Imbau Memori Dengan Ubi Kayu Karamel Gula Melaka (Cassava Thai)

Share

Ubi rebus yang dinikmati bersama dengan sos karamel manis yang diperbuat dari gula melaka. Untuk rasa lebih enak,  boleh juga dihidangkan bersama santan.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 batang ubi kayu bersaiz sederhana
  • 250gm gula perang
  • 100gm gula Melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 400ml air

 

CARA MEMASAK:

  1. Ubi kayu dibersihkan dan dibuang kulit. Potong sepanjang 10cm.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk yang bersesuaian.
  3. Rebus sehingga ubi empuk dan gula menjadi pekat. Kacau bahagian bawah bagi mengelakkan gula menjadi hangus.
  4. Setelah ubi empuk, angkat dan sedia dihidangkan.
IKLAN