Ikan bilis kentang, tumis pula sekali dengan suhun lauk paling ringkas tapi confirm tambah nasi.
Kombinasi tiga bahan ini memang jadi kegemaran ramai, dari anak kecil sampai orang tua.
Rasanya rangup, pedas-pedas manis, cukup membuatkan selera bertambah. Masak sekali, memang tak sempat nak simpan!
Menu ini sesuai dijadikan lauk harian, makan tengah hari mahupun malam. Satu lauk ini saja pun dah cukup lengkap untuk satu keluarga.
4 biji kentang – dipotong serong nipis & digoreng
5–6 sudu besar ikan bilis – dicuci & digoreng
1 ikat suhun – direndam air hingga lembut
½ biji bawang besar – dihiris
4 ulas bawang putih – diketuk
1 biji cili merah – dihiris
1 biji cili hijau – dihiris
2 batang daun kari
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Serbuk perasa secukupnya
½ sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu kecil serbuk kunyit
1. Panaskan minyak dan goreng kentang hingga masak. Ketepikan.
2. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan asingkan. Simpan sedikit minyak gorengan tadi (dalam 5 sudu besar).
3. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
4. Masukkan daun kari, cili merah dan cili hijau. Kacau seketika.
5. Tambah sos tiram dan kicap manis, gaul sebati.
6. Masukkan suhun yang sudah direndam, bersama serbuk lada hitam, kunyit dan serbuk perasa. Gaul rata.
7. Akhir sekali, masukkan kentang dan ikan bilis yang digoreng tadi. Kacau hingga mesra dan sedikit kering. Siap dihidang!
Kredit Resipi & Foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA