Bayangkan anda duduk di sebuah kafe dengan secawan kopi premium di tangan, sambil dikelilingi suasana berinspirasikan jenama fesyen jalanan paling ikonik dunia. Itulah pengalaman eksklusif yang ditawarkan oleh BAPE CAFE!? x HWC Coffee di KLCC — kolaborasi yang menggabungkan dunia kopi dan fesyen dalam satu ruang gaya hidup yang “instagrammable” habis.
Bagi HWC Coffee, kolaborasi bersama A Bathing Ape (BAPE) bukan sekadar strategi pemasaran. Ia adalah satu usaha untuk menjadikan kopi sebagai simbol gaya hidup urban yang penuh kreativiti. “Kami mahu pengalaman minum kopi itu terasa bergaya
, unik, dan dekat dengan generasi muda,” kata wakil HWC Coffee.
Apa yang membezakan kafe ini daripada yang lain? Ia bukan sekadar tempat lepak minum kopi. Setiap sudut ruang dihiasi tema BAPE yang memberikan vibe ikonik. Pelanggan bukan hanya menikmati minuman, tetapi turut menyelami dunia fesyen dan gaya hidup — seolah-olah melangkah masuk ke dalam alam BAPE itu sendiri.
Pelancaran hari ini lebih daripada sekadar memperkenalkan menu baru. HWC Coffee tampil berani dengan vertical drama dan music video — cara kreatif untuk bercerita tentang kopi mereka. “Kami percaya kopi bukan hanya minuman, tetapi pengalaman. Dengan drama digital dan muzik, kami sampaikan kisah di sebalik biji kopi kami dengan cara yang lebih dekat dengan generasi muda,” jelas wakil mereka.
HWC Coffee berharap kolaborasi ini akan mendapat sambutan hangat, khususnya daripada golongan muda yang semakin melihat kopi sebagai sebahagian daripada gaya hidup. Lebih penting, mereka mahu orang ramai lebih mengenali dan menghargai specialty coffee
yang penuh dengan keunikan rasa serta kualiti premium.Kemuncak acara ini adalah pengenalan dua kopi premium yang sangat dinanti-nantikan:
Panama Geisha Blend – boleh didapati di semua cawangan HWC Coffee di Malaysia.
Panama Los Lajones Geisha Honey – hanya 400 cawan eksklusif di BAPE CAFE!? x HWC Coffee KLCC.
Kedua-duanya terkenal di seluruh dunia dengan aroma bunga yang harum, kemanisan halus dan rasa yang sangat jernih. Satu pengalaman kopi yang tidak boleh dilepaskan!
Melalui pelancaran ini, HWC Coffee mahu menghantar mesej jelas: mereka komited untuk membawa pelbagai biji kopi premium dari ladang-ladang terbaik dunia ke Malaysia. Dan ini baru permulaan — lebih banyak siri kopi Geisha bakal diperkenalkan pada masa akan datang.
HWC Coffee x BAPE bukan sekadar kolaborasi kopi & fesyen. Ia adalah satu gerakan gaya hidup yang mengangkat kopi ke tahap trend global, sambil kekal dekat di hati pencinta kopi tempatan.