Ikan dori sering dijual dalam bentuk ‘fillet’ isi ikan yang disejuk beku. Isinya manis dan lembut dan cepat masak. Sedap digoreng sebagai menu ‘fish and chips’ yang popular.
Ikan Dori memiliki banyak khasiat kesihatan. Manfaat paling terkenal adalah kandungan omega 3 nya yang dapat membuat otak manusia menjadi cerdas. Jom kita cuba dua menu ringkas dari ikan dori ni.
1. ISI IKAN DORI BERSOS LEMON
BAHAN-BAHAN :
3 keping fillet @isi ikan dory (150-200 gm tiap keping)
BAHAN SOS :
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang besar | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
500 ml air
1 biji lemon | perah jus dan parut kulitnya
1 sudu makan tepung jagung | dibancuh sedikit air
Beberapa titik jus pewarna kuning
1 biji cili benggala | dipotong kiub
2 biji tomato | dipotong kiub
1/2 biji nenas | dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN SALUTAN ISI IKAN :
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1.Goreng dulu fillet ikan dori (disalut tepunghingga garing, ketepikan). 2.Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili benggala hingga naik bau. 3.Masukkan air, jus lemon dan parutan kulit lemon, kacau hingga rata. 4.Masukkan tomato dan nenas, perasakan dengan garam dan gula. 5.Curahkan sos di atas isi ikan dori yang digoreng tadi. Sedia dihidang.
Ads
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Ikan Keistimewaan : Ikan lembut dan garing dengan rasa masam manis
INFO CHEF : Ikan dori biasanya dijual dalam bentuk sejuk beku. Biarkan ais mencair dahulu dan anda boleh membasuh dengan memasukkan sedikit cuka dan kemudian basuh dengan air seperti biasa. Perapkan sebentar dengan bawang putih dan lada hitam sebelum digolek ke dalam tepung.
2. STEM DORY FISH TOMATO SALSA WITH BROWN RICE
BAHAN-BAHAN : Bahan untuk ikan :
Ads
½ ekor ikan dory
1 biji bawang Holland | dihiris
½ sudu kecil serbuk halia
½ biji lemon
1 sudu kecil daun ketumbar | dicincang
Garam secukup rasa
Bahan untuk tomato salsa :
1 biji tomato | dipotong dadu
1 biji bawang besar | dipotong dadu
½ sudu kecil daun ketumbar | dicincang halus
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1sudu makan jus limau
½ sudu teh lada hitam (hancur)
CARA MEMASAK : 1. Perapkan ikan dory bersama garam, serbuk halia, daun ketumbar,bawang Holland dan lemon 2. Kukuskan selama 15-20 minit 3. Sementara itu buat tomato salsa, campurkan kesemua bahan tomato salsa. Gaulkan bahan-bahan tomato salsa sehingga sebati 4. Selepas ikan siap dikukus, taburkan tomato salsa. 5. Hidang bersama nasi beras perang.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan :Ikan kukus Keistimewaan : Ikan dory yang manis dan tomato salsa menjadikan ia sajian lazat
3. DORY FISH AND CHIPS WITH YOGURT SAUCES
Ads
BAHAN -BAHAN :
¾ cawan serbuk roti
1 biji telur
½ cawan tepung gandum
½ sudu teh lada hitam
½ sudu teh lada putih
1 keping ikan dori
1 biji kentang
Bahan untuk membuat sos yogurt :
1/2 cawan yogurt
½ batang timun jeruk
CARA MEMASAK :
1. Campurkan lada hitam, lada putih ke dalam ikan dori. Kemudian salutkan sengan tepung, telur, dan serbuk roti. 2. Kemudian bakar bersama kentang selama 15 minit sehingga 20 minit dengan suhu 150°c 3. Sementara itu buat sos yogurt. Cincang timun jepun dan campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga rata 4. Sajikan ikan dori bersama kentang bakar dan sos yogurt tadi.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak :Bakar Jenis masakan : Ikan Keistimewaan : Ikan dori bakar yang manis dan rangup
Info Chef : Kalau tak nak salutkan dengan serbuk roti, anda boleh juga menyalut dengan oat sahaja. Oat mengandungi khasiat yang boleh membantu kawalan kolestrol.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Terdesak tak ada orang nak masak masakan untuk pengantin, jangan risau ini RASA kongsikan sembilan menu super senang dan sedap. Menu hari-hari tetamu diinovasikan sebagai makanan pengantin, teliur dibuatnya sebab tu, korang semua kena cuba buat. Bab hiasan ikut kreativiti. Sesuai sangat musin orang kahwin sekarang ni.
SIAKAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | siang dan bersihkan
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih| mayang halus
2cm halia | mayang halus
1 sudu makan puri tomato
1/2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng hingga garing. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan halia, bawang putih, bawang besar hingga wangi.
Kemudian masukkan puri tomato, kicap pekat dan kicap manis.
Seterusnya perasakan dengan sedikit garam dan kacau rata.
Setelah cukup rasa, tutup api, kemudian tuangkan sos lada hitam ke atas ikan goreng tadi.
Ikan sedia dihidangkan.
SIAKAP MADU TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | siang dan besihkan
1 biji tomato | dadu kecil
1 keping nanas dalam tin | dadu kecil
1/4 batang timun | potong dadu
1/4 lobak merah | potong dadu
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
5 tangkai cili padi
1 batang serai
1 sudu makan jus limau nipis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas), goreng ikan hingga garing. Ketepikan dalam pinggan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar hingga wangi dan timbul minyak.
Masukkan bahan sayur-sayuran yang telah dipotong dadu tadi. Kacau rata lebih kurang tiga minit.
Masukkan sos cili dan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali, tuangkan sos atas ikan goreng tadi dan hidangkan.
AYAM GOLEK THAI SOS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Golek:
1 ekor ayam | bersih dan tos
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Thai::
4 ulas bawang putih | cincang
4 biji cili merah | kisar kasar
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun ketimbar | hiris
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan dan garam. Perapkan 30 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.
NASI BRIYANI
BAHAN-BAHAN;
1kg beras basmati pusa | rendam 30 minit
10gm rempah briyani
2 helai daun pandan | simpul
1 batang serai | titik
2 biji bawang besar | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
1 cawan susu cair
1 liter air
1 kiub pati ayam
Sedikit biji gajus
Sedikit kismis
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk.
Goreng biji gajus dan kismis. Ketepikan.
Tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi.
Baru masukkan rempah briayani. Kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan beras dan gaul rata. Kemudian masukkan air, susu cair, garam dan pati ayam.
Tuangkan dalam periuk nasi elektrik dan biarkan nasi sehingga separuh masak.
Kemudian masukkan buah gajus dan kismis yang telah digoreng tadi, gaul rata.
Tutup semula periuk nasi dan biarkan nasi masak lebih kurang lima minit lagi.
Setelah masak, hidangkan bersama lauk pauk.
AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersihkan
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Percik:
1 liter santan pekat
4 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
3cm lengkuas | kisar
3cm kunyit hidup | kisar
3 biji cili merah | kisar
3 batang serai | kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas).
Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.
AYAM GOLEK SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersih dan tos
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Bahan Sambal:
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6cm halia | kisar
2 batang serai | kisar
3 sudu makan pes cili kering
100ml susu cair
1 sudu makan air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
Panaskan pengukus, kukus ayam lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
Untuk menyediakan sambal.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.
Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.
UDANG SOS OREN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Udang Goreng:
500gm udang saiz XL | bersih dan toskan
100 gm tepung jagung
2 biji telur | kacau sebati
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos:
1 ulas bawang putih | cincang
1 sudu makan pati oren
1/2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
½ sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas).
Celupkan udang dalam telur yang telah dikacau dengan sedikit garam.
Kemudian golekkan udang dalam tepung jagung dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan sos, gunakan kuali lain.
Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga keperangan.
Masukkan pati oren, gula dan sedikit garam.
Kacau seketika atas api sederhana.
Apabila cukup rasa, angkat dan hidangkan sos bersama udang yang telah digoreng tadi.
SOTONG SUMBAT SRI ASTANA
BAHAN-BAHAN:
4 ekor sotong basah | bersihkan dan buang kulit luar.
150ml pati santan
1 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Sumbat;
2 biji tauhu | hancurkan
1 pokok daun bawang | hiris
1 biji bawang besar | cincang
1 tangkai cili merah | cincang
1 biji telur
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan sumbat. Masukkan tauhu dalam mangkuk bersama hirisan daun bawang, bawang dan cili.
Seterusnya masukkan telur dan secubit garam. Kacau sebati.
Setelah sebati dan cukup rasa, sumbatkan dalam sotong.
Kemudian kemaskan hujung sotong dengan lidi. Lakukan hingga habis. Ketepikan.
Masukkan santan dalam periuk bersama daun pandan.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
Masak atas api sederhana, apabila mendidih masukkan sotong.
Biarkan kuah mereneh dan kacau sekali sekala.
Apabila kuah pekat dan melekat pada sotong angkat dan hidangkan.
BAWAL KICAP SRI PENGANTIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal | bersih, kelar dan tos
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | hiris
4 cm halia | hiris
1 batang serai | titik
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan kicap manis
½ sudu makan kicap pekat
Garam dan perasa secukupnya secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak. Masukkan kicap pekat manis, kicap pekat, kemudian perasakan dengan sedikit garam (jika perlu kerana kicap sudah masin).
Setelah secukup rasa, tuangkan sos kicap di atas ikan.
Sebelum dihidangkan hias atasnya dengan hirisan daun bawang dan cili.
UDANG PANJAT
BAHAN-BAHAN:
15 ekor udang saiz besar | bersihkan
1 biji nanas madu
200gm tepung jagung
3 biji telur ayam
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Lidi satay | untuk cucuk udang
CARA MEMASAK:
Cucuk udang dengan lidi satay hingga habis.
Pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian kacau dengan sedikit garam dan lada sulah.
Panaskan minyak (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas).
Celupkan udang dalam telur dan golekkan di dalam tepung jagung.
Kemudian segera goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Untuk menghias, potong dua nanas, ambil bahagian atas ( bahagian yang berpucuk).
Letakkan dalam pinggan, kemudian cucukkan udang di sekeliling nanas seakan udang panjat.
Udang sedia dihidangkan dengan sos pilihan.
SOTONG PANJAT
BAHAN-BAHAN:
6 ekor sotong basah saiz besar | bersihkan
250 gm tepung jagung
3 biji telur ayam
10 biji telur burung puyuh
10 biji tomato ceri warna merah
10 biji tomato ceri warna kuning
1 biji nanas madu
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Lidi satay | untuk cucuk sotong
CARA MEMASAK:
Cucukkan sotong pada lidi satay. Lakukan hingga habis.
Pukul telur dalam mangkuk bersama sedikit garam dan lada sulah.
Sementara itu panaskan minyak.
Seterusnya, celup sotong dalam bancuhan telur, kemudian golekkannya di atas tepung jagung dan segera goreng dalam minyak panas.
Setelah garing angkat dan toskan minyak.
Sambil itu, cucukkan tomato ceri warna merah, diikuti telur puyuh dan diakhiri dengan tomato ceri warna kuning.
Potong nanas, ambil bahagian atas (bahagian pucuk). Kemudian cucukkan lidi sotong dengan tomato mengelilingi nanas secara berselang seli dengan lidi buah tomato.
Setelah siap bolehlah dihidangkan bersama sos cili di meja makan beradab pengantin.
NASI PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras basmathi pusa | rendam sekurang-kurangnya setengah jam
3 helai daun pandan | simpul
150ml air pandan
60 ml susu cair
1 liter air
1 batang serai | titik
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
3cm halia muda | kisar
Sedikit pewarna hijau
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Bahan Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk, tumiskan bahan kisar bersama daun pandan, serai dan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan beras, gaul rata kemudian masukkan air, susu cair, air daun pandan, pewarna hijau dan perasakan dengan garam.
Setelah cukup rasa, pindahkan dalam periuk nasi elektrik dan masak lebih kurang 20-30 minit.
Setelah masak, hidangkan bersama lauk pauk yang telah disediakan.
BAWAL SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal siang dan bersihkan
3 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
1 batang serai | kisar
100 gm sos tomato
100 gm sos cili
1/2 cawan susu cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan susu cair, sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, terus kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Tutup api, tuangkan sos sambal di atas ikan goreng.
Sedapnya Sambal Totok Tumis Jawa perkongsian saudari Nor Haidah Md Said ni. Kalau makan dengan nasipanas-panas, memang tak perlu lauk lain dah. Selain itu, sambal ini juga sesuai dicicah bersama lempeng, jemput-jemput, ubi kayu rebus dan macam-macam lagi. Memang kaw dan padu! Rugi kalau tak cuba.
RESIPI SAMBAL TOTOK TUMIS JAWA
BAHAN-BAHAN:
15 biji cili padi siam
3 biji cili merah besar
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 genggam ikan bilis – rendam sekejap
Belacan – besar ibu jari
Sedikit air asam jawa
Gula, garam dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili padi, cili merah, bawang putih, bawang besar, belacan dan ikan bilis kasar-kasar. Jangan kisar guna pengisar tetapi boleh guna food processor.
2. Panaskan minyak masak dan goreng bahan tumbuk tadi hingga garing dan pecah minyak. Minyak guna banyak sikit.
3. Bila dah garing, masukkan air asam jawa. Renehkan.
4. Kemudian masukkan gula ikut citarasa masing-masing. ( empunya resipi letak 2 sudu gula kerana suka sambal yang rasa manis sedikit).
5. Seterusnya masukkan perasa. Rasa sambal dan jika kurang masin, masukkan garam secukupnya.
6. Masak sambal hingga sedikit kering. Padamkan api dan siap untuk dinikmati.
INFO: Jika nak buat sambal dalam kuantiti yang banyak, boleh gandakan adunan bahan.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.