Ada orang minat makan ikan keli ada orang yang bukan setakat makan nak tengok ikan keli pun geli. Kalau tak betul cara siang ikan keli memang akan meninggalkan bau yang kurang enak bila makan nanti.
Ikut tip yang Aris Farhan kongsikan ini supaya ikan keli korang goreng nanti tak bau hanyir lagi:
1. Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, kaedah terbaik mematikannya tanpa menyeksa ikan ini boleh tonton video di bawah:
Ads
2. Gunting muncung ikan ini untuk buang sesungut dan mulutnya. Tapi, kalau kalian nak masak sekali sesungut ini, itu hak kalian.
3. Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan keli ini sampai ke titik tengah (pusat). Kalau kalian nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan.
4. Kemudian, buang segala organ dalaman ikan ini sebersih mungkin. Ingat, sediakan bekas nak kumpul organ ni. Jangan engkau masuk dalam sinki pula, tersumbat pula nanti.
5. Ha ini kaedah nak buang objek hanyir tu, engkau tekan belakang ini gunakan jari telunjuk. Sebab nak mudah keluarkan bendalah tu.
6. Plup! Maka terkeluarlah objek darah beku hanyir tersebut. Ada dua ya, sebelah kiri dan kanan. Maka buanglah ia. Kalau kau nak bau dulu pun boleh.
Ads
7. Ha ini bendanya, selalu berwarna hitam pekat atau keemasan. Ikut jenis ikan tersebut. Bau memang hanyir.
8. Dah dapat sila buang jauh-jauh. Jangan engkau buat batu cincin pula ya.
9. Akhirnya, baru bersih lagi suci ikan kita. Sudah boleh masak berlada ke, bakar salai ke, atau goreng kunyit sahaja. Selamat mencuba!
Ketam salah satu makan laut yang digemari ramai kerana rasanya yang sedap. Untuk menikmati ketam segar, selain makan di restoran, anda juga boleh masak sendiri di rumah, dengan kos lebih murahkan?
Jika alasannya tidak pandai bersihkan ketam sebagai sebab tak masak sendiri ketam di rumah. Jangan risau ini ada tip mudah untuk membersihkan ketam segar sebelum sedia dimasak.
1. Pastikan kedua belah penyepit ketam dalam keadaan terikat jika masih hidup.Kemudian terbalikan badan ketam dan carilah bahagian yang berbentuk segi tiga di bawah badannya. Tarik dan pisahkan dari badan ketam.
2. Buang insang yang lembut seperti plastik di kiri dan kanan badan ketam dan cici bersih segala kotoran yang melekat di bawah paip mengalir, Bersihkan juga lendir di bahagian tengah ketam di bawah air mengalir perlahan.
3. Selepas bersih pisahkan penyepitnya, kemudian buang sedikut hujung penyepit dan ketuk supaya mudah dimakan nanti. Seterusnya dan gunting sedikit kaki-kaki ketam dengan gunting dapur.
4. Jika perlu potong ketam kepada dua bahagian sebelum sedia di masak.
5. Setelah siap dibersihkan anda perlu segera memasak ketam dengan resipi kesukaan keluarga. Tetapi pastikan anda tidak memasak ketam terlalu lama.
Lepas ni anda dah tak ada masalah nak bersihkan ketam lagi…
Terlupa buang sampah sehari saja pun, esoknya tong penuh dengan ulat sampah ini. Memang geli dibuatnya, apatah lagi bila tengok ulat sampah atau manggots ini merayap di lantai.
Bagi yang memang ‘penggeli’, mulalah panik tak tahu apa nak buat. Untuk hapuskan ulat sampah ini ada beberapa tip yang boleh digunakan.
1. Guna peluntur
Ambil satu cawan peluntur dan campur dengan satu cawan air. Letak dalam botol spray dan sembur pada tong sampah dan juga di kawasan yang ada ulat ini. Semburan ini akan mematikannya.
2. Cuka
Kalau tiada peluntur boleh gantikan dengan cuka, nisbah yang sama tapi menggunakan air panas. Siram pada tempat terdapat ulat ini.
3. Air panas
Jika tiada peluntur dan cuka, boleh siram air panas pada kawasan atau tong sampah terutama di luar rumah yang dipenuhi ulat ini.
4. Bunga cengkih
Boleh juga menggunakan petua bunga cengkih untuk menghapuskan ulat sampah ini. Tumbuk kasar dan tabur pada tempat ulat sampah membiak.
5. Penyembur serangga
Namun jika mahu menghapuskan ulat sampah ini dengan cepat kerana bimbang ia merayap di dalam rumah, boleh gunakan penyembur serangga yang ada di rumah. Cuma penggunaanya agak banyak kerana ulat ini jumlahnya pun banyak.
Selepas semua ulat sampah ini mati, pastikan kita bersihkan tong sampah supaya masalah yang sama tak berulang.
Tip elak ulat sampah membiak
Ulat sampah ini asalnya dari telur lalat jadi sebagai langkah pencegahan tutup tong sampah terutama yang mempunyai sisa makanan supaya tak dihurung lalat. Jika lalat bertelur, ia hanya menyambil masa sehari untuk menetas dan menghasilkan ulat sampah ini.
Selain itu sentiasa pastikan tong sampah itu sendiri dalam keadaan bersih dan tiada sisa makanan yang boleh mengundang lalat datang.
Telur rebus memang mudah nak dimasak. Tetapi tatkala kulitnya dikupas, ada yang melekat pada isi. Hasilnya, telur rebus menjadi menggerutu dan nampak kurang menarik.
Bagi mengatasi masalah ini, ada petua yang boleh dicuba. Caranya mudah sahaja. Jom lihat langkah-langkah yang perlu anda buat:
CARA KUPAS TELUR REBUS DENGAN MUDAH & CANTIK SEMPURNA
Basuh telur dan rebus seperti biasa.
Setelah masak, rendam telur di dalam air dengan segera. Biarkan seketika.
Setelah air menjadi suam, buang dan letak air lain. Ulang langkah yang sama sehingga telur sejuk.
Kupas telur dan hasilnya telur lebih mudah untuk dikupas dan isi tidak melekat pada kulit.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.