Homemade Peanut Butter Guna 4 Bahan, Berkhasiat & Jimat.

Share

Anda yang sukakan peanut butter dan sedang mengamalkan diet atau mahu makanan lebih sihat, boleh cuba buat sendiri. Ia sangat mudah, yang penting ia bebas gula, sebarang pengawet, perwarna dan perisa. Sangat berkhasiat dan sihat. Macam mana nak buat follow je resipi yang RASA kongsikan di sini. Mudahkan…

PEANUT BUTTER
BAHAN-BAHAN:
2 1/2 cawan kacang tanah
3 sudu makan madu
12-15 sudu makan minyak zaitun| boleh ganti dengan minyak sayur
1/2 sudu teh garam

CARA MEMBUAT:

Goreng kacang tanah tanpa minyak di atas api kecil selama lebih kurang 20 ke 30 minit. Kacau selalu setiap 1-3 minit supaya tak hangus. Nak bakar dalam oven pun boleh.

Apabila kacang dah mula berbau ‘masak’, kulit mula tanggal dan rasa rangup, maka tutup api.

Buang kulit kacang sampai bersih. Ketepikan kacang yang hitam atau hangus. Jangan dicampur nanti pahit.

Masukkan kacang dalam pengisar. Kisar sampai separuh halus dan tambahkan garam dan madu.

Masukkan minyak berperingkat-peringkat. Kisar lagi sampai halus. Boleh tambah minyak sekiranya tekstur masih kental

Simpan dalam botol, dan peanut butter sedia disapukan pada roti. Simpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan.

Kredit :Fb Kak Has, #kualikakHas

IKLAN