BAHAN-BAHAN

  • 4 ikan cencaru
  • 0.5 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 0.5 inci kunyit
  • 3 batang serai
  • 60 gram MAGGI® Sambal Tumis
  • 2 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
  • 4 keping daun pisang
  • 1 cawan kelapa parut

CARA MEMASAK

IKLAN
  1. Belahkan ikan cencaru dibahangian belakang. Perapkan ikan bersama MAGGI CukupRasa.
  2. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai.
  3. Dalam periuk leper, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
  4. Masukkan MAGGI Sambal Tumis, pes asam jawa, gula dan MAGGI CukupRasa. Gaul sehingga pecah minyak.
  5. Gaulkan kelapa parut bersama pes sambal yang ditumis.
  6. Sumbatkan adunan sambal kelapa didalam ikan. Balutkan ikan bersama daun pisang.
  7. Panaskan periuk leper, dan masukkan 1 sudu besar minyak masak. Masukkan ikan dan bakar sehingga masak dengan api yang sederhana.

NUTRISI:

  1. Seorang: Tenaga 343.52 kcal, Karbohidrat 5.28 g, Protein 15.8 g, Lemak 28.01 g

Selamat mencuba!

IKLAN

 

Layari www.maggi.my untuk lebih resipi!