedikit garam
CARA-CARA:
1.Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk. Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas. 2.Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum. Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung. 3.Bentukkan doh bulat seperti bebola. Leperkan dan masukkan gula di tengahnya. 4.Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek. Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.
*Tips:Gunakan api sederhana semasa menggoreng untuk mengelakkan kuih pecah.
CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN:
250 gram keledek | direbus dan lenyek 3 1/2 sudu makan tepung gandum 1/2 sudu teh garam Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN INTI:
1/2 biji kelapa parut 100gm udang kering | direndam dan dikisar 1 ulas bawang putih | dikisar 3 biji bawang merah | dikisar 7 biji cili merah | dikisar 1cm halia | dikisar 1 batang serai | dikisar 1 sudu teh serbuk kunyit 2 sudu makan gula 1/2 sudu teh garam 2 sudu makan minyak masak
CARA-CARA:
1. Campurkan semua bahan inti, dan gaul rata. Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga kuning keemasan. Jangan terlalu garing. 2. Untuk menyediakan doh, gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak 3. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat. 4. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya. 5. Tutup dengan doh dan bentuk bulat leper. Ketepikan. 6. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. 7. Goreng cucur badak sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
*Tips: Jika keledek agak lembik semasa direbus, sejukkan dahulu sebelum dilenyek.
KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung ubi 1 cawan gula 1 cawan gula merah 5 cawan air 3/4 sudu teh kapur makan Kelapa parut putih
CARA-CARA:
1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali kapur makan. Gaul sampai sebati dan gula larut. 2. Tapiskan adunan ke dalam mangkuk lain. 3.Campurkan kapur makan dengan 3 sudu makan air. Masukkan ke dalam adunan yang telah ditapis tadi. Aduk hingga kapur sebati. 4. Oles acuan dengan minyak masak dan tuangkn adunan ke dalam loyang tadi.
5. Kukus selama 30 minit. Sila pastikan air kukusan mendidih dulu baru dikukus. Balut penutup kukus dengan kain mengelakkn air menitik ke atas kuih.
*Tips: Biar kuis kaswi sejuk baru boleh dipotong dan makan bersama kelapa parut yang sudah digaulkan sedikit garam.
50 keping kulit popia 1 sudu besar tepung gandum (bancuh guna air 4-5 sudu besar untuk jadikan pelekat)
BAHAN INTI:
1/2 biji kobis | hiris nipis 3 batang lobak merah | disagat 4 biji tauhu | goreng dan potong dadu 1 biji bawang besar | potong dadu Segenggam udang geragau | basuh dan toskan Sedikit isi ayam ( jika suka ) Sedikit garam
CARA-CARA:
1.Panaskan 1/2 senduk minyak. Tumiskan bawang dan udang geragau. 2.Masukkan isi ayam dan bila isi ayam sudah empuk masukkan pula semua sayuran. Selepas itu masukkan tauhu dan sedikit garam. Kacau hingga agak layu.
3.Tutup api dan toskan untuk buang air dalam sayuran. Biarkan sejuk seketika. 4.Ambil sekeping kulit popia dan masukkan inti. Gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan. Buat hingga siap.
5. Goreng gunakan api sederhana hingga betul-betul garing. Toskan dan angkat.
BAHAN SIRA:
25 tangkai cili kering 3 ulas bawang putih 1 cawan air *Kisar bahan di atas hingga betul-betul halus 2-3 sudu besar sos cili 2 senduk gula pasir 1 1/2 senduk minyak masak
CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga betul-betul masak. 2.Masukkan gula dan sos cili. Masak guna api sederhana perlahan hingga likat dan agak pekat 3.Bila sudah nampak berbuih-buih. Masukkan popia dan kacau hingga rata. 4.Pastikan sambal menyaluti semua popia. Terus tutup api dan letak dalam talam. 5.Pastikan popia tidak bertindih atau bertindan supaya popia tetap ranggup. Sejukkan di bawah atau di depan kipas.
*Untuk kekalkan keranggupan, boleh juga tabur sedikit bawang goreng pada popia yang sudah siap disira. Ataupun letakkan bijan yang sudah disangai. *Sos popia juga boleh disimpan dalam bekas bertutup jika tidak disira. Goreng popia hingga garing, toskan dan sapukan sahaja sos pada popia dan taburkan bawang goreng.
Kredit resipi: Mariana Zainal
APAM AISKRIM CORNETTO
BAHAN-BAHAN:
190gm tepung gandum | diayak 2 biji telur 60gm gula 90ml aiskrim soda 1/2 sudu teh ovalette 1 sudu teh esen vanila Pewarna kegemaran Kon kertas secukupnya 100gm coklat masakan | dicairkan Badam panggang cincang | hiasan
CARA-CARA:
1.Pukul gula dan telur sehingga gebu dan ringan. Masukkan tepung dan kaup balikkan sehingga sebati. 2. Kemudian masukkan aiskrim soda dan gaul rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan anda. 3. Susun kon di dalam periuk kukusan dengan meletakkan hujung kon pada lubang kukusan. Paipkan adunan selapis demi selapis mengikut warna pilihan anda. 4. Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana sehingga apam masak. Biarkan seketika sehingga apam sejuk. 5. Cairkan coklat masakan, tuang di atas apam dan taburkan badam dengan secukupnya. 6. Masukkan ke dalam peti sejuk seketika untuk mengeraskan coklat. Tanggalkan kertas kon dan sedia untuk dinikmati.
*tips: Ketika mengukus, pastikan kon diisi dalam bekas kukusan paling atas manakala bekas kukusan lapisan kedua dibiarkan kosong bagi mengelakkan acuan basah.
KUIH AKOK
BAHAN-BAHAN
6 biji telur 1 cawan santan 1 cawan gula merah (gula ni masak dulu bagi cair) 1 sudu tepung gandum 2 sudu tepung beras
CARA-CARA:
1.Pukul telur sampai kembang. Bila sudah kembang masukkan santan dan kacau sehingga sebati. Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sebati.
2. Bila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau laju-laju supaya jangan bagi berketul-ketul. (kalau berketul boleh tapis untuk dapat bancuhan yang halus) 3.Panaskan dapur dan letakkan sedikit minyak. Selepas itu tuangkan bancuhan ke dalam acuan. Biarkan sampai masak.
*Dengan adunan ini, anda boleh dapat dalam 21 ketul jika mengikut acuan seperti di atas.
300gm tepung gandum 180gm gula 2 biji telur 1 sudu teh esen vanilla 200ml susu segar 1 sudu teh ovalette Pewarna makanan merah, kuning dan hijau Cawan kertas secukupnya
CARA-CARA:
1.Pukul telur, ovalette dan gula sehingga gebu. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sehingga sebati. 2.Tambahkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu segar. Kaup balikkan sehingga semua bahan sekata. 3.Ambil 5 sudu makan adunan dan bahagikan adunan selebihnya kepada tiga bahagian. Warnakan dengan warna kuning, merah dan hijau. 4.Paipkan adunan merah sehingga memenuhi 3/4 acuan cawan kertas. Paipkan juga sedikit adunan berwarna putih di tengahnya. 5.Akhir sekali, paipkan adunan hijau hingga penuh acuan. Lorekkan dengan pewarna hijau di permukaannya. Ulang langkah yang sama untuk adunan berwarna kuning. 6. Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 15 minit. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
*Tambahkan bijan hitam bagi mendapatkan rupa seakan biji tembikai.
KUIH LABU BAKAR GULA MERAH
BAHAN-BAHAN :
1 cawan labu lenyek (stim atau rebus) ½ cawan gula merah (kalau nak manis lagi boleh tambah 1-2 cawan gula merah) 1 kotak kecil santan kelapa ½ cawan air masak / air mineral. 1 sudu besar minyak sapi 2 biji telur ayam 1 sudu kecil esen vanilla 1 cawan tepung gandum
CARA-CARA:
1. Campur semua bahan kecuali labu lenyek. Kacau sehingga sebati. Tapis untuk dapat adunan yang halus. 2. Selepas tapis baru masukkan labu lenyek. Kacau lagi hingga sebati. 3. Masukkan dalam pembakar dan biarkan sehingga masak.
1. Satukan kesemua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati. 2. Masak adunan hingga pekat dengan menggunakan api sederhana (kacau selalu supaya tidak hangit)
3. Sediakan kulit jagung dan masukkan 1 sudu besar adunan. 4. Bungkus dengan kemas dan kukus selama 20 minit.
Makanan yang sihat pastinya menjadi pilihan ibu-ibu yang prihatin terhadap pemakanan dan kesihatan ahli keluarga. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Ayam Panggang air fryer ini. Resipinya cukup ringkas dan tidak guna minyak langsung! Hanya perlu masak guna air fryer. Hasilnya, sama macam ayam panggang yang anda beli di restoran. Jom cuba. Pasti puas hati.
RESIPI AYAM PANGGANG AIRFRYER @ AYAMMAS BLACK PEPPER ADIB
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan garam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap masin
1 sudu teh serbuk Cukup Rasa
1 sudu makan sos cili
5 ulas bawang putih/ serbuk bawang putih
CARA PENYEDIAAN: 1.Satukan semua bahan diatas dan adun sebati. 2.Ambil ayam dan lumurkan hingga rata. Lumur juga di bahagian dalam ayam. 3.Perap ayam selama 1 malam atau paling minimum 5 jam.
CARA MEMASAK: 1.Masukkan ayam ke dalam air fryer dan masak 10 minit pertama menggunakan suhu 180C. Ia bertujuan untuk mendapatkan warna kulit ayam yang garing dan cantik. 2.Kemudian turunkan suhu ke 160C. Biar ayam selama 40 minit. 3.Seterusnya alihkan atau pusingkan kedudukan ayam depan dan belakan. Ia bertujuan untuk memastikan ayam masak sekata. 4.Angkat dan Ayam Panggang air fryer sedia untuk dinikmati.
Nak cari Air Fryer tapi tak pasti jenama mana yang sesuai dengan bajet anda? Boleh servey-servey dekat SINI. Dekat rumah patut ada satu. Buat kek pon boleh guna Air Fryer ni tau.