Ikut Petua Mak, Masak Sayur Lemak Kena Letak Bahan Tumbuk Ni Supaya Lagi Umppp

Share

Masak Sayur Lemak jika kena dengan bahan-bahannya pasti aroma masakannya lain dari yang lain. Yang penting mesti tumbuk rencah-rencah dengan lesung batu bukan guna mesin pengisar. Ada bahan rahsia kena tambah bagi masak lemak sayur lagi sedap. Resipi ini ‘diturunkan’ oleh ibunya, Adiah Adam

RESIPI MASAK SAYUR LEMAK

BAHAN-BAHAN:

Bawang merah
Bawang putih –BELI ONLINE
Ikan rebus
Kelapa
Lada hitam –BELI ONLINE
Santan
Sayur-sayuran (ikut cita rasa)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan rebus, kelapa dan ada hitam dalam lesung batu.

2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam periuk.

3. Campurkan santan. Renihkan seketika.

4. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran. Perasakan dengan garam dan secukup rasa. Siap untuk dinikmati.

Sumber kredit: Adiah Adam via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN