Ramai menggemari muffin dan sangat sedap dan sangat comel bila disediakan dalam acuan atau cawan kertas yang cantik dan pelbagai bentuk dan sesuai sebagai kudapan. Cukup dengan mengambil sebiji muffin bersama secawan kopi sarapan atau minum petang korang menjadi sempurna. Sebenarnya untuk menyediakan muffin juga sangat mudah. Ini ada lima tip perlu korang perhatikan semasa membuat muffin bagi mengelakkannya dari bantat atau tidak menjadi sempurna.
SUKAT BAHAN DENGAN BETUL
Salah satu punca muffin tak menjadi adalah sukatan bahan tidak sama dengan resipi. Oleh itu, korang perlu sukat bahan dengan betul ikut resipi. Jika menggunakan ukuran cawan, sebaliknya korang gunakan pisau untuk meratakan permukaan cawan yang berisi bahan.
ASINGKAN BAHAN KERING DAN BASAH
Walaupun akhirnya semua bahan muffin akan dicampurkan, tapi sebelum mengadun korang perlu asingkan bahan kering dan basah dalam bekas berbeza. Mencampurkan semua bahan dari awal akan menyebabkan muffin bantat. Oleh itu, adaun bahan basah dahulu, kemudian campurkan sedikit demi sedikit bahan kering dan adun hingga sebati.
Ads
ELAKKAN MENCAMPUR BAHAN TERLALU LAMA
Memang betul anda perlu pastikan semua bahan adunan diadun sebati tetapi bukan bermakna korang boleh mengadunnya terlalu lama, kerana cara ini juga boleh mengundang muffin korang bantat. Sebenarnya, cara mengadun bahan muffin yang betul ialah, asalkan semua bahan bercampur rata saja sudah memadai untuk terus dibakar.
MASUKKAN BAHAN TAMBAHAN LAIN SETELAH BAHAN DIADUN
Jika korang nak tambah bahan lain seperti kekacang, choco chips, parutan keju atau kismis, pastikan korang masukkan selepas adunan muffin siap, Gaulkan sekejap asalkan bahan campuran rata dalam adunan sudah memadai dan adunan sedia dimasukkan dalam acuan.
Ads
SAPUKAN MENTEGA PADA ACUAN
Agar Muffin tidak melekat, sebaiknya korang sapukan acuannya dengan mentega. Jika menggunakan cup atau cawan kertas sebaiknya lapiskan cawan kertas itu menjadi dua untuk memastikan bentuk cawan kertas tidak kembang dan muffin lebih cantik. Bila sudah masak, boleh tanggalkan lapisan luarnya itu.
Ads
MASUKKAN ADUNAN 3/4 ACUAN SAJA
Sebaiknya isikan adunan muffin dalam acuan pada paras 3/4 saja kerana muffin akan berkembang cantik dan merekah sempurna. Untuk memastikan setiap isian sama, korang boleh gunakan sudu atau skop aiskrim semasa memasukkan adunan ke dalam aduan. Jangan sesekali mengisi adunan sehingga penuh acuan, ia akan menadikan muffin keras dan bantat.
CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
125 gm tepung gandum
7 gm baking powder
75 gm mentega yang telah dicairkan
75 gm susu sega
75 gm gula caster
1 biji telur B
1/2 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips | tabur
CARA MEMASAK:
Kacau sebati mentega yang dicairkan bersama susu, gula, telur dan vanilla.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama baking powder.
Kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
Seterusnya masukkan chocolate chips di dalamnya dan gaul asal rata.
Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh.
Tabur chocolate chips di atasnya.
Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Korang suka menu masakan cina terutamanya ikan, korang wajib cuba menu yang Chef S Patrick Eg, Ekskutif Chef dari Tung Yuen Restaurant, Bluewave yang sudi berkongsi resipi istimewa Ikan Kerapu Dua Rasa. Buny macam pelik satu ikan dimasak dengan dua menu berbeza. Tak ada yang pelik, anda wajib cuba menu istimewa ini.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan kerapu | saiz besar
1 mangkuk kecil kerabu mangga
200gm tepung gandum
Serbuk perasa ayam secukupnya
1 biji telur
Garam halus secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
BahanTumisan:
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan batang leak
Sedikit kacang pis | potong dua
BAHAN LAIN:
Bakul Suhun
Kerabu Mangga
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Bersihkan ikan, kemudian asingkan isi ikan di kedua-dua belah menggunakan pisau tajam.
LANGKAH 2 : potong dadu isi ikan.
LANGKAH 3: Panaskan minyak, gaulkan rangka ikan dengan sedikit garam, serbuk perasa ayam dan tepung, kemudian goreng garing. Ketepikan.
LANGKAH 4: Gaulkan separuh isi ikan dengan garam, serbuk perasa ayam, dan telur. Kemudian gaulkan dalam tepung gandum dan goreng hingga garing. Ketepikan.
LANGKAH 5: Sebahagian isi ikan tadi, gaulkan dengan garam dan serbuk perasa ayam. Goreng seketika, angkat dan toskan.
LANGKAH6: Panaskan sedikit minyak tumiskan hirisan batang leak, lobak merah dan kacang pis. Kemudian masukkan isi ikan yang digoreng tanpa tepung tadi,
LANGKAH 7: Angkat dan masukkan dalam bakul suhun yang telah siap di dalam pinggan bersama rangka tulang ikan tadi.
LANGKAH 8: Susun isi ikan goreng tepung tadi di sisi luar bakul. Kemudian tuang Sos Cili Thai.
LANGKAH 9: Letakkan Kerabu Mangga di atasnya dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Gunakan pisau tajam untuk memotong ikan, kemudian gunakan minyak yang banyak dan api besar untuk menggoreng rangka dan isi ikan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lamanya tak merasa mexican bun atau roti boy ni. Bau roti kalau dibakar memang harum semerbak. Makan panas-panas memang layan. Buat roti tak yah beria nak menguli, pakai tangan uli pun menjadi elok.Bila dah siap roti dimasak jangan lupa sapu majerin di atasnya. Perlu diingat juga jangan over bake kerana roti boleh jadi keras.
MEXICAN BUN Bahan-bahan: 200g tepung roti/tepung hp-BELI ONLINE DI SINI 110ml susu/air 25g gula 4g yis)-BELI ONLINE DI SINI 1/2 sudu kecil(secubit garam) 1 biji telur 30g butter/majerin 5g bread improver-BELI ONLINE DI SINI Adun macam nak buat donut,rounding dah kembangkan
Topping kopi 3g nescafe/kopi/3in1 pun boleh 10ml air suam 50g butter/majerin 50 gula 65g tepung gandum 1 biji telur Sedkit emulco mocha (tak letak pun tak apa)
Cara membuat: 1.Pukul majerin dengan gula sampai sebati. 2.Letak telur pukul sampai kembang. 3.Satukan air suam dengan nescafe/kopi.Masukkan air nescafe tadi dalam adunan.Kacau sebati kemudian masukkan tepung. 4.Kacau sebati jadi pekat dan likat.
5.Letak dalam piping bag dan paipkan atas doh yang dah kembang,jangan sampai bawah paip suku saja.Nanti topping akan meleleh ke bawah. 6.Bakar 160 api atas, 170 api bawah dalam 20-25 minit ikut oven masing-masing.Nak tahu roti masak, saya check bawah roti dah garing atau perang-perang. *Inti dalam saya letak buttercup ketul potong petak-petak letak dalam doh. Tak letak pun tak apa, rasa topping kopi tu pun dah sedap Kredit:Scha#cikschabake
Nampak lauk sotong di kedai mamak, memang sangat memanggil-manggil. Dengan saiznya yang besar, warnanya pula nampak sedap sungguh. Tapi ada kalanya seram nak pilih lauk sotong. Bimbang harganya yang mahal. Nah, sekarang korang boleh try masak sendiri. Resipinya kami kongsikan.
SOTONG MASAK KARI MAMAK
Bahan Hiris
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
Halia anggaran ibu jari dihiris
1 sudu kecil halba
Bahan:
1 peket kecil serbuk kari daging (bancuh dengan sedikit air panas jadikan seperti pes)
15 ekor sotong saiz sederhana (buang dakwat hitamnya, cuci bersih dan kelar jangan putus)
1 cawan air
2 biji kentang (potong 4)
Garam secukupnya
1 biji tomato
Cili merah dan cili hijau sebiji
Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama halba hingga garing dan wangi.
2. Masukkan serbuk kari kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong dan biarkan 4-5 minit sambil kacau perlahan.
4. Masukkan air dan kentang. Air masukkan sikit dahulu sebab nanti air dari sotong akan keluar. Nampak sudah kering air baru, tambah air lagi.
5. Tambah garam dan biar sehingga kuah mendidih.
6. Setelah kentang lembut dan kuah nampak pekat, masukkan tomato, cili hijau dan merah. Biar lagi dalam 4 minit. Tutup api.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.