Ikan Kukus Ala Cina, Lauk Berbuka Sedap & Sihat.

Share

Kukus antara cara masakan yang mudah dan tidak perlu lama mengukus. 15-20 minit dah masak. Selain mudah, lauk anda juga lenbih sihat dan banyak resipi menggunakan kaedah ini, antaranya menu ikan kukus. Berikut RASA kongsikan resipi Ikan Bawal Kukus Ala Cina yang simple tapi dijamin keenakannya. Anda boleh mencubanya.

IKAN KUKUS ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
1-2 ekor ikan bawal | bergantung pada saiz
4cm halia dihiris halus memanjang
Batang daun bawang | hiris
8-10 biji cili padi | hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
BAHAN SOS:


2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan gula

CARA MEMBUAT:

  1. Ikan dicuci bersih kemudian toslkan.
  2. Sementara itu, goreng bawang putih hingga warna kuning keemasan.
  3. Masukkan daun bawang, gaul seketika dan tutup api.
  4. Kukus ikan bersama hirisan halia dan cili dalam pengukus yang telah dipanaskan.
  5. Selepas lima minit, tuangkan bahan sos. Kukus lagi lima minit atau hingga masak.
  6. Tutup api dan tuangkan bahan goreng tadi.
  7. Ikan sedia dihidangkan.

Kredit: raja azreen
Resepi Masakan

IKLAN