Ikan siakap masak sambal kicap pedas Thai memang membangkitkan selera. Makan dengan nasi panas dan jadikan hidangan keluarga di hujung minggu memang sedap.
Resipi yang dikongsikan oleh Liza Idris ini memang cukup menggiurkan. Tambah pula bila makan beramai-ramai, licin sampai ke tulang. Nak buat pun tak susah sangat dengan bahan-bahan yang juga mudah untuk didapati.
Jangan lupa cuba nanti!
Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
Garam
Serbuk kunyit
Tepung Jagung
Bahan kuah:
1 biji bawang besar.
5 ulas bawang putih.
3 ke 5 biji cili api.
(Kisar je semua bahan di atas)
Ads
2 sudu cili kisar.
2 sudu cuka.
5 sudu kicap biasa.
1 sudu maggie cukup rasa.
Sedikit sayur kubis dan carrot.
Daun sup dan daun ketumbar.
Cara memasak:
Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.
Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dibedak tadi. Angkat dan ketepikan dulu.
Cara memasak kuah:
Panaskan minyak dan tumis sampai kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi.
Masuk 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit. Bahasa mudahnya, pecah minyak.
Masuk 5 sudu besar kicap. Ikutla nak lebih pun takpa..
Letak 2 sudu besar cuka. Kacau dan kacau.
Masuk 1 cawan air. Saya letak air dalam pengisar yang ada saki baki bawang tadi. Katanya petua masakan lebih sedap.
Masuk bunga kubis dan carrot. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit.
Ads
Perasakan dengan maggie cukup rasa.
Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi. Kalau dalam masakan tak apa, jangan kacau orang sudahla.
Siap!
Simbah atas ikan siakap tadi.
Tabur lagi daun bawang dan ketumbar sebagai penyeri di kala sunyi.
Selain Ayam Percik Kelantan, Ikan Kembong Percik Kelantan juga menjadi pilihan orang ramai untuk juadah berbuka. Cara penyediaan resipi Ikan Kembong Percik Kelantan ni sangat mudah dan tak jauh dari cara penyediaan Ayam Percik Kelantan sebab bahan yang digunakan untuk kuahnya sama sahaja yang bertukar hanya lauk.
IKAN KEMBONG PERCIK KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan A: Perap Ikan
8 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 sudu makan cili kering kisar
2 inci kunyit hidup
Sedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap
1 sudu makan garam
1/2 sudu makan jintan manis
Secubit belacan (optional)
Sedikit air untuk kisar
Bahan B: Bahan Kuah
8 biji bawang merah size 50sen
2 ulas bawang putih
Sehiris halia
1 sudu makan ketumbar biji (sangai)
Secubit belacan
3 sudu makan cili kering
900ml santan pekat
2 hiris asam limau/asam keping
Bahan C: Bahan Perasa
2 sudu makan garam bukit
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan gula kabung thai
1 sudu teh serbuk perasa/aji/pasti sedap
Cara penyediaan:
Kisar bahan A, lumur pada ikan dan perap selama satu jam.
Kisar bahan B dan masukkan dalam periuk.
Masukkan santan pekat dan masukkan bahan perasa.
Masak sampai mendidih dan pekat.
Bakar ikan atau ayam sampai masak.
Salut kuah percik pada ikan. Buat 4 kali salutan baru percik lagi bertambah sedap.
Beli ikan rebus di kedai tidak sama dengan yang dibuat. Ikan rebus style Kelantan mesti direbus dengan asam keping dan garam yang banyak supaya cukup rasa masam dan masinnya. Ikan direbus dengan air agak-agak tenggelam ikan sehingga air hampir kering supaya tiada rasa hanyir.
Ikan ini sesuai diguna sebagai lauk nasi berlauk atau sebagai lauk goreng dimakan dengan pulut kelapa parut. Kalau direbus dan dibiarkan semalaman sebelum dimasak, lagi lah sedap.
RESIPI IKAN REBUS
BAHAN-BAHAN:
Ikan selayang
Asam keping
Garam kasar
Sedikit gula kabung
Air
CARA MEMASAK:
Masukkan asam keping, garam kasar dan sedikit gula kabung
Air paras tenggelamkan ikan, rebuskan. Jangan kacau ikan itu.
Bila air sudah menggelegak, tutup api. Tak perlu rebus terlalu lama. Hanya panaskan/perangatkan sahaja.
Tidak perlu masuk dalam peti ais. Cumat perangatkan sahaja hari-hari.
Jika air dalam periuk dah kering, tambah sikit air dan panaskan.
Bamia atau bendi memang sedap jika dimasak kari lebih-lebih lagi jika buat Kari Kepala Ikan ni. Malah, resipi ni juga tidak memerlukan santan. Power! Anda kena cuba.
KARI KEPALA IKAN BERSAMA BAMIA
BAHAN-BAHAN:
500gm kepala ikan merah |belah dua
250gm serbuk rempah kari ikan
250ml air rebusan ikan
200gm bamia (bendi) | potong dua
2 biji tomato | belah enam
10 helai daun kari |leraikan dari tangkai
2 biji bawang merah besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 ½ inch halia | kisar
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan serbuk cili kering
100gm air asam Jawa
2 keping asam gelugor
Secubit halba
Garam, gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan kisar bersama daun kari sehingga naik bau.
Masukkan biji halba bersama serbuk cili dan cili kering yang telah dikisar tadi. Kacau sebati (sekiranya ia kelihatan kering boleh masukkan sedikit air rebusan ikan).
Masukkan pula, serbuk kari ikan kacau lagi sehingga sekata dan masukkan air asam Jawa bersama asam keping. Sekiranya tidak berapa suka terlalu masam boleh kurangkan.
Biarkan mendidih seketika dengan api yang perlahan.
Seterusnya masukkan bamia yang telah dipotong tadi berserta kepala ikan yang telah dibelah dua.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Biarkan ia mendidih sehingga kepala ikan dan bamia masak.
Sebelum mataikan api, masukkan tomato.
Biarkan selama 15 minit di dalam periuk sebelum sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda masukkan pelbagai sayuran dalam kari kepala ikan. Tidak terhad dengan bendi sahaja. Contoh boleh masukkan terung.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...