Anda yang baru berjinak-jinak untuk baking dan pernah membuat kek dan menghadapi masalah kek yang dihasilkan cantik gebu tapi sayang kek lekat pada acuan. Aduhaiiii tak cantik bila dikeluarkan dari loyang cacat di sekeliling kek disebabkan melekat pada acuan atau loyang pembakar. Agar perkara ini tidak berulang, cuba anda baca tip untuk mengelakkan kek dari melekat acuan.
Acuan Mesti Kering dan Bersih.
Acuan atau loyang pembakar kek penyumbang kepada hasil kek yang sukses. Oleh itu anda harus pastikan acuan yang akan digunakan dalam keadaan bersih dan kering. Sedikit kotaran dan titisan air akan mempengaruhi hasil kek yang dibakar atau dikukus. Antara masalah akan timbul adalah kek sukar dikeluarkan dari acuan.
Ads
Oles Bahagian Dalam Loyang Dengan Margarin Atau Cooking Spray.
Cara ini biasa digunakan oleh kebanyakan bakers. Menggunakan dua bahan ini mampu melicinkan permukaan acuan atau loyang. Derngan cara ini kek mudah dikeluarkan walaupun baru dikeluar dari ketuhar. Harus diigat jangan oleskan margerin atau semburkan cooking spray terlalu banyak, kerana ia akan mempengaruhi rasa kek yang anda hasilkan.
Lapis Acuan Dengan Kertas Baking
Anda juga boleh menggunakan kertas baking untuk melapisi dasar acuan dan bahagian tepinya sekali sebelum anda memasukkan adunan kek di dalamnya. Cara ini juga akan memastikan kek lebih mudah dikeluar dari acuan loyang pembakar mereka.
Ads
Gunakan Acuan Atau Loyang Tidak Melekat
Cara ini paling praktis dan mudah. Kerana acuan atau loyang anti lekat mempunyai permukaan yang tidak melekat dan mudah dikeluarkan bahan yang diisi di dalamnya, namun harga sedikit mahal berbanding acuan atau loyang biasa.
Ads
Sejukkan Kek Sebelum Dikeluarkan Dari Acuan
Bila kek sudah masak, anda harus sabar. Jangan terus keluarkan kek dari acuan kerana kek mungkin lekat kerana waktu ini kandungan mentega dalam kek masih panas ini menyebabkan tekstur kek sangat lembut semasa panas. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik supaya kek lebih padat sedikit dan mudah dikeluarkan dari acuan. Gunakan pisau untuk melonggarkan sekeliling acuan agar kek lebih mudah dikeluarkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Resipi dan tip untuk yang selalu sakit lutut. Bulan puasa nak buat ibadat lebih sikit boleh la cuba amalkan resipi ni. InsyaAllah mana tau berkat kesabaran dan usaha sakit lutut dah tak rasa lagi.. Selamat mencuba!
Last week chii berpeluang solat kat surau di Mambau tau. Ada la dua tiga orang ni terpaksa solat guna kerusi. Pastu bila ditanya jawapannya lutut sakit ler nak. Aduhhhh
Kali ni chii nak share petua dan resepi untuk sakit lutut. Memang proven tau kalo diamalkan sebab ramai dah berjaya.
Antaranya sorang ustazah sekolah agama. Kalo sebelum ni nak turun naik tangga jek memang mengah. Tapi pas amalkan petua ni segalanya menjadi mudah. Syukur Alhamdulillah
Mana lah tau bleh buatkan untuk mak ayah kat kampung ke kan. Tersenyummm je pasni dorang bila lutut dah sihat
BAHAN-BAHAN:
• 2 biji epal hijau | potong dadu
• 4-5 batang serai | di ketuk ( kalau besar, guna 3 dah ok)
• 1 batang Kayu Manis Ceylon. ( kalau besar, guna ½)
• 5 gelas air
CARA MEMBUAT:
Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air.(korang agak-agak la ye). Untuk mendapatkan hasil yang power,minum time suam, 2 kali sehari je pun dah cukup. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.
Apple yang tinggal, korang kunyah jek. Kalau rajin, nak blend pun boleh. Serai ngan Kayu Manis Ceylon tu korang letak tepi je Tak payah kunyah sebab khasiat nya dah keluar pun.
Kenapa air ni power?
Epal, serai dengan Kayu Manis ni memang anti keradangan. Dah memang terbukti berkesan ketiga – tiga bahan baik untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berhasil merawat sakit bila minum air ni. Alhamdulillah.
Kulit epal tu korang takyah buang. Cuci bersih-bersih, pastu rebus je skali sebab kulit apple ni ada 5 kali ganda antioksida. Haaa, memang rugi lah kan kalau tak dimanfaatkan sekali. 2 in 1 gituuu.
Korang tahu tak yang Jangka hayat telur yang baik adalah tak melebihi 45 hari, kalau korang beli telur dekat pasaraya dah tentu ada tarikh luputnya tapi akalau beli kat kedai runcit biasa, memang takda lah kan ? Jangan risau atau susah hati ini ada dua cara boleh tolong korang macam mana nak tau telur tu masih elok atau tak.
Pertama: Goncangkan telur, kalau dengar bunyi kocakan ia maksudnye telur itu sudah lama. Sebab telur segar tidak akan mengeluarkan bunyi ketika digincangkan.
Kedua: Masukkan air sejuk ke dalam gelas, rendam telur tersebut dan perhatikan. Jika telur rendam sepenuhnya sampai dasar gelas bermakna telur sangat segar.
Jika telur masih rendam dan berdiri di atas satu hujung di bahagian bawah mangkuk telur masih boleh dimakan. tetapi jika ia terapung ke permukaan maksudnye telur itu tidak lagi segar, busuk dan tak boleh dimakan.
Apalah ertinya hirup sup panas tanpa ditaburi bawang goreng. Kan? Bawang goreng selalu kita buat sebagai pelengkap pada hidangan. Tak lengkap rasanya kalau buat sup tak ada bawang goreng. Kalau buat nasi minyak pun, mesti letak bawang goreng. Selain menambah selera, aroma pun semakin wangi.
Hari ini RASA kongsi resipi membuat bawang goreng lebih rangup dan tahan lama. Resipi ini adalah daripada Puan Nooriah Abdullah.
BAHAN-BAHAN
1/2 kg bawang merah di hiris nipis
2-3 ulas bawang putih hiris nipis
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam dan gula utk perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK
1) Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula.
2) Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
3) Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita.
4) Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak.
5) Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
6) Gorenglah sehingga habis .
TIP MENGGORENG
Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng. Semasa menggoreng jangan sampai terlalu kuning di atas api sebab apabila kita angkat bawang tu akan lebih kuning. Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning di dalam minyak, apabila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya. Sedap diratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap. Biarkan sehingga sejuk dan minyaknya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & gambar: Puan Nooriah Abdullah (http://nooriahnaim.blogspot.my/2015/10/bawang-goreng-ranggup-ala-kak-noor.html)