
Sayangnya, pasta yang anda masak sebagai hidangan makan malam tak habis. Eh… jangan buangkannya, ia membazir, baik simpan untuk sarapan esok. Tapi boleh ke? Jawapannya boleh.
Memang ada sesetengah makanan akan berubah rasanya dan tidak lagi fresh seperti mana baru dimasak bila dipanaskan semua. Tetapi untuk pasta, ini satu tip paling senang RASA ingin kongsikan supaya lebihan pasta itu boleh dijadikan bekal untuk anda bawa ke tempat kerja atau bekal anak ke sekolah.
Caranya mudah sahaja, agar pasta yang anda panaskan tidak menjadi lembik, kering atau berminyak.

Pertama:
Apa perlu anda lakukan ialah merenjiskan air ke atas pasta, kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang untuk tujuan memanaskannya. Percikan air tersebut membantu pasta kekal segar semasa dipanaskan.

Kedua:
Bila anda menggunakan dapur biasa, cara paling mudah masukkan pasta dalam kuali. Kemudian panaskan menggunakan api sederhana kecil dan tambahkan ke dalamnya sedikit cairan mentega atau minyak zaitun. Sambil itu anda perlu terus mengacaunya agar lembab sekata.
Ketiga:
Jika masih kering tambahkan sedikit sos dan gaul lagi. Sangat mudah dan anda boleh praktikkan tanpa berlaku pembaziran.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
8 Makanan Ini Anda Tidak Patut Masak Dalam Slow Cooker.

Memang benar Slow Cooker ni kita boleh masak macam-macam hidangan seperti stew, sup, bubur nasi dan sebagainya. Memang memudahkan kerana anda perlu masukkan segala bahan ke dalam periuk, set masa dan biarkan sahaja masak. Jika anda seorang yang gemar bawa bekal ke pejabat, masak lauk guna periuk ni memang bagus. Esok pagi, bila bangun, lauk anda dah tersedia. Namun kena ingat, tidak semua makanan sesuai dimasak menggunakan periuk ni. Antara yang TAK SESUAI ialah:

1. Santan & Tenusu

Jika lauk anda mengandungi bahan seperti santan atau bahan tenusu seperti susu, krim, keju, yogurt dan sebagainya, agak tidak sesuai masak menggunakan periuk ini kerana ia hanya akan membuatkan masakan anda pecah minyak serta bahan-bahan tenusu tu berketul. Tak sedap la nanti. Hmm…
2. Kuskus

Kuskus ni masak guna periuk biasa pun mudah masak. Tak perlu guna slow cooker. Jika anda masak juga, hasilkan nanti hidangan kuskus anda akan menjadi lembik dan tidak menyelerakan. Membazir tau.
3. Nasi

Kalau periuk nasi anda rosak, adalah lebih baik masak nasi dengan menggunakan dapur gas atau microwave sahaja. Masak nasi dengan slow cooker memang tak menjadilah melainkan anda nak masak bubur. Jangan cuba-cuba. Menyesal nanti tau.
4. Pasta

Jika anda suka layan resipi mat salleh, pasti pernah jumpa resipi Lasagna yang dimasak menggunakan slow cooker. Memang menjadi namun teksturnya tidak seindah dan secantik lasagna yang dimasak menggunakan ketuhar. Lasagna slow cooker kelihatan lebih lembap dan berkuah. Nampak macam kurang sedap je.
5. Isi Dada Ayam

Periuk jenis ini juga tidak sesuai untuk memasak isi dada ayam kerana proses memasak yang lama hanya akan menjadikan isi ayam keras, kering dan pejal. Jika ingin memasak hidangan isi ayam jenis ini adalah lebih baik menggunakan teknik goreng, panggang atau rebus. Pilihan terbaik adalah menggunakan bahagian ayam bertulang yang telah dibuang kulitnya.
6. Daging Mentah

Sebaiknya, panggang atau rebus seketika kepingan daging mentah sebelum dimasukkan ke dalam periuk slow cooker bagi mendapatkan hidangan yang enak, berperisa dan tidak hamis. Ia berbeza dengan isi ayam yang anda boleh masukkan terus sahaja ke dalam periuk ini.
7. Sayuran Lembut

Jangan sesekali memasukkan sayur-sayuran lembut seperti sayuran berdaun, tomato, kacang, asparagus dan sebagainya diawal masakan. Ini kerana proses memasak menggunakan periuk ini adalah lama. Haba yang terhasil pastinya akan menjadikan sayuran anda lembik dan hancur. Jika perlu menambahkannya,masukkan sayur-sayuran disaat-saat akhir proses memasak supaya khasiat serta bentuk sayuran boleh dikekalkan. Hanya sayur-sayuran yang keras seperti ubi kentang, lobak merah dan kubis adalah antara yang sesuai jika dimasukkan awal.
8. Makanan Laut

Makanan laut ni tak lama pun masa penyediaannya. Jika anda ingin menyediakan Sup Udang, Asam Rebus Sotong atau Asam Pedas Salmon, sebaiknya guna sahaja periuk dan dapur gas biasa. Kerana jika dimasak lama, dikhuatiri udang, sotong dan salmon akan menjadi keras, liat dan kurang enak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
9 Petua Simpan Ikan Bilis Goreng Supaya Kekal Rangup.

Susah nak kekalkan keranggupan ikan bilis goreng kalau nak disimpan lama? Anda jangan bimbang, boleh saja jika anda ikut sembilan tip yang senang untuk mengekalkan keranggupan ikan bilis yang mudah ini.
Lepas dapat info ini anda bolehlah goreng ikan bilis untuk stok seminggu tanpa hilang keranggupannya.

- Pilih Ikan Bilis Berkualiti Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.

Guna Ikan Bilis Saiz Sederhana Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.
Keringkan Sepenuhnya: Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.
Guna Cuka : Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa.
Guna Minyak Panas: Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.
Goreng Guna Api Sederhana: Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.

Tos Minyak Sepenuhnya: Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.
Simpan Dalam Balang Kedap Udara: Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.
Goreng Secara Berperingkat: Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.
ANDA INGIN MEMBELI IKAN BILIS BERKUALITI TINGGI, BELI ONLINE DI SINI
VIDEO MASAKAN INI MEMANG MENARIK :
DAN SEMAK JUGA RESIPI RESIPI INI :
Koleksi Lauk Sedap Boleh Masak Guna Ikan Bilis & Ikan Masin.
Resipi Sambal Ketuk Ikan Bilis Bersama Cili Padi & Belimbing Buluh, Lauk Simple Tapi Sedap
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau Suka Makan Pucuk Ubi, Tanam Ubi Kayu Dalam Pasu Untuk Tuaian Pucuk

Tanam ubi kayu selain untuk menikmati ubinya, kita juga akan memetik pucuknya untuk dibuat hidangan. Pucuk ubi ini enak direbus, dibuat gulai mahupun digoreng.
Kalau lebih berminat menanam ubi kayu untuk mendapatkan pucuk, boleh ikut cara penanaman ubi kayu dalam pasu seperti berikut;
Cara tanam ubi kayu untuk tuaian pucuk

Selain daripada ubi, daun ubi kayu enak dibuat ulam. Kalau pucuknya direbus, cicah budu.Tiada kata dapat membayangkan keenakannya. Jika nak tanam untuk pucuk boleh menggunakan pasu. Caranya adalah seperti berikut;
1. Gunakan pasu besar, misalnya bukaan 10 inci.
2. Isikan pasu dengan tanah atas (topsoil) yang kaya dengan bahan organik sehingga 3/4 penuh.
3. Siram tanah dengan air untuk basahkan tapi jangan sampai bertakung.
4. Buat lubang lebar 15 cm (6 inci) dengan kedalaman 10 cm (4 inci).
5. Masukkan keratan batang dengan kedudukan 45 darjah.
6. Pastikan tunas berada di bahagian atas.
7. Tutup lubang dengan tanah ringan, misalnya kompos atau humus. JANGAN MAMPATKAN TANAH.

8. Sembur dengan air berkabut (mist) menggunakan penyembur.
9. Letak ditempat teduh. Pokok akan bertunas selepas 1 minggu.
10. Apabila telah bertunas alih pasu ke tempat panas.
11. Apabila tunas baru tumbuh dalam 30 cm (1 kaki), boleh mula tuai pucuknya.
Selamat mencuba.
Sumber: Iskandar Ab. Rashid via Tanam.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

