Makan

Ikan Bawal Masak Kicap, Goreng Garing-garing Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya!

Share

Ikan Bawal Masak Kicap, hidangan ringkas yang mudah untuk disediakan. Goreng garing-garing ikan bawal dengan garam kunyit, makan dengan kuah kicap yang diletakkan bahan-bahan segar memang sedap.

Nak gunakan ikan lain sebagai ganti pun boleh ikut kesesuaian citarasa masing-masing. Garing diluar dan lembut di dalam, boleh rasa manis ikan segar yang enak. Bukan suami je suka, anak-anak pun mesti minta tambah nasi.

Nak cepat lauk sebegini memang sesuai. Goreng telur dadar dan juga ada ulam timun dah cukup menyelerakan. Boleh cuba yang dikongsikan oleh Puan Maryam Hussain ni nanti. Mesti tak menyesal!

RESEPI IKAN BAWAL MASAK KICAP

Bahan – bahan:

1 ekor ikan bawal

1 biji bawang kecil – dikisar

2 biji bawang putih – dikisar

1 inci halia – dikisar

1 biji bawang holland – dipotong kasar

2 biji tomato – dibelah 4

Sedikit daun ketumbar

Cili besar / cili padi ( jika suka pedas )

Kicap manis

Kicap pekat

Sos tiram

Sos ikan

Cara memasak:

  1. Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan
  2. Blend / tumbuk bawang kecil, bawang putih, dan halia
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau
  4. Masukkan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula tapi hati hati kerana kicap sudah masin
  5. Masukkan ikan yang digoreng tadi. Kemudian, masukkan tomato, daun ketumbar, cili padi dan bawang holland. Gaul sebati
  6. Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba !

Kredit: Maryam Hussain

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN