Ikan Masak Sambal Kicap Pedas Ala Thai, lauk yang memang mudah nak disediakan malah ia sangat menyelerakan.
Masakan Thai sememangnya diketahui pedas dan masam, makan lauk macam ni dengan nasi putih sahaja pun dah cukup.
Untuk jenis ikan pula terpulang kepada anda apa sahaja ikan yang digemari untuk dijadikan hidangan yang enak ini.
Cukup satu lauk ni makan pula dengan ulam timun sudah memadai. Renjis-renjis kuah bercili atas nasi memang cukup membangkitkan selera. Jangan lupa cuba resipi yang dikongsikan oleh Umi Watie ni nanti!
Ikan Masak Sambal Kicap Pedas ala Thai
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan selar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 biji cili hijau
10 biji cili api
1 sdb sos ikan
¼ cawan kicap manis
Tomato
Jus limau
Daun limau purut
Daun ketumbar
Nota: Cili api tu ejas ya. Nak pedas tambah, kalau tak kurangkan kuantiti
CARA MEMASAK:
- Gorengkan ikan pilihan hati korang. Kakchik gorengkan ikan selar je. Bukan kerjanya menyelar orang je tau. Ingat sikit ni bulan Ramadan
- Tumiskan bawang Dan cili sampai layu Dan garing. Ishhhh nak layu ke nak garing ni? Ikut suka awok laaa haaa.
- Bila dah elok garing masukkan air ½ cawan. Daun limau purut jangan dilupakan. Biarkan merenih kejap
- Bila dah mendidih bok bok bok tu tuangkan kicap manis, jus limau Dan sos ikan. Biar dia memekat sikit. Memekat bukan memekak tau. Jauh tu jauhhhhh.
- Masukkan tomato pilihan kedai acheh. Terjunkan sekali ikan goreng kita tadi. Gaulkan rata semua. Perasakan dengan garam dan gula tau. Ikut selera memasing lah ye. Matikan api
- Tadaaa dah siap. Amacam? Mengancam kan? Hurmmm serius sedap oiii. Korang wajib cuba
Kredit: Umi Watie
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Pais Tempoyak Ikan Patin. Masak Macam Ni Isi Lebih Sedap & Lembut
Tip Sambal Bilis Cili Api Kekal Rangup Sampai Seminggu. Jangan Guna Bawang Merah
Buat Sambal Hitam Cara Mudah & Cepat, Tak Perlu Rebus Belimbing Berjam-jam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI