Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, Cukup Satu Lauk Buat Tambat Selera

Share

Adakala, kita kurang berselera dek hampir setiap hari disajikan makanan yang penuh berlemak santan dan tumisan yang berminyak. Ketika itulah rasa macam tak tahu nak makan apa.

Saat tekak mengidamkan menu yang sederhana, tak berkuah namun cukup menambat selera, apa kata anda cuba buat ikan cencaru sumbat kelapa ini. Buat pedas-pedas sambal kelapa tu, lagi lah tambah selera.

Bahan-bahan:

3 ekor ikan cencaru 

3 batang serai

1/2 biji kelapa parut

1 biji bawang merah – Boleh beli online di sini

Cili padi (mengikut tahap kepedasan yang diinginkan)

1 inci kunyit hidup – Boleh beli online di sini

Air asam jawa – Boleh beli online di sini

1/2 sudu besar garam – Boleh beli online di sini

2 helai daun kunyit – dimayang

Cara memasak:

Bersihkan ikan cencaru lalu dibelah di bahagian atasnya.   

Kisar bawang merah, serai, cili padi dan kunyit.                                                             

Satukan kesemua bahan kisar tadi dengan air asam jawa, garam dan hirisan daun kunyit.  

Kemudian, campurkan dengan kelapa parut.         

Sumbatkan kesemua bahan yang telah dicampurkan tadi ke dalam bahagian belakang atas ikan yang telah dibelah.

Kemudian, anda boleh memilih sama ada ingin membakar ikan tersebut ataupun digoreng di dalam minyak yang sedikit sehingga masak.

Siap! Sedia untuk dinikmati dengan nasi panas. Cukup hanya satu lauk ini pun dah berjaya menambat selera. 

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA.

IKLAN