Ini Cara Bancuhan Tepung Yang Buatkan Kacang Botak Jadi Rangup, Patutlah Sedap!

Share

Kacang Botak antara snek kudapan di hari raya yang paling disukai ramai. Mana tidaknya, sebalang demi sebalang terpaksa ‘di top up’ disebabkan ramai tetamu sukakan kerangupan Kacang Botak. Nak tahu bagaimana cara untuk membuat Kacang Botak yang rangup? Nah cuba resipi Kacang Botak yang dikongsikan oleh Are Peace.

RESIPI KACANG BOTAK

BAHAN-BAHAN:

400g kacang tanah


5 ulas bawang putih (ditumbuk) – BELI ONLINE
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar gula – BELI ONLINE
3 sudu kecil garam – BELI ONLINE
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk perasa
1 kiub ikan bilis ( kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
5 sudu besar tepung gandum – BELI ONLINE
1 sudu besar tepung beras – BELI ONLINE

CARA MEMBUAT:

1. Bersihkan kacang tanah. Jangan basuh terlalu lama. Selepas basuh etrus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering. (boleh keringkan dalam oven sekejap)

2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.

3. Masukkan tepung gandung dan tepung beras. Gaul sampai sebati.

 

4. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.

5. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing.

6. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak akan terbentuk. Selepas masukkan kacang, terus kacau jangan berhenti untuk elakkan kacang melekat. Goreng sehingga masak. Siap.

Sumber kredit: Are Peace

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN