Ikan Tamban Celup Tepung, Lain Macam Rangupnya. Ikut Resipi Ni!

Share

Penggemar ikan celup tepung atau seafood lain boleh cuba resipi yang akak ni kongsikan. Pastikan ikut resipi yang diberikan kalau tak takut tak rangup seperti yang dikatakan. Elok makan panas buat ratah atau makan dengan pencicah. Selamat mencuba!

RESIPI IKAN TAMBAN CELUP TEPUNG KEGEMARAN IBU MERTUAKU

BAHAN-BAHAN:

  • Anak ikan tamban
  • 3 senduk tepung beras
  • Sedikit kapur makan
  • 1 biji telur A
  • Daun bwg hiris kasar
  • Daun sup hiris kasar
  • 1 sudu serbuk cili
  • Cili padi hiris (klu nak pedas)
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Campur semua bahan2 kecuali ikan, bancuhan tu agak2 mcm bancuhan pisang goreng
  2. Celupkan ikan, goreng dalam minyak yang banyak, pastikan minyak tu betul2 panas, goreng sehingga garing
    Siap!!!!

 

Nota: Ikan tak perlu rebus dulu

Kongsi resipi: Nana Sabrina Sarsan‎

Sumber: Sehari satu resepi

IKLAN