
Mengikut perkongsian dari Rose Misymuchy resipi ini diberikan oleh ibu mertuanya yang biasa dimasak bila tiba hari raya. Kalau dah sedap tak payah tunggu raya, sekarang pun boleh masak. Sesuai jer dimakan bila-bila masa, cuma banyak sikit rencahnya. Nak makan sedap kenalah bersabar ya! Selamat mencuba.
RESIPI DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
Daging (Lagi sedap kalau daging batang pinang)
*Jintan kasar
*Jintan halus
*Bunga lawang
*Kayu manis
*Buah pelaga
*Cili kering
BAHAN TUMIS:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
CARA MEMASAK:
- Sangai bahan * sampai bau harum.
- Kemudian sangai dengan cili kering sedikit, ikut kepedasan masing-masing.
- Kisar halus bahan-bahan yang disangai tu dan gaul dengan daging yang dah dibasuh. Kemudian perap dalam setengah jam.
- Bahan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hiris nipis.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris, dah garing masukkn daging yang diperap tadi.
- Sambil kacau masukkan kicap kipas udang, gula. Nak pekat tambah sikit kicap pekat. Kemudian masuk dalam preasure cooker lagi cepat empuk.
- Masak sampai kering dan bersalut rempah dengan daging. Siap.
- Nota: Boleh je gantikan dengan ayam yang dah di goreng kejap…tabur daun kari.
Kongsi resipi: Rose Misymuchy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Meatball Homemade & Sos Swedish Yang Sedap.

Jom belajar buat meatball homemade. Ramai yang puji ‘meatball’ Ikea memang sedap terutamanya sos dan bebola dagingnya yang bersaiz besar. Sebenarnya tak susah sangat pun hendak buat hidangan ini. Boleh cuba resepi perkongsian Puan Tahrunnisah Jali. Katanya resepi ini asalnya dari Kak Sue Norrman yang kini menetap di Sweden. Resepi ini adalah resepi asli Swedish dari mak mertua beliau yang diubah ikut citarasa.
CARA HASILKAN MEATBALL HOMEMADE & SOS SWEDISH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging kisar
- 1/2 biji bawang besar – cincang halus (*)
- 1 sudu makan mentega (*)
- 3/4 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh kryddpeppar@ mixed spices
- 1/3 sudu teh serbuk kayu manis- saya tambah
- 1/3 sudu teh gula
- 1-1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan serbuk roti – kisar halus
- 30ml susu segar
- 1 biji telur ‘c’- saya tak guna tapi kalau nak, boleh masukkan.
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan selebihnya dan sebatikan. Masuk bawang yang ditumis tadi. Uli lagi hingga sebati dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.
3. Dengan menggunakan non-stik pan, masukkan sedikit mentega dan masukkan bebola daging tadi.
4. Masak menggunakan api sederhana dan tutup kuali supaya bebola daging masak. Balik-balikkan sekejap hingga garing.
Nota: Lebihan mentega di dalam kuali jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk menyediakan sos.
BAHAN SOS:
- Lebihan mentega yang digunakan untuk menggoreng bebola daging.
- 2 cawan stok ayam / air rebusan ayam
- 2 cawan whipping krim
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 ketul kiub ayam
- Sedikit serbuk lada hitam
- 1/2- 1 sudu makan tepung kentang bancuh dengan air sikit untuk memekatkan sos.
- Garam dan gula jika perlu- tambahan kalau kurang rasa.
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan kecuali whipping creamdan bancuhan tepung kentang.
- Didihkan danapabila rasa dah cukup, masukkan whipping cream. Didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sedikit demi sedikit namun jangan terlalu pekat.
- Hidangkan sos bersama bebola daging, lingon jem dan kentang. Boleh juga diganti dengan ‘mix fruits’
Kredit resipi & foto: Gee Salleh ( http://www.taukehpemanggangajaib.com/resepi-homemade-meatball-ala-ikea-atau-lagi-sedap-dari-ikea/)
Donat Kentang Gebu , Ikuti Langkah-Langkah Membuatnya

Donat ni cukup special, ada masukkan kentang. Kekal gebu dan sedap. Jom ikut resipi donat kentang dari Puan Maria Bentalib yang cukup kreatif dengan idea memasaknya. Resipi dia cukup mudah diikut, dalam gambar tu ada langkah demi langkah membuatnya.Comel aje rupa donat tu.
Pastikan doh tu naik sempurna dengan yis berkualiti, barulah donat nanti naik gebu gabas. Sedap dan lembut bila digigit. Makan pulak dengan secawan kopi, memang teramatlah nikmatnya.
DONUT KENTANG OHSEM
BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung gandum
- Garam hujung camca
- 2 sudu besar susu tepung
(garam dan susu ni letak kat tepung gandum)
.
- 2 sudu besar gula kasar
- 1 paket yis segera
- 1 penutup aisin vanila
- 200gm kentang – direbus
- 2 biji telur
- 1 cawan minyak sayuran
- Gula castor secukupnya untuk donut yang dah goreng.
CARA MEMASAK :
1. Mula sekali rebus kentang. Dah empuk, kopek kulitnya dan lenyek sampai lumat.
.
2. Kemudian. Larutkan gula dengan sedikit air panas, dalam mug. Masukkan aisin vanila. Tambah air hingga setengah mug, pastikan air dalam mug tu suam (jangan air panas, nanti yis mati) Tuangkan yis, tutup mug. Dah jangan kacau, biarkan yis tu naik dengan aman. Ketepikan
.
3. Campurkan telur dengan kentang yang dah lenyek lumat tadi, pukul. Masukkan minyak, pukul. Bila yis dah naik, masukkan pula yis dan kacau rata..
.
.
4. Masukkan tepung gandum yang dah diletakkan garam dan susu tepung tadi. Uli hingga lembut (lebih kurang 20 minit menguli).
5. Siap hempas hempas. Kalau tengah geram dengan orang, bagus. Gerenti jadi gebusss donut tu nanti.
.
6. Dah siap uli, cover besen dengan kain. Biarkan selama 1 jam 30 minit.
.
.
.
7. Lepas dah kembang, cekut dan bulat bulatkan. Susun atas loyang yang dah disapu minyak dan ditaburi tepung.
.
8. Biarkan ia kembang sekali lagi. Pastu goreng. Panas panas kena golek kat gula, kalau dah tak panas nanti gula tak lekat ye. Guna gula castor.
#DonutKentang
#KegemaranRamai
Kredit foto dan resipi :Maria Bentalib
FB : Maria Bentalib
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA PETUA INI :
BOLEH SEMAK VIDEO INI :
1 Bahan, 4 Lauk Berbeza. Idea Menu Untuk ‘Lunch’ Paling Cepat Siap Yang Boleh Dimasak Guna Daging.

Daging enak dinikmati dengan pelbagai cara masakan. Oleh itu, bagi anda yang belum ada idea tentang jenis masakan yang nak disajikan buat keluarga hari ini, seleksi resipi pilihan RASA kali ini pasti boleh membantu. Selamat mencuba!
1. DAGING BAKAR DENGAN AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging batang pinang
BAHAN PERAPAN (DIKISAR):
- 3 batang serai
- 2cm halia
- 2.5cm lengkuas
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan ketumbar
- 1 sudu makan serbuk cili
BAHAN AIR ASAM:
- 2 ulas bawang merah |dihiris nipis
- 1 biji cili hijau |dihiris nipis
- 3 biji cili padi |dihiris nipis
- 1 biji tomato |dipotong dadu
- 250ml air asam jawa
- 1 sudu teh serbuk belacan
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan daging dan potong melintang urat.
- Tuang bahan perapan yang telah dikisar ke dalam bekas berisi daging dan perapkan selama 60 minit.
- Kemudian panggang daging menggunakan bara arang sehingga masak. Ketepikan seketika.
- Bagi menyediakan air asam, campur kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
- Jika perlu, perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa anda.
- Hidangkan bersama daging bakar yang telah dihiris nipis.
Info chef: Serbuk cili boleh juga digantikan dengan serbuk paprika sebagai bahan perapan
2. DAGING GORENG KUNYIT ALA KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 4 ulas bawang besar |dihiris
- 2 ulas bawang putih |dihiris
- 2cm kunyit hidup |ditumbuk lumat
- 4 tangkai kacang panjang |dipotong sepanjang 2.5cm
- 1 biji cili merah |dihiris
- 4 biji cili api
- 2 sudu teh garam
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Rebus daging sehingga empuk. Kemudian hiris nipis-nipis. Perap daging dengan serbuk kunyit dan garam.
- Kemudian goreng daging sehingga masak dan garing. Angkat sebentar.
- Kurangkan minyak, masukkan hirisan cili merah, cili api, bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat.
- Setelah naik bau, masukkan daging bersama kacang panjang . Gaul hingga sekata dan perasakan dengan garam secukupnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
3. DAGING MALBARI
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging | direbus dan dihiris nipis
- 10 biji cili kering | dipotong dan dibuang biji
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1.5cm halia
- 1.5cm lengkuas
- 2 sudu makan kicap manis
- 2 tangkai daun kari
- 125ml air asam jawa
- Garam dan perasa
- 125ml minyak untuk menumis
- 250ml air rebusan daging
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas serta cili kering sehingga naik bau dan berwarna keperang-perangan dengan api yang perlahan.
- Kemudian masukkan bahan tersebut ke dalam pengisar dan masukkan sedikit air. Kisar hingga halus.
- Seterusnya panaskan minyak dan goreng kembali bahan yang dikisar tadi sehingga wangi.
- Masukkan daun kari dan daging. Biarkan sebati.
- Tambahkan air rebusan daging dan biarkan mereneh seketika.
- Akhir sekali, masukkan kicap manis dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
- Sedia untuk dinikmati.
4. DAGING SINGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging
- 3 keping asam gelugur
- 3 ulas bawang putih |dihiris nipis
- 3cm lengkuas |dihiris nipis
- 2cm kunyit hidup |ditumbuk sehingga lumat
- 1 sudu makan ketumbar | disangai dan ditumbuk kasar
- 1 sudu teh jintan manis | disangai dan ditumbuk kasar
- 10 biji cili padi
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Daging dihiris nipis dan dicuci sehingga bersih.
- Kemudian masukkan semua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk. Rebus sehingga daging kelihatan lembut dan empuk.
- Akhir sekali, masukkan cili padi dan perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
- Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Info chef: Untuk memudahkan daging empuk, masukkan sebatang sudu atau garpu besi ke dalam periuk rebusan dan rebus sehingga daging lembut.