Ikut Cara Ini Jika Nak Bagi Kuih Bijan Lekat Elok

Share

Kuih muih Melayu memang sedap dimakan dan tak lekang musimnya. Antara kuih yang mudah nak buat ialah kuih bijan atau kuih lenga.

Walaupun ada pelbagai nama yang diberi, perkongsian resipi daripada Intan Zalifah Zolkiply ini, sangat simple dan bahan pun mudah didapati.

 

CARA BUAT KUIH BIJAN/KUIH LENGA

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung pulut – beli online di sini
2 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
2 sudu besar gula – beli online di sini


Secubit garam
Air secukupnya

TONTON Makan Di Mana Eps 17: Menu Simple, Harga Baik, Wajib Try…

TONTON Dapur Rasa Live: Buko Pandan versi Ketodiet  

CARA BUAT:

1. Bancuhan seperti buat onde-onde atau buah melaka. Campurkan bahan kering bersama. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit.
2. Uli sehingga doh tak melekat lagi di tangan. Kemudian, ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti. Bulat-bulatkan, kemudian golekkan ke dalam bekas yang berisi bijan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Inti boleh letak inti kacang merah atau hijau dan inti nyok @ kelapa.

inti kacang merah

Inti kelapa

 

*Tip tak nak bagi kuih bijan pecah ketika menggoreng:

1. Mesti letak gula dalam adunan.
2. Simpan sekejap dalam peti ais.
3. Letak kuih sebelum minyak panas dan minyak mesti banyak.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

* Cara saya, selepas siap letak inti, buat 10 biji golek dalam bekas besar

. Kemudian kita golek pulak guna dua tapak tangan. Buat yang lain pula sampai habis, letak dalam peti sejuk, kemudian baru goreng.
*Inti kacang merah, saya masak guna periuk noxxa. Kacang saya tak rendam, cuma letak air lebih sikit pada kacang. Bila dah siap rebus, kemudian kisar guna alat pengisar. Selepas itu, masukkan gula dan garam. Kacau sekejap. Kemudian, masak lagi di dalam periuk noxxa.

Kredit resipi: Intan Zalifah Zolkiply

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN