Sebut je Dumpling, para pengemarnya mesti sudah terbayangkan keenakannya yang lembut dengan kulit yang nipis lembut dan kulit lut sinar sehingga menampakkan isian di dalamnya.  Dicicah pula dengan sos kesukaan, mesti tak berpaling makan, apa lagi bila dihidangkan panas-panas baru keluar dari pengukus. Kalau korang rasa nak buat sendiri, takda masalah, ini RASA kongsikan  tip supaya korang suskes menyediakan  kulit dumpling  dan cara membuatnya sekali.

Ini Cara Buat Dumpling Paling Mudah, Sedap & Halal.

Gunakan tepung ten mien untuk menghasilkan kulit dumpling yang lut sinar sehingga isian di dalamnya boleh dilihat.  Korang boleh je gunakan tepung gandum biasa tetapi hasilnya kurang memuaskan, ia kurang shiny dan tidak lut sinar.

Gunakan udang yang fresh sehingga rasanya manis dan sedap. Lap udang sekering mungkin dengan tisu dapur  adunan inti tidak basah. Adunan isi yang basah akan membuat kulit dumpling mudah berlubang. Selain udang sebagai isi dumpling, korang juga boleh tambah bahan lain seperti cendawan shiitake dan lobak merah agar dumpling lebih berisi.

Potong kulit dumpling dengan diameter  lebih kurang 8 – 10 cm, lebih kecil lagi akan menyulitkan anda untuk membentuknya.Semasa mengukus, alas pengukus dengan kertas baking supaya  dumpling tidak lekat dan jarakkan antara satu sama lain.

Dah tahu tipnya, jom kita buat Dumpling Udang  yang sedap. Sedap sebagai hidangan minum petang sempena mood Tahun Baru Cina Ni, yang penting ia sedap dan halal.

Ini Cara Buat Dumpling Paling Mudah, Sedap & Halal.

DUMPLING UDANG

BAHAN-BAHAN:

BAHAN KULIT:

  • 150 gm tepung ten mien
  • 50 gm tepung sagu
  • 225 ml air panas yang mendidih
  •  1 sudu teh garam

BAHAN ISIAN:

  • 300gm udang|  buang kepala & kulit, kemudian bersih dan tos
  • 2 buah cendawabn | hiris kecil
  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu makan makan tepung sagu
  • 1 batang daun bawang rajang halus
  • 11/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 ulas bawang putih| cincang halus
  • 1 hirisan halia| cincang halus
  • 1/2 sudu makan kecap asin
  • 1/2 sudu makan saus tiram
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk pati ayam
  • 2 sudu teh gula pasir

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung ten mien, tepung sagu dan garam dalam mangkuk, gaul rata mengguna penyepit.
  2. Masukkan air mendidih ke dalam campuran tepung, adun guna penyepit hingga menjadi doh lembut dan lembab.
  3. Tutup dengan plastik wrap selama 19 minit.
  4. Selepas 10 minit uli semula hingga sebati.

Ini Cara Buat Dumpling Paling Mudah, Sedap & Halal.

  1. Canai doh di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan tepung.
  2. Uli hingga jadi adunan licin, kemudian bentukkan seperti selinder.

Ini Cara Buat Dumpling Paling Mudah, Sedap & Halal.

  1. Hiris nipis adunan menggunakan pisau tajam, kemudian canai menjadi nipis dan terap dengan acuan bulat lebih kurang diameter 8.5cm.
  2. Lakukan hingga siap dan ketepikan dan tutup dengan kain.
  3. Sediakan bahan inti. Potong-potong udang ukuran +1/2 cm.
  4. Masukkan udang, cendawan  dan semua bahan isi lainnya ke dalam mangkuk.
  5. Gaul rata dan toskan jika berair.

Ini Cara Buat Dumpling Paling Mudah, Sedap & Halal.

  1. Ambil sekeping kulit dumpling, isiikan bahan isian kemudian tangkupkan bahagian tepi menjadi seperti separuh bulatan.

Ini Cara Buat Dumpling Paling Mudah, Sedap & Halal.

  1. Lekatkan bahagian tepinya supaya tidak terbuka, kemudian klim. Lakukan hingga habis.
  2. Sediakan pengukus, kemudian lapis pengkus dengan kertas baking. Susun dumpling di atasnya.

Ini Cara Buat Dumpling Paling Mudah, Sedap & Halal.

  1. Kukus dumpling lebih kurang 10 minit atau hingga kulit dumpling kelihatan lut sinar.
  2. Dumpling sedia dihidangkan.

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI