Idea Resipi 5 Minit, Mudah Je Masak Sup Tauhu Telur Simple

Share

Kalau ibu-ibu tiada idea nak masak apa untuk hidangan lauk, boleh cuba resipi sup tauhu telur simple yang mudah!

Sedap dan cepat dimasak! Resipi yang dikongsi Umi Watie ini ambil masak tak sampai 5 minit pun dah siap masak.

Anak-anak mesti suka hidangan ini. Jom kita masak!

 

SUP TAUHU TELUR SIMPLE

BAHAN-BAHAN:

3 pek tauhu telur
1 pokok brokoli
1 biji bawang besar – beli online di sini
2 ulas bawang putih  – beli online di sini


1 biji cili merah – beli online di sini
2 sudu besar lada sulah
2 sudu besar sos tiram –beli online di sini
1 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar air

CARA MEMASAK:

1. Mula-mula potong tahu telur, lepas tu bedakkan dia dengan tepung jagung. Gorengkan sampai kekuningan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


2. Wajib untuk salutkan tauhu dengan tepung jagung bagi mengelakkan tauhu meletup ketika digoreng.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Apabila sudah garing seperti dalam gambar, boleh angkat dan toskan. Ketepikan.


4. Baki minyak tadi kurangkan sikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis.


5. Masukkan sos tiram. Kalau tak ada pun tak apa. Bubuh ikan bilis pun sedap.
6. Masukkan air sesuai dengan citarasa. Saya suka berkuah jadi bubuh banyak sikit airnya.


7. Bila kuah mendidih, masukkan brokoli. Kalau nak bubuh sayur lain pun boleh tau. Ikut selera ya.


8. Masukkan tauhu telur goreng tadi.


9. Masukkan serbuk lada sulah. Masa ini dah bau sedap sangat dah.


10. Masukkan cili hiris.
11. Masukkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih terus tutup api. Saya tak bubuh garam sebab dah cukup rasa dah. Sos tiram tu masin tau.

Kredit resipi: Umi Watie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN