Sayur Lodeh Jawa, dari segi isian hampir sama dengan Lontong Kuning, Cuma ia tidak berkuah, hanya menggunakan pati santan dan lebih pedas, itu rasanya ia kau-kau sedap. Anda yang ingin mencuba, boleh cuba resipi yang RASA sharekan di sini. Tak rugi anda cuba menu ni.
SAYUR LODEH JAWA BAHAN-BAHAN: 1 keping tempe | hiris tebal 2 biji kentang | hiris tebal 2 keping tauhu | hiris tebal 1/2 isi dada ayam | hiris kecil 3 keping fuchuk | rendam supaya lembut Sedikit suhun rendam 5 batang Kacang Panjang | potong 2cm 4 batang anak jagung | hiris serong 1/2 batang lobak merah | hiris kecil 2 biji cili merah | hiris 2 biji cili hijau | hiris Sedikit hirisan kubis 500ml santan pekat 2 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa 5 sudu makan minyak masak BAHAN KISAR: 20 biji cili padi 8 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 2cm halia muda
Ads
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak goreng kentang tauhu dan tempe secara berasingan (jangan terlalu garing). 2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit minyak dalam kuali untuk menumis. 3. Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga wangi dan pecah minyak, 4. Seterusnya masukkan isi ayam, kacau hingga layu,baru masukkan fuchuk dan sayuran lainnya. 5. Setelah sayur layu masukkan bahan goeng, suhun serta santan pekat dan air asam jawa. 6. Kecilkan api, kemudian perasakan lodeh dengan garam dan gula secukup rasa. 7, Setelah cukup rasa, dan kuah pekat. Tutup api dan sayur lodeh sedia dihidangkan.
Ads
Ads
INFO: Untuk sayur anda boleh pelbagaikan dan begitu juga dengan isian lain, Jika ikut resipi asal ia menggunakan hati, pedal dan juga perut lembu. Terpulang pada cita rasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anda boleh juga menumiskan rempah tomyam hingga garing dan kemudian barulah dimasukkan nasi putih dan biarkan hingga nasi masak.
BAHAN-BAHAN:
250gm nasi putih
4 ketul ayam | dipotong kiub
½ sudu teh rempah tom yam
1 sudu makan minyak masak
1 ulas bawang merah
2 biji cili merah | diketuk
½ biji limau nipis
20gm hirisan timun
20gm hirisan lobak merah
10gm tauge | hiasan
1/2 biji tomato | hiasan
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan.
2. Masukkan ayam dan biarkan lembut seketika.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
4. Masukkan hirisan lobak merah, timun serta nasi. Gaulkan rata.
5. Masukkan rempah tom yam, cili merah dan perahkan jus limau nipis. Gaulkan hingga rata.
6. Hidangkan bersama tauge dan hirisan tomato.
Kuih Ulat Bulu, makan ni tak gatal tau. Ntah kenapa namanya begini tak pasti pulak. Dibuat dari tepung pulut dan tepung gandum dan yang paling padu berintikan pes kacang merah. Memang sedap dimakan sebagai pencuci mulut lepas berbuka nanti.
Bahan-bahannya pun ringkas sahaja, berbaloi-baloi untuk dicuba. Jom tengok resipi perkongsian daripada gerobok ummu
KUIH ULAT BULU
BAHAN-BAHAN :
Tiga cawan tepung pulut
Dua sudu besar tepung gandum
Satu cawan air
Sedikit air kapur
Secubit garam
Kelapa parut
Inti kacang merah (saya beli yang dah siap)
CARA MEMASAK : 1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, garam dan air kapur. Gaul sampai sebati. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang sederhana lembut. 3. Ambil sedikit doh dan leperkan 4. Letak inti kacang merah 5. Gentel bujur untuk tutup doh 6. Ulang sampai habis 7. Panaskan air sampai mendidih. Masukkan doh ulat bulu dan biarkan sampai timbul. Dah timbul, salut atau golek dengan kelapa parut yang di campur dengan sedikit garam.
Musim PKPB ni anak-anak semua tak sekolah. Apa kata ajak mereka sama-sama ke dapur belajar buat MuffinBanana Cholate Chip dengan resipi mudah ini dari FB Azlina Ina Fans.
Muffin ni gebu dan lembut ni beraroma wangi, sedap dengan rasa pisangdan makin mantap dengan taburan coklat cip. Memang tertambat selera melihatkan muffin comel ini.
Okay jom ajak anak-anak bantu baking di dapur, berbaloi dicuba. Mudah aje.
CARA MEMASAK : 1. Pukul bahan C sampai putih gebu 2. Tambah susu pekat dan adun lagi. 3. Matikan mixer @ mesin pengadun, masukkan mentega cair tadi dan berselang seli dengan tepung. 4. Akhir sekali masukkan pisang lecek, kacau guna senduk aje. 5. Isikan dalam bekas muffin atau aluminion foil, 3/4 baru naik cantik. 6. Panaskan oven suhu 170 darjah C dan 30 minit, api atas dan bawah. 7. Keluarkan bila dah masak, sajian siap dihidang
* Kata Azlina muffin ini boleh aje jual satu RM2. Boleh tambah pendapatan musim PKPB ini.
Rendang daging hitam atau daging masak hitam selalunya akan menggunakan kicap. Malah rasa kicap ini juga menjadi penyedapnya.Tapi resipi rendang yang dikongsi oleh Khairul...