Makan

Ibu Rempah, Rahsia Masakan Lebih Sedap! Ini Cara Membuatnya

Share

Ibu rempah ini sangat berguna untuk masakan. Malah boleh dikatakan sebagai rencah rahsia masakan seperti rendang, asam pedas, ayam goreng serta ayam bakar agar jadi lebih sedap.

Bukan itu saja bahan yang terkandung di dalamnya iaitu ketumbar serta jintan turut membuatkan masakan lebih harum dan menyelerakan.

Hanya perlu ambil 1-2 sudu serbuk ini untuk dimasukkan semasa menumis, hasilnya masakan akan jadi lebih berperisa.

Cara membuat ibu rempah

Cara membuat perencah rempah ini dikongsi oleh Sara Iskandar yang memang menggunakannya dalam masakan. Cuma sediakan tiga bahan saja iaitu;

  • 3 senduk ketumbar
  • 1 senduk jintan manis
  • 1 senduk jintan putih

Goreng bahan-bahan ini tanpa minyak sehingga sedikit garing untuk mengeluarkan aroma wangi yang khas. Setelah itu, kisar kering bahan-bahan tersebut sehingga halus. Siap!

Masakan sesuai menggunakan ibu rempah

Rendang – aromanya yang kuat akan menyatu dengan daging, menghasilkan rendang yang lebih berperisa.

Asam Pedas- menambahkan rasa rempah yang lebih kaya, menjadikan kuah asam pedas lebih menyelerakan.

Ayam Bakar & Ayam Goreng: memberi lapisan rasa yang lebih dalam, menambah keharuman pada ayam bakar atau goreng.

Tip menyimpan

Simpan dalam bekas kedap udara untuk memastikan ia kekal tahan lama dan aromanya tidak hilang.

Simpan di tempat yang sejuk dan kering. Dengan cara ini, ibu rempah akan sentiasa siap digunakan bila diperlukan.

Kredit resipi & foto: Sara Iskandar

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose