Ikan masin boleh dipelbagaikan gaya masakan bagi menjadikan rasanya lebih enak.Kepada yang kurang berselera makan tu, kalau terbau masakan ikan masin, pasti dapat membuka selera. Ni satu lagi sambal ikan masin yang boleh dibuat. Jangan terkejut habis nasi seperiuk dengan satu lauk ni je.
BAHAN-BAHAN:
100 gm isi ikan masin jenahak | dipotong dadu
100gm isi petai
1 biji bawang besar | dihiris
3 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Ads
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyajk.
Ads
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
Ads
INFO CHEF: Petai digoreng terlebih dahulu untuk mengurangkan bau dan ia lebih sedap.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Biasa kalau ke kedai tomyam tiada lain yang kita pesan antaranya tomyam, daging masak merah dan ikan siakap masak stim. Sekarang pun kedai tomyam banyak yang belum buka, jadi kalau dah teringin sangat makan menu di gerai tomyam, jom kita buat siakap masak cili. Inipun jadi kesukaan ramai walaupun rasa agak pedas.
Siakap Masak Cili
Bahan-bahan:
Digoreng:
1 ekor ikan siakap
kunyit dan garam secukupnya untuk dilumur pada ikan
Bahan kuah:
5 sudu besar sos cili
*10 tangkai cili besar
1 batang lobak merah
Bunga kubis (agak-agak)
Brokoli (agak-agak)
1 biji bawang Holland
1 inci halia
2 batang serai
Cara memasak:
1.Lumurkan ikan bersama kunyit kemudian panaskan minyak. Setelah minyak panas masukkan ikan dan goreng.
4.Masakkan bahan yang kisar tadi sehingga bahan itu cukup masak dan sehingga pecah minyak.
5.Tuangkan bahan yang telah dimasak di atas ikan yang sudah digoreng dan hiaskan.
Kredit : Mohd Zahir
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR DAN RUMAH TERKINI, JOM LAYARI DI SINI.
Orangnya memang cantik bergaya.Sentiasa berpenampilan menarik. Datin Eykah atau nama penuhnya Datin Nur Zulaikha Ellieyana Noah ini cukup ramah melayani tetamu dan rakan yang datang berkunjung.
Sebagai anak jati Terengganu lauk Kerutuk Itik kerap menjadi menu utama di meja hidangan.Ini lauk yang diwarisi dari ibu beliau
Bercerita mengenai lauk pauk Terengganu,ceritanya,”Nenek dan ibu memang pakar buat lauk kerutuk itik. Ia jadi menu padanan wajib di kenduri kendara yang dihidang bersama nasi dagang. Kari Ikan Tongkol juga ‘favorite’ saya dan keluarga. Untunglah saya dapat belajar dari mereka sebab lauk seperti Kerutuk Daging yang asli dan lazat memang sukar dicari. Sedari zaman persekolahan saya telah didedahkan dengan ilmu masakan. Sebagai cucu sulung dari anak sulung, pastilah saya amat rapat dengan nenek yang banyak berkongsi petua dan tip masakan“.
Suri hati kepada ahli perniagaan Datuk Mohammad J.K Noah ini mengakui, suami beliau lebih hebat memasak. Namun ini bukan alasan untuknya tidak memasak di rumah.
Bila kawan-kawan darn saudara mara datang berkunjung masa inilah beliau akan menyingsing lengan memasak untuk tetamu. Apa hebatnya resipi Kerutuk Itik dan Kari Ikan Tongkol sentuhan beliau, jom kita cuba.
KERUTUK ITIK BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik | anggaran 1 1/2 kg
500ml santan pekat
4 sudu makan rempah kerutup
3 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan kerisik
Garam dan gula kabung secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit
2cm lengkuas
4 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, hingga naik bau dan tambah rempah kisar tadi. 2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak, masukkan gula kabung, garam dan air asam Jawa. 3. Seterusnya masukkan rempah kerutuk, kacau dan tumis lagi seketika. 4. Masukkan itik dan sedikit air biarkan mereneh hingga itek empuk. 5. Akhir sekali masukkan santan dan sedikit air, biarkan mereneh hingga kuah pekat baru masukkan kerisik. 6. Kecilkan api biarkan kuah hingga pekat dan terbit minyak. 7. Setelah isi itik lembut, rasa sekali lagi untuk pastikan agar secukup rasa sebelum tutup api. 8. Kerutuk Itik sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika perlu boleh rebus dahulu itik bersama hirisan halia, dan sedikit rempah kerutuk.
KARI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
2kg ikan tongkol |rebus bersama asam keping dan garam
1/2kg santan pekat
4 keping asam gelugor
1 keping gula kabung
Garam secukup rasa
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan halba campur
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
3cm halia
3cm kunyit hidup
2cm lengkuas
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, diikuti dengan bahan kisar. 2 .Kacau rata hingga wangi kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. 3. Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan gula kabung. 4. Setelah gula hancur, masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya. 5. Seterusnya masukkan asam gelugor, ikan dan garam. 6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga pecah minyak. 7. Jika suka, boleh tambah cili bulat. 8. Setelah cukup rasa, tutup api. 9. Kari ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kari lebih sedap jika disediakan awal sekurang-kurang tujuh jam sebelum sedia dihidangkan.
Ikan cencaru ni famous juga nama ikan jaket. Kalau siapa pernah duduk asrama, ni menu ikan yang paling kerap dihidangkan.
Lagi banyak sambal yang disumbat sampai tersembur kata orang, perggh lagi sedap weii. Ni kalau masak masa berkelah ramai-ramai mesti syok! Dengan aroma panggang siap dengan daun pisang lagi.
Jom semak resipi perkongsian dari Nana Ismail
IKAN JAKET SUMBAT, SAMBAL TERSEMBUR
BAHAN-BAHAN
Bahan sambal :
Cili kering 15 tangkai (direbus dulu) *
Belacan besar ibu jari *
Bawang merah 2biji ( potong dadu)
Air limau nipis ( 2biji)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Kisar kasar bahan bertanda * . ( Nak guna lesung pun takda masalah)
2. Tumis bawang merah hingga naik bau dan garing sikit.
3. Masukkan bahan kisar @ tumbuk dan tumiskan hingga pecah minyak.
4. Masukkan gula, air limau dan garam. Tumis hingga menjadi pes ( pekat)
Bahan ikan cencaru :
Ikan cencaru 4 ekor
Serbuk kunyit
Garam
Daun pisang
CARA MEMASAK :
1. Belah belakang ikan tapi jangan putus yaaaa.
2. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Masukkan pes sambal ke dalam bahagian ikan.
4. Balut ikan dengan daun pisang dan selitkan lidi pada balutan ikan.
5. Bakar hingga masak dengan menggunakan kuali ajaib dan titiskan sedikit minyak.
P/s : nak balut guna daun kunyit atau pandan pun bolehh.
Kalau ikot cara nana (empunya resipi ) untuk bakar ikan :
1. Bakar ikan dengan api sederhana guna kuali ajaib sambil tertutup tapi tak rapat sebab nana sekat dengan sudu kat bahagian penutup tu.
Tujuan dia nana taknak ikan tu berkuap dan wap air banyak.
2. Bila ikan dah masak, nana akan bukak penutup dan kuatkan api sikit untuk keringkan segala wap air yang wujub.
Nana akan biarkan daun pisang tu sedikit hangus untuk dapatkan kesan garing pada ikan..
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...