Idea Kudapan Untuk Anak-Anak Guna Roti Sandwic. Comfirm Licin!

Share

Resipi perkongsian saudara Amir Zarith ni memang bagus anda cuba lebih-lebih lagi jika anak-anak jenis yang suka makan snek. Hanya menggunakan bahan-bahan mudah & berkhasiat, anda boleh sediakan sajian enak untuk si kecil.

Malah melalui cara ni juga, roti sandwic yang dibeli pasti tak membazir. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.

Semalam beli roti tapi anak-anak tak nak makan. Cuba buat sesuatu yang baru. Bagi bebudak tu berebut nak makan. Suruh diorang bantu sekali.. Potong bahan-bahan yang akan disediakan.

BAHAN-BAHAN:

  • 5-6 keping roti

Sayuran ikut suka tapi saya guna :

  • 1/2 biji bawang besar – potong dadu
  • 1 lobak merah – diparut ( boleh juga guna kacang peas atau jagung)  ikut kreativiti sendiri
  • Daun bawang – hiris kecil
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu atau air biasa

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati bersama dengan roti.

2. Tambahkan susu atau air. Jika tak cukup masin,boleh tambah garam secukup rasa.

3. Adun hingga sebati. 

4. Ambil adunan dan gumpal bulat.

   

5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Siap. Enak dinikmati bersama Sos Cili Thai. Memang terbaik!

Kredit resipi & foto: Amir Zarith

 

BOLEH JUGA CUBA:

http://www.rasa.my/resipi-garlic-bread-tanpa-msg-sesuai-dijadikan-finger-food-untuk-si-kecil-anda/

IKLAN