Idea Bekal Sekolah Anak, Jom Buat Sandwic 3 Tingkat!

Share

Sandwic antara menu popular untuk sarapan dan bekal anak ke sekolah. Selain mudah disediakan, ianya menu seimbang dan mengenyangkan.

Kali ini kita buat sandwic 3 tingkat. Tapi, kalau anak tak makan banyak, boleh belah dua dan bekalkan separuh saja. Separuh lagi boleh kita jadikan sarapan untuk ahli keluarga lain.

Kali ini, kita ikuti perkongsian Zurina Zulkefli dalam menyediakan sandwic 3 tingkat yang cukup berkhasiat dan menyelerakan. Seronok betul anak dapat bawa bekal ni ke sekolah.

BAHAN-BAHAN:

4 keping roti mil (Wholemeal Bread)

2 keping lof daging ayam 

6 hirisan timun Jepun

6 hirisan lobak merah – Boleh beli online di sini

2 helai daun salad – Boleh beli online di sini

1 keping keju 

Sos bijan panggang

CARA MEMASAK:

1. Panggang roti di atas kuali untuk mendapatkan permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab nak elakkan roti sandwic jadi liat. Sapu sedikit marjerin pada setiap kepingan roti.

2. Goreng lof daging ayam di dalam kuali sehingga masak.

3. Hiriskan timun. Kemudian, lapkan dengan tisu dapur supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun yang telah dikeringkan tadi.

4. Potong lobak merah kepada beberapa bahagian dan hiris menjadi kepingan. Kemudian, hiriskan lagi memanjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayones dan gaul sebati.

5. Cuci juga daun salad dan keringkan.

CARA PENYEDIAAN SANDWIC:

1. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian, lipat helaian daun salad.

2. Letakkan satu kepingan lof daging ayam.

3. Kemudian, tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin. 

4. Letakkan satu kepingan keju. 

5. Letakkan lobak merah yang digaul mayones. Kemudian, tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga. 

6. Susun hirisan timun Jepun. 

7. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.

8. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian, tutup dengan kepingan roti yang keempat (terakhir). 

9. Kemudian, tutup dengan kepingan roti yang keempat (terakhir). 

10. Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sandwic yang cantik.  

Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, Insya-Allah menjadi.

Setiap potongan sandwic mesti dibalut tisu kertas supaya sandwic terletak kemas dan tidak berterabur. Anak nak makan pun mudah pegang dan tak comot!

Siap sandwic 3 tingkat.

Kredit: Zurina Zulkefli

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN