
Daging dendeng sering dianggap sebagai hidangan sukar utnuk disediakan. Gelap, berminyak, dengan rasa manis pedas, ia sering menjadi hidangan tumpuan bila dihidang di majlis keraian, kenduri kendara atau untuk makanan harian.
Kelemakkan dan warna gelapnya, yang membuatkan daging dendeng adalah sejenis hidangan yang memerlukan banyakpengorbanan masa dan berjam-jam waktu memasak di atas dapur yang panas, hanya boleh dibuat oleh chef-chef dan makcik-makcik yang penuh berpengalaman. Memang benar, resepi dan kerumitan mungkin berbeza dari dapur ke dapur, tetapi, bagaimana jika kami memberitahu bahawa anda boleh membuat daging dendeng yang hebat dan tidak kurang lazatnya dengan hanya bahan ringkas…
Hidangan yang seakan rumit ini sebenarnya sangat mudah dibuat. Ada yang perlu diketuk-ketuk sedikit, jadi mintalah bantuan dari yang lebih berotot atau dari anak-anak yang besar sedikit. Mesti mereka suka tolong ketuk-ketuk! Jadi, cubalah memasak resipi daging dendeng ini. Beri kejutan masakan anda kepada keluarga tersayang!
RESIPI DAGING DENDENG IBU MERTUAKU
BAHAN-BAHAN:
- Daging batang pinang (tenderloin) 1 kg
- Bawang merah 3 biji (kisar)
- Bawang putih 5 ulas (kisar)
- Cili kering yang di blender dan di kisar (2 senduk kecil)
- Sos tomato
- Bawang goreng
- Kicap kipas udang manis
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
- Mula mula sekali basuh daging dan toskan airnya .
- Ambil periuk dan masukkan daging . Letakkan kicap paras daging itu . Rebus selama 10 minit . Sejukkan .
- Ambil daging itu dan tumbuk nipis nipis pakai batu lesung (jika nak carik-carikkan daging pun boleh) . Ketepikan .
- Kemudian ambil kuali masukkan minyak. Goreng kan sekejap sahaja . Dan angkat . Ketepikan .
- Minyak sama , tumis bawang merah dan bawang putih tadi. Goreng sampai wangi, masukkan cili kering pula goreng lagi . Kemudian gaulkan daging tadi biar mesra . Masukkan sos tomato , boleh tambah kicap, kicap rebus air daging tadi masukan juga dan akhir sekali masukkan bawang goreng.
- Garam secukup rasa.
Selamat mencuba .
Kongsi resipi: Amelia Tamby Hussin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anek Masakan Berasaskan Telur Sedap Dan Mudah

Isi Kandungan
ToggleAneka masakan berasaskan telur ini mudah disediakan dan sedap pula. Telur wajib ada dalam setiap rumah kerana terlalu berguna saat terdesak. Macam-macam masakan sedap boleh dimasak dengan menggunakan telur.
Dikongsikan tiga lagi masakan berasaskan telur yang sedap. Cubalah ye.
ANEKA MASAKAN BERASASKAN TELUR
ACAR TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
½ biji timun (ambil bahagian luar dan dihiris halus)
Separuh batang lobak merah (ambil bahagian luar dan dihiris halus)
5 biji bawang merah (hiris) – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih (hiris) – boleh beli online di sini
½ inci halia (hiris) – boleh beli online di sini
1 inci kulit kayu manis – boleh beli online di sini
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
3 sudu makan sos cili
½ sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan rempah tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan gula, garam, cuka dan sos cili.
- Masukkan sedikit air agar tidak terlalu kering.
- Setelah mendidih masukkan telur , timun dan lobak merah. Kacau sebati.
- Angkat dan sedia dinikmati.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
10 ulas petai (buang kulit) – boleh beli online di sini
5 biji bawang merah (kisar) – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih (kisar) – boleh beli online di sini
2 sudu makan cili kisar – boleh beli online di sini
4 sudu makan santan pekat
Sedikit asam jawa – boleh beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
- Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
- Setelah mendidih, masukkan telur dan petai.
TELUR KUKUS GORENG
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
2 sudu makan susu cair – boleh beli online di sini
Sedikit daun ketumbar (racik)
4-5 ekor udang hidup (buang kulit dan potong kecil)
Sedikit daging ayam (potong kecil)
Cili benggala merah (potong dadu)
Sedikit cili benggala hijau (potong dadu)
Garam secukup rasa – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan dan dipukul hingga telur hancur.
- Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus.
- Kukus dalam 5 hingga 10 minit.
- Keluarkan dari bekas kukusan, potong mengikuti cita rasa anda dan goreng di dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan.
- Sedia dihidangkan bersama sos dan mayones.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Instafamous Rosehayati Kongsi 5 Resipi Lauk Kampung. Balik Mengundi Bolehlah Try!

Isi Kandungan
ToggleSesiapa yang selalu mengikuti di instagramnya pasti mengenali beliau, jika baru berjinak dengan dunia masakan beliau antara instafamous yang disebut selalu dan pengikutnya pasti tertunggu-tunggu resipi apa yang dimasaknya hari ini.

Skill Utama Masakan Menu Kampung, Resipi Dan Tunjuk Ajar Emak Jadi Rujukan Utama
Roshayati Jamaludin 38 tahun, mengakui banyak belajar memasak daripada emaknya sendiri. Setiap kali memasak dia pasti akan menelefon emak untuk bertanyakan bahan-bahan dan cara memasak. Sekarang boleh memasak dengan hanya mengagak-agak bahan hasil bantuan emaknya selama ini.
Sebagai surirumah sepenuh masa memasak menjadi rutin harian yang seronok diilakukannya. Rosehayati akan memastikan semua ahli keluarganya makan bersama sebelum keluar dari rumah untuk meneruskan aktiviti harian. Ibu kepada dua cahaya mata ini percaya amalan ini akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan.
Mengakui skill memasaknya lebih kepada masakan kampung dan keluarganya sendiri memang lebih meminati menu kampung. Menu yang selalu menajadi permintaan keluarga adalah yang berkuah seperti singgang, sambal belacan, ikan goreng dan ulam-ulaman. Rosehayati sangat bersyukur kerana anak-anak tidak cerewet dalam bab makan dan mengamalkan jadual pemakanan yang lengkap.
Asalnya hanya sekadar berkongsi gambar di instagram untuk koleksi sendiri bersama ahli keluarga dan kenalan rapat. Memang pada suami tidak bersetuju dengan minatnya tetapi akhirnya suami memahami dan menetapkan syarat supaya tidak mengabaikan keluarga.
Kini Rosehayatie menjadikan instagram sebagai tempat rujukan bertukar pandangan dan idea baru untuk memasak. Menggunakan smartphone sebagai medium utama untuk mengambil gambar dan video masakannya ternyata gambar yang dihasilkan sangat cantik dan kreatif. Kini laman sosial instagramnya telah mencecah lebih 200K dan beliau sentiasa mengemas kini akaun miliknya.
1. ASAM PEDAS IKAN CENCARU
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor Ikan cencaru sederhana
- 7 batang bendi
- 1 sudu teh biji sawi
- 1 ikat Daun kesom
- 1 keping asam keping
- Air asam jawa secukup rasa
- Air secukup (ikut kepekatan kuah)
- Garam dan secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- Sedikit belacan
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak tumis biji sawi dan bahan kisar hingga wangi kemudian masuk Cili kisar masak sehingga Cili betul2 garing dan pecah minyak..
- Ambil separuh Daun kesom masuk dalam tumisan kacau rata kemudian masuk asam keping dan Cili dah betul betul masak masukan air asam jawa,air secukupnya ikut kepekatan kuah,garam dan secukup rasa.
- Kuah dah mendidih masukan Ikan dan kacang bendi..Biar mendidih seketika supaya Ikan dan kacang bendi betul2 masak..sedia untuk di hidang..
2. PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji terung saiz sederhana | belah dua jangan putus
- 2 paket kecil rempah kari daging babas}bancuh dengan sedikit air
- 2 sb udang kering
- 6 ulas bawang merah | hiris
- 3 ulas bawang putih | hiris
- I inci Halia | hiris
- 1 btg kulit kayu manis,1 kuntum bunga lawang dan 3 batang cengkih
- 1 paket kecil kerisik
- 1 mangkuk kecil santan
- 3 sb gula | ikut rasa agak kurang boleh tambah
- Garam dan secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak tumis kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih dan bahan hiris hingga wangi dan masukan rempah kari yang dibancuh bersama air kacau rata masak sehingga rempah kari betul2 masak dan pecah minyak.
- Masukan udang kering,kerisik terung dan santan didih dengan api pelahan supaya pecah minyak.
- Masukan gula,garam dan secukup rasa..masak hingga kuah agak pekat sedikit..siap untuk di hidang bersama nasi putih dan lagi sedap ada ikan masin gelama..
3. KUE TEOW GORENG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 800gm kue teow
- 1/2 kilo sotong
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 3 biji bawang merah | kisar
- 1 senduk Cili kisar | tumis asing
- 2 sb sos tiram
- 1 sb sos cili
- 2 sb Kicap manis
- 1/2 sudu kicap pekat
- Secekak Daun kucai | potong pendek (lebih kurang 1 inci)
- 1 cawan tauge
- Minyak untuk mengoreng secukupnya
- Garam secukup rasa Jika perlu
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali..tumis bahan kisar hingga naik bau..masuk Cili kisar tumis sampai Cili betul betul masak kemudian masuk sos cili,sos tiram,Kicap manis dan kicap pekat sambil kacau..
- Masukan sotong kacau lagi beberap minit hingga sotong hampir masak masukan kue teow kacau lagi beberapa minit..
- Masukan kucai dan tauge sambil di kaup balik sebentar..sayur separuh masak lebih rangup dan sedap..boleh di hidang bersama cili kicap..
4. AYAM MASAK SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 Ekor ayam
- 25 tangkai cili kering | kisar asing
- 1 biji bawang besar | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 1 inci Halia}ketuk
- 2 batang serai | ketuk
- 1 keping asam keping
- 2 sb Cili sos
- 2 sudu gula
- Garam secukup rasa
- 1 biji bawang besar | potong bulat
CARA MEMASAK:
- Kisar Bawang besar dan Bawang putih..cili kering kisar asing..panaskan minyak tumis bahan kisar,halia dan serai hingga wangi kemudian masuk Cili kisar dan tumis sehingga Cili betul betul masak dan pecah minyak..
- Masukan sos cili,asam keping,gula..masak sehingga mendidih dan kepekatan yang disukai
- Akhir sekali masukan ayam yang telah digoreng dan Bawang besar yang dihiris gaul rata dan sedia untuk di hidangkan dengan nasi tomato dan acar jelatah
5. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- 1 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air kapur
- 4 cawan air
CARA MEMASAK:
- Campur semua bahan,kacau sebati,oles loyang dengan sedikit minyak masak,kemudian tapis adunan ke dalam loyang..
- Didihkan air dalam periuk pengukus dan alas tutup periuk dengan kain tuala untuk elakan air menitik keatas permukaan Kuih yang di kukus nanti..
- Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung pada saiz loyang yang di gunakan..bila dah masak,sejukan terlebih dahulu barulah dipotong
- Gaul potongan Kuih kaswi ke dalam kelapa muda yang diparut beserta sedikit garam..
- Sedap dimakan untuk hidangan petang..selamat mencuba..
Aneka Rendang Buat Lauk Berbuka

Biasanya rendang dinikmati kala hari istimewa seperti lebaran. Namun jika menyukai masakan rendang tidak usah menunggu hingga tiba hari tersebut. Ia boleh dinikmati bila-bila sahaja. Daun kunyit memberi rasa asli dan aroma yang menyelerakan. Sajian asli rendang minang dengan paduan rempah khas Minang dan santan memang melengkapkan sajian. RASA kongsikan resipi aneka jenis rendang untuk anda cuba.
RENDANG AYAM DAUN KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | potong sederhana
- 500ml santan pekat
- 1 helai daun kunyit | dicarik-carik
- 1 keping asam gelugur
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 10 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2cm lengkuas
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam, kemudian toskan.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan ayam, kacau lagi hingga ayam kecut dan airnya kering.
- Seterusnya masukkan santan dan asam gelugur, biarkan mereneh.
- Apabila ayam empuk, keluarkan dan ketepikan seketika.
- Masukkan garam dan gula. Biarkan mereneh hingga kuah pekat.
- Masukkan semua ayam bersama daun kunyit.
- Kecilkan api. Biarkan ia mereneh di atas api sederhana sehingga rendang mengeluarkan minyak.
- Sedia dihidangkan bersama Nasi Tomato.
RENDANG AYAM NOGORI SEMBILAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ayam | potong sederhana
- 500ml santan
- 3 batang serai |titik
- 2 sudu makan kerisik
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 2cm lengkuas
- 2cm kunyit hidup
- 15 tangkai cili padi
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam dalam kuali kemudian campurkan bahan kisar.
2. Seterusnya masukkan santan. Biarkan mendidih.
3. Masukkan serai.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Apabila kuah pekat, masukkan kerisik.
6. Kecilkan api dan terus kacau hingga pecah minyak.
7. Angkat dan hidangkan.
RENDANG AYAM CILI PADI
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ayam saiz L | potong ikut suka dan dibersihkan dan tos
- 2 1/2 biji kelapa | ambil santan pekatnya
- ½ biji kelapa | dibuat kerisik
- 5 batang serai | dititik
- 6 batang serai | dihiris
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR
- Segenggam cili padi | Anggaran 30 biji
- 10 biji bawang kecil
- 5 ulas bawang putih
- 3cm kunyit hidup
- 3cm halia
- 2cm lengkuas
CARA MEMASAK
- Masukkan ayam dalam kuali besar dan gaulkan dengan bahan kisar serta serai titik. Hidupkan api dan biarkan sehingga air ayam sedikit kering.
- Kemudian masukkan santan dan besarkan api. Masak sehingga santan sedikit kering dan masukkan garam. Kacau rata dan kecilkan api.
- Kemudian masukkan kerisik dan kacau rata.
- Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak . Kemudian masukkan hirisan serai.
- Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masak sehingga rendang kering ataupun jika suka berkuah bolehlah ditutup apinya. Sedia dihidangkan.
RENDANG LIMPA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm limpa ] dipotong kepingan besar
- 1 biji kelapa ] diambil santan
- 8 tangkai cili kering ] dikisar
- 3 biji bawang merah ] dikisar
- 2 ulas bawang putih ] dikisar
- 1 biji bawang besar ] dikisar
- 2cm halia ] dikisar
- 2cm lengkuas ] dikisar
- 1 batang serai ]dikisar
- 2 sudu makan kerisik
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 batang serai ] dititik
- 1 keping asam gelugur
- Air secukupnya ( jika perlu)
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan limpa, bahan-bahan kisar, santan, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serai dan asam gelugur ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih.
- Apabila kuah sedikit kering kira-kira separuh dari jumlah asal, perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul rata.
- Kemudian masukkan kerisik. Gaul lagi hingga hampir kering. Perlahankan api.
- Setelah rendang kelihatan semakin pecah minyak, padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
RENDANG MINANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging | dipotong kecil
- 4 batang serai | dititik
- 320ml santan pekat
- 2 cawan air
- 150gm kerisik
- 3 helai daun kunyit | dihiris halus
- Beberapa helai daun limau purut | dibuang urat tengahnya
- 2 – 3 keping asam gelugur
- 2 sudu makan gula merah
- 1/2 kiub pati ayam
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji cili merah | dibuang biji tengahnya
- 6 biji cili padi hijau dan merah
- 5cm halia
- 2cm lengkuas
- 5cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan daging, air, daun limau purut, serai dan daun kunyit.
- Seterusnya masukkan santan, asam gelugur, gula merah, pati ayam dan kerisik. Kacau dan biarkan mereneh sehingga rendang kelihatan agak kering.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
https://www.rasa.my/pengat-pisang-lemak-manis-sedap-buat-berbuka/