Korang pernah makan makanan Barat atau Cina yang menggunakan sos lada hitam yang sangat sedap sebagai pelengkap rasa pada makanan seperti daging, ayam dan ikan yang dipanggang, dibakar ataupun dikukus. Bagaikan terasa di hujung lidah rasa sos yang hangat, manis, masam dan kaya aroma herba yangmenyempurnakan makanan yang dinikmati.Daripada t kerap ke restoran mahal untuk menikmati sos lada hitam yang sedap ini, korang buat je sendiri sos ini kerana ia mudah disediakan. Bahan-bahannya juga mudah tau…
Tak percaya inilah caranya:
Ads
Tumis Bawang Holland dengan Mentega
Perkara pertama perlu lakukan adalah tumis bawang Holland yang telah dicincang halus dengan mentega (lebih kurang satu sudu makan), kerana aroma mentega dan rasa manis bawang memberikan rasa sedap pada sos. Jika tidak ada bawang Holland boleh je guna bawang putih atau bawang merah, tetapi ia tidak sesedap bawang Holland.
Tambahkan Hirisan Cili Banggala Sebagai Penambah Aroma & Rasa.
Kalau nak tahu cili banggala sangat kuat aromanya, untuk menjadikan sos lada hitam lebih sedap tambahkan hirisan atau potongan dadu cili benggala (warna ikut selera), tumis hingga aromanya keluar. Jika korang hanya mahukan aromanya sahaja dan tidak mahu cili tersebut, boleh saja keluarkannya selepas ditumis.
Tambahkan Sos Tiram, Gula dan Stok Ayam
Setelah tumisan layu dan wangi, masukkan satu sudu makan sos tiram, 200ml air dan stok ayam dan 1/2 sudu the gula. Kacau rata dan biarkan mendidih atas api kecil. Ketiga bahan ini akan menjadikan tekstur sos lembut dan sedap. Untuk stok, korang boleh je gunakan stok daging, ayam atau cendawan. Sesuaikan saja dengan apa makanan yang akan dicampurkan dengan sos tersebut. Sebaiknya jika ingin membuat steak, korang gunakan stok daging, begitulah sebalikknya untuk ayam.
Ads
Gunakan Lada Hitam Biji Yang Di Tumbuk Kasar:
Rahsia penting bagi mendapatkan sos lada hitam yang sedap, adalah disarankan menggunakan lada hitam biji, kemudian dikisar kasar untuk mendapatkan aroma dan rasanya yang lebih kuat. Jika tidak ada boleh saja menggunakan serbuk lada hitam, cuma rasa saja yang kurang sedikit. Untuk sos ini anda boleh masukkan satu sudu makan lada hitam yang telah dikisar kasar.
Ads
Pekatkan Sos Dengan Tepung Jagung
Untuk memekatkan sos lada hitam, korang perlu campurkan satu sudu teh tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air. Kemudian campurkan larutan itu dalam tumisan sos, kacau rata hingga pekat, boleh tambah lagi tepung jagung kalau kurang pekat.
Langgan Rasa
Lepas ni bolehlah berbbq dan mengrill di rumah tak perlu membazir duit makan di luar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sagu memang sedap dijadikan sajian pencuci mulut, manisan atau dicampur dalam kuih muih. Jika sagu biji kecil, agak mudah untuk dimasak namun sagu kasar ni, lain sikit perangai dia. Menerusi perkongsian Opah Mas Cotek, sagu kasar terlalu banyak kanjinya. Jadi kena pandai masak barulah ia jadi betul-betul jernih dan tidak mata ikan. Nak tahu caranya? Jom baca seterusnya.
TIP REBUS SAGU KASAR SUPAYA JERNIH, BULAT & TAK HANCUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk sagu kasar
6 mangkuk air
CARA MEMASAK
(BAHAGIAN 1):
1. Didihkan air dan masukkan sagu. Masak guna api perlahan.
2. Biarkan selama 25- 30 minit. Kacau sekali sekala.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sagu di dalam periuk menjadi suam.
4. Kemudian basuh sagu tadi dan toskan.
(BAHAGIAN 2):
1. Masak lagi air dalam periuk hingga mendidih.
2. Masukkan sagu yang ditoskan tadi. Biarkan selama 15 minit.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sehingga sagu sejuk atau hingga biji sagu menjadi jernih dan tiada mata ikan.
4. Basuh, toskan dan siap untuk dinikmati dengan cara pilihan anda.
TIP UNTUK DAPATKAN BIJI SAGU YANG SEMPURNA
Jangan basuh biji sagu kering.
Jangan rendam biji sagu sebelum dimasak.
Untuk memasaknya, terus masukkan biji sag uke dalam air mendidih.
Elakkan terlalu kerap mengacau sagu di dalam periuk.
Pelik tapi benar! Jika anda memasak nasi menggunakan periuk biasa ,anda pasti menghadapi masalah buih nasi yang sedang mendidih terkeluar dari periuk dan tumpah sehingga mengotorkan dapur.
Jadi, petua mudah untuk mengelakkan buih nasi ini dari tertumpah. Anda hanya perlu meletakkan senduk kayu di atas permukaan periuk. Kalau ditanya kenapa? Penjelasan ilmiahnya agak rumit, tetapi penjelasan mudahnya ialah gelembung dari air mendidih pecah apabila tersentuh sendik kayu.
Senduk kayu juga menyerap kelembapan wap air. Oleh itu seduk besi tidak boleh digunakan kerana ia mudah panas.
Kalau ke Cameron Highland, memang geram lihat buah-buah strawberi yang merah menyala tu. Kalau ada peniaga jual borong, lagilah rasa nak beli semua. Cuma masalahnya buah strawberi ni tak tahan lama. Beli banyak tapi bila sampai dekat rumah, alahai…tak boleh simpan lama pula.Walaupun simpan dalam peti sejuk, sehari dua buah akan jadi lembik, berkulat dan benyek. Namun ada petua yang boleh dicuba untuk simpan buah strawberi ni supaya boleh tahan samapi 2 minggu. Jom lihat cara-caranya.
CARA SIMPAN BUAH STRAWBERI CAMERON HIGHLAND AGAR TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Buah strawberi
2 liter air
4 sudu teh garam kasar
CARA-CARA:
1. Keluarkan strawberi dari bekasnya. Buang buah yang busuk dan kotoran yang ada pada buah.
2. Basuh bersih buah menggunakan air paip yang mengalir. Toskan.3. Dalam bekas berlainan, masukkan air dan garam. Kacau hingga garam larut.
4. Masukkan buah strawberi tadi ke dalam air garam. Pastikan tenggelam.
5. Toskan sekali lagi dengan letak buah satu persatu dalam penapis. Elakkan tuang sekaligus semua sekali kerana buah ini cepat lebam dan berair.
6. Ambil tisu dan lap buah bagi mengeringkan lebihan air.
7. Letak buah dalam bekas asalnya dan simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller. Hasilnya buah strawberi boleh tahan selama 1-2 minggu.