Ikan celup tepung atau ICT yang popular di negeri pantai timur ini ramai peminatnya termasuklah dari negeri lain.
Kalau tiba-tiba rasa nak makan, boleh saja buat sendiri. Ikut resipi ICT yang dikongsi oleh Achik Ita Jsd Kelantan.
Ikan celup tepung ini katanya sangatlah rangup. Meski sudah sejuk tetap lagi krup krap. Selain itu resipi ini juga akan hasilkan banyak ‘habuk’ atau serdak yang mana penyedap hidangan ini.
Rahsia untuk dapat bancuhan tepung yang rangup kata anak pemilik kedai makan dari Kelantan ini adalah pemilihan tepung beras yang betul.
Selepas ‘try and error’ kata Achik Ita dua jenis tepung ini direkomen untuk digunakan iaitu tepung beras cap Tiga Teratai atau tepung beras Cap Golden Coins. Hasilnya memang akan rangup sampai petang.
Ikan kembung/selar/sardin – dibersihkan, tos
Tepung beras pek 500g(kurang pun tak mengapa)
1 biji telur
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
2 sb gula
Secubit kapur makan
Sedikit serbuk pewarna kuning(optional)
Air secukupnya
1. Bancuh semua bahan hingga rata dan jadi ala-ala peach gitu.
2. Panaskan minyak guna api besar dan minyak yang banyak.
3. Bila minyak dah panas masuk ikan dalam bancuhan tepung dan & terus masuk dalam kuali. Jangan rendam lama ikan dalam tepung. Nanti tepung pekat tak berabuk banyak.
4. Bila tepung dah garing, ikan dah masak angkat. Boleh terus makan, hidangan untuk petang atau tengah hari pun boleh!
Kredit Resipi & Foto: Achik Ita Jsd Kelantan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA