Makan

Ikan Masak Asam Rebus, Menu Tradisi Yang Mudah Tapi Padu

Share

Ikan Masak Asam Rebus merupakan antara menu tradisi yang mudah dan enak dimakan bersama nasi panas-panas. Tak perlu lauk lain, cukup sekadar nasi dan Ikan Masak Asam Rebus. Ada rasa masam dan pedas yang seimbang. Sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Memudahkan ibu-ibu yang bekerja untuk masak hidangan yang simple tapi sedap dan padu. Jom cuba.

IKAN MASAK ASAM REBUS

Bahan-bahan:

  • Ikan selar dibersihkan
  • 4 biji bawang merah ros
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 tangkai cili padi
  • 3 tangkai cili besar merah
  • 3 keping asam keping
  • Nanas
  • 1 genggam daun kesum
  • Garam & perasa
  • Bendi
  • 1 cawan air

 

Cara Memasak:

  1. Kisar bawang merah ros, halia, bawang putih, kunyit hidup, cili padi dan cili besar merah. Tambahkan sedikit air dan kisar seperti biasa.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masukkan 1 cawan air. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan asam keping dan nanas.
  4. Kemudian, masukkan ikan.
  5. Masukkan daun kesum untuk bagi hidangan kita lebih wangi.
  6. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.
  7. Masukkan bendi dan tunggu sehingga bendi sedikit lembut.
  8. Ikan Masak Asam Rebus siap dan sedia dihidangkan.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma