Ikan Tongkol Masak Goreng Kicap Pedas

Share

Ikan tongkol masak goreng kicap pedas ini sesuai sama ada untuk berbuka atau sahur. Selalunya ikan tongkol atau ikan aya ni dimasak kari kan? Boleh cuba masakan ini juga.

Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Cahaya Kasih Firdausi ini. Sedap tau.

Ikan Tongkol Masak Goreng Kicap Pedas

Bahan-bahan A:

Bawang putih – boleh beli online di sini

Bawang merah – boleh beli online di sini

Halia – boleh beli online di sini

Cili padi – boleh beli online di sini

Bahan B:

Ikan tongkol putih goreng mati air

Asam jawa – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Gula – boleh beli online di sini

Ajinamoto – boleh beli online di sini

Kicap lemah manis Jalen

Bawang Holland (potong bulat-bulat) – boleh beli online di sini

Lada merah

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Kisar bahan A. Ketepikan.

Panaskan minyak, goreng ikan tongkol. Angkat dan toskan.

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan pula air asam Jawa, biarkan sekejap. Kemudian masukkan bawang yang dipotong bulat-bulat tadi, kicap, garam sedikit, ajinamoto dan gula. 

Biarkan ia pekat dan bolehlah masukkan ikan yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Semak rasa apakah sudah cukup masam, masin dan manis secukup rasa. Biarkan agak kering sikit.

Tutup api dan angkat. Tambah lada potong. Siap. Mudah je kan?

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN