Makan

Ikan Talang Kering Masak Asam Pun Sedap. Lauk Simple Yang Buat Kita Makan Bertambah

Share

Ikan talang kering masak asam pun boleh. Kalau selalu dibuat gulai atau dimasak sambal cuba pula masak cara ini.

Lauk ringkas sebegini memang sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan tanpa perlu banyak lauk, memang cukup kena dengan selera jika teringin hidangan simple.

Ikan talang kering masak asam

Bahan-bahan

Ikan talang kering – dipotong kecil dan direndam sekejap untuk kurang masin
4 ulas bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih- dihiris
20 tangkai cili padi
Air asam jawa secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara memasak

1. Rendam ikan talang kering dalam air sekejap supaya rasa masinnya berkurang. Kemudian cuci bersih.

2. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan talang sekejap hingga garing. Angkat dan ketepikan.

3. Dalam minyak lebihan gorengan ikan tadi, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan sedikit garing.

4. Masukkan cili padi dan air asam jawa, kacau rata.

5. Masukkan ikan talang goreng tadi, kacau dan biar mendidih sekejap supaya semua bahan sebati.

Siap untuk dihidang!

TIP

  • Rendam ikan talang kering supaya rasa masin berkurangan dan tak terlalu kuat bila dimasak.
  • Tidak perlu tambah garam kerana ikan talang sudah masin.
  • Kalau nak lebih pedas, tambah cili padi ikut selera.
  • Tambah sedikit hirisan halia jika suka
  • Lauk ini sangat sesuai dimakan dengan nasi putih panas dan ulam-ulaman segar.

Kredit resipi & foto : Cahaya Indah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose