Ibu rempah ini sangat berguna untuk masakan. Malah boleh dikatakan sebagai rencah rahsia masakan seperti rendang, asam pedas, ayam goreng serta ayam bakar agar jadi lebih sedap.
Bukan itu saja bahan yang terkandung di dalamnya iaitu ketumbar serta jintan turut membuatkan masakan lebih harum dan menyelerakan.
Hanya perlu ambil 1-2 sudu serbuk ini untuk dimasukkan semasa menumis, hasilnya masakan akan jadi lebih berperisa.
Ads
Cara membuat ibu rempah
Cara membuat perencah rempah ini dikongsi oleh Sara Iskandar yang memang menggunakannya dalam masakan. Cuma sediakan tiga bahan saja iaitu;
3 senduk ketumbar
1 senduk jintan manis
1 senduk jintan putih
Goreng bahan-bahan ini tanpa minyak sehingga sedikit garing untuk mengeluarkan aroma wangi yang khas. Setelah itu, kisar kering bahan-bahan tersebut sehingga halus. Siap!
Masakan sesuai menggunakan ibu rempah
Rendang – aromanya yang kuat akan menyatu dengan daging, menghasilkan rendang yang lebih berperisa.
Asam Pedas- menambahkan rasa rempah yang lebih kaya, menjadikan kuah asam pedas lebih menyelerakan.
Ayam Bakar & Ayam Goreng: memberi lapisan rasa yang lebih dalam, menambah keharuman pada ayam bakar atau goreng.
Ads
Tip menyimpan
Simpan dalam bekas kedap udara untuk memastikan ia kekal tahan lama dan aromanya tidak hilang.
Simpan di tempat yang sejuk dan kering. Dengan cara ini, ibu rempah akan sentiasa siap digunakan bila diperlukan.
Kerak dalam cawan ini selalu ada pada cawan atau mug yang selalu digunakan di rumah. Boleh jadi kesan dari kopi atau teh yang kita tuang di dalamnya.
Kadang-kadang cawan di restoren pun ada yang begini sehingga kita rasa geli bila melihatnya selesai minum. Kesan ini walaupun kita sental memang sukar ditanggalkan. Sebab itu ada yang terus buang saja cawan yang ada kerak begini.
Namun sebenarnya ada petua mudah untuk menghilangkan kesan kotoran ini. Ia hanya perlu direndam dengan tiga bahan dapur saja untuk membersihkannya.
Cara hilangkan kesan kerak degil dalam cawan
Bahan-bahan diperlukan
1. Baking soda
2. Cuka
3. Pencuci pinggan mangkuk
Ini langkahnya
1. Masukkan 1 sudu baking soda ke dalam bekas yang kotor.
2. Tuang 2 sudu cuka ke dalam bekas yang kotor.
3. Isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk.
4. Tambahkan dengan air panas/air suam dan kacau sebati
5. Biarkan selama 10 minit
6. Selepas itu cuci cawan/mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan.
TIP: Bagi kotoran yang terlalu degil, rendam cawan/mug anda semalaman bersama baking soda dan cuka.
Kebanyakan periuk dan kuali di rumah memang bersih permukaannya tetapi bahagian belakang selalunya hitam dan berkerak. Memang susah nak hilang. Sebelum kerak hitam semakin menebal, cuba praktikkan cara yang dikongsi oleh Eyda Fyda. Memang berkesan. Belakang periuk atau kuali terus licin berkilat.
********
Kita nak bagi tips periuk berkilat seakan baru..
Dari start beli kita tak pernah pakai periuk ni. Dapat kat family depa ni rajin masak tu yang sampai jadi macam tu. Berkat kesungguhan dan kerajinanku hari ini, jadilah macam baru walaupun setengah hari jugalah menyental, penat berhenti lepas tu sambung, pastu berhenti pastu sambung.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Sabun cap buruh/sabun mandi
Gosok periuk kasar
Tenaga dan kerajinan
CARA-CARA:
Lumurkan sabun buruh/mandi keliling kuali atau periuk
Kemudian, biarkan sebentar dalam 10 minit
Selepas itu, apa lagi keluarkan tenaga untuk menyental
Ulang semula selagi tak bersih
TIP KALAU DAH TAK LARAT NAK MENYENTAL:
Agak-agak dah tak larat berhenti dulu, sambung buat benda lain sementara tinggal tu, lumur lagi dengan sabun, nanti dah ada tenaga sambung lah balik menyental.
Kalau anda tengah berkira-kira mahu beli kuali atau periuk baru, boleh klik di sini.
Peria goreng rangup memang sedap! Nampak macam biasa je tapi sayur ni mempunyai nilai khasiat yang luar biasa. Ia dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Walaupun begitu, masih ramai yang kurang menggemari sayur ini dek kerana rasanya yang pahit. Selain dijadikan ulam, dimasukkan ke dalam masakan, salah satu masakan sedap yang anda boleh hasilkan ialah Peria Goreng Rangup. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Noorfaizah Aziz ni hanya guna 2 bahan. Memang mudah. Jom lihat cara-caranya.
foto: http://healthyliving.natureloc.com
CARA MASAK PERIA GORENG RANGUP GUNA 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Peria katak
Tepung goreng serbaguna
Air garam
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan peria dan potong nipis-nipis dan pastikan ketebalannya sama.
2. Rendam dalam air garam seketika anggaran 30 minit. Kemudian toskan dan lap sedikit peria menggunakan tisu supaya tidak terlalu basah.
3. Gaul hirisan peria tadi bersama tepung goreng serbaguna hingga bersalut sepenuhnya.
4. Panaskan minyak yang banyak dan goreng peria hingga garing.
5. Angkat dan toskan minyaknya. Bila dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup dan tahan lama.