Ini Cara Hasilkan Kuih Cara Manis, Harum Aroma Pandan

Share

Kuih cara memang kegemaran ramai. Terdapat dua jenis kuih cara; kuih cara manis dan cara berlauk berwarna kuning berinti daging. Manakala kuih cara manis, diisi tengahnya dengan gula dan kuihnya berwarna hijau.

Mudah sahaja untuk meyediakan kuih cara manis ini berbanding kuih cara berlauk yang menggunakan lebih banyak bahan. Bagaimana hendak menghasilkan kuih cara manis yang sedap? Ikuti perkongsian resipi kuih cara manis daripada Miza Abdullah

ini. Jom kita buat.

KUIH CARA MANIS

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini

1 cawan air pandan

1 cawan santan pekat – Boleh beli online di sini

1 cawan air

Sedikit garam

Gula (untuk inti) – Boleh beli online di sini

Minyak (untuk oles acuan)

CARA MEMASAK:

Kisarkan bahan adunan iaitu tepung gandum, air pandan, santan pekat, air dan sedikit garam.

Kemudian, oleskan minyak dan masukkan sedikit ke dalam acuan.

Apabila nampak di luar dah garing sedikit, boleh masukkan gula. Jika masukkan awal, bimbang tembus ke acuan dan akan melekat. Ini cara saya.  

Siap. Adunan ini boleh dapat 27 biji bergantung kepada jenis acuan.

Selamat mencuba.

Kredit: Miza Abdullah

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN