Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yang Lembut & Gebu, Senang Je.

Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yang Lembut & Gebu, Senang Je.

Ramai yang menyukai kuih Puteri Ayu, kuih berwarna hijau yang  lemak manis dan kaya dengan rasa pandan ini sememangnya disukai ramai tanpa mengira usia. Tapi kalau korang belum pernah membuatnya, kali ini korang cuba berpandukan tip yang RASA kongsikan ini, ia sangat mudah tidak mengambil masa lama untuk mengukusnya.

Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yang Lembut & Gebu, Senang Je.

Panaskan Pengukus Terlebih Dahulu:

Langkah pertama, panaskan mengukus, sementara anda mula untuk membancuh adunan Puteri Ayu. Kerana untuk menyediakan aduanan ini sangat mudah dan cepat.

Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yang Lembut & Gebu, Senang Je.

Pukul Atau Putar Telur dan Gula Hingga Kembang:

Putar atau pukul telur bersama gula pasir dan bahan penaik (ovelete) hingga kembang. Tambahkan esen vanilla dan sedikit garam, pukul hingga kembang. Ia penting agar apam tidak mendapat selepas dikukus.

Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yang Lembut & Gebu, Senang Je.

IKLAN

Guna Tepung Berprotein Sederhana & Tepung Jagung:

Selepas adunan telur dan gula kembang, masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak bersama. Menggunakan tepung berprotein sederhana mampu membantu apam mengembang dengan elok yang memberikan tekstur yang empuk dan lembut. Masukkan dua jenis tepung yang diayak bersama sedikit demi sedikit. Untuk meratakan campuran tepung boleh gunakan spatula dengan cara kauk balik.

Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yang Lembut & Gebu, Senang Je.

Campur Santan, Air  Dan Pewarna Hijau:

Setelah campuran  telur dan tepung sekata, tambahkan bahan cairan campuran santan pekat air pandan dan perasa pandan. Air pandan adalah hasil dari daun pandan yang dikisar halus dan ditapis airnya. Air pandan memberikan aroma pandan yang wangi, pewarna hijau memberikan warna hijau lebih menarik.

IKLAN

Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yang Lembut & Gebu, Senang Je.

Kelapa Parut Sebagai Kepala Atau Topping:

Sebelum memasukkan adunan ke dalam acuan, sapu acunan dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan sedikit kelapa parut yang telah diambil bahagian putihnya sahaja dan gaulkan dengan secubit garam halus. Padatkan kelapa parut, kemudian tuangkan adunan apam 3/4 acuan. Lakukan hingga adunan habis.

Kukus Tidak Lebih 20 Minit:

Susun acuan dalam pengukus dan kukus dalam pengukuks yang telah sedia dipanaskan selama tidak lebih dari 20 minit menggunakan api besar. Setelah Masak, angkat dan sejukkan, Keluarkan dari acuan apabila sejuk.

IKLAN

Ini 6 Cara Buat Puteri Ayu Yang Lembut & Gebu, Senang Je.

Resipi Apam Puteri Ayu.

Bahan-Bahan :

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecik ovelate
  • 1 1/2 cawan tepung gqndum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 1 cawan santan kotak
  • 2 sudu makan patu pes pandan
  • 1 penutup pewarna hijau

Bahan Kelapa Parut:

  • kelapa parut
  • Sedikit garam
  • Sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)

 CARA MEMASAK:

  1. Ayakkan tepung bersama baking powder
  2. Putar telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih.
  3. Masukkan santan selang seli dengan tepung.
  4. Gaul sebati baru tuang pewarna hijau. Mutar sebati lagi sekali.
  5. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan.
  6. Tuang adunan tepung paras acuan. kukus 10-15 minit api besar.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI