Ibu Ini Ajar Buat Piza Ayam Ala Hawai Paling Mudah

Share

 

Anak-anak ni selalu suka makan piza. Nak membeli, boleh tahan harganya. Jadi apa kata buat sendiri piza di rumah. Caranya mudah. Tak perlu buat doh. Beli saje doh piza yang sedia ada di kedai. Cuma sediakan topping sahaja. Ibu ini ajar cara buat piza cara mudah, ringkas dan cepat nak dimakan. Cubalah.

 

PIZA AYAM ALA HAWAI

BAHAN-BAHAN
Roti piza sedia dimasak
5 sudu besar sos pasta
1 labu bawang holand | dihiris
30 gram hirisan ayam
Hirisan nanas dalam tin
Hirisan keju mozzarella

CARA MEMBUAT
1. Letak roti piza dalam dulang kecil. Sapukan sos pasta di atas roti pizza.
2. Letakkan hirisan bawang holand, hirisan ayam, hirisan nanas.
3. Letak topping ikut suka berapa banyak yang sesuai. Lagi banyak ini, lagi sedap.
4. Letak keju mozzarella. Bakar dalam ketuhar ikut suhu oven masing-masing sehingga masak.

Resipi oleh Deyana Hatazad
https://www.facebook.com/deyanahatazad/posts/2708350882535861

IKLAN