Anda yang sukakan peanut butter dan sedang mengamalkan diet atau mahu makanan lebih sihat, boleh cuba buat sendiri. Ia sangat mudah, yang penting ia bebas gula, sebarang pengawet, perwarna dan perisa. Sangat berkhasiat dan sihat. Macam mana nak buat follow je resipi yang RASA kongsikan di sini. Mudahkan…
PEANUT BUTTER BAHAN-BAHAN: 2 1/2 cawan kacang tanah 3 sudu makan madu 12-15 sudu makan minyak zaitun| boleh ganti dengan minyak sayur 1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
Goreng kacang tanah tanpa minyak di atas api kecil selama lebih kurang 20 ke 30 minit. Kacau selalu setiap 1-3 minit supaya tak hangus. Nak bakar dalam oven pun boleh.
Ads
Apabila kacang dah mula berbau ‘masak’, kulit mula tanggal dan rasa rangup, maka tutup api.
Buang kulit kacang sampai bersih. Ketepikan kacang yang hitam atau hangus. Jangan dicampur nanti pahit.
Ads
Masukkan kacang dalam pengisar. Kisar sampai separuh halus dan tambahkan garam dan madu.
Ads
Masukkan minyak berperingkat-peringkat. Kisar lagi sampai halus. Boleh tambah minyak sekiranya tekstur masih kental
Simpan dalam botol, dan peanut butter sedia disapukan pada roti. Simpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan.
Kredit :Fb Kak Has, #kualikakHas
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Rahsia keenakan menu ini kerana aroma herba tradisi seperti serai dan daun limau purut memang mengundang selera. Rasa lemak-lemak pedas dan masam manis memang terbaik. Kalau dikeringkan dan tambah kerisik boleh jadi rendang. Kalau korang nak tau macam mana rasanya boleh Cuban resipi ni.
GULAI AYAM SERAI LENGKUAS BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana dan cuci bersih
250gm santan
4 batang serai | titik
3 hirisan lengkuas
3 helai daun limau purut
2 sudu makan pes cili kering
2 keping asam gelugor
1 sudu teh serbuk perasa ayam / cukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
5 ulas bawang merah / 1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
4cm kunyit hidup
4 tangkai cili merah
7-8 biji cili padi
4 ulas buah keras
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam kemudian tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis serai titik, kemudian masukkan bahan kisar.
3. Kacau rata hingga timbul minyak.
4. Masukkan ayam, kacau lagi dan biarkan hingga ayam kecut.
5. Tambah sedikit air, kacau dan masukkan hirisan lengkuas, daun limau purut serta asam gelugor.
6. Seterusnya masukkan santan, biarkan gulai terus mereneh 3-4 minit.
7. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa ayam secukup rasa.
8. Setelah masak dan cukup rasa, tutup api dan Ayam Gulai Serai Lengkuas sedia dihidangkan.
Senang je buat Roti Jala, bahan-bahan pun mudah disediakan, Pencicah boleh dipadankan ikut selera keluarga, atau bila korang masak sambal, kari, rendang untuk makan tengahari atau malam bolehlah buat lebih, makan dengan Roti Jala untuk sarapan atau minum petang. Berikut resipinya ye.
Roti Jala Pandan
ROTI JALA PANDAN BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung
4 sudu minyak
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 cawan air pandan
2 cawan air (tak cukup boleh tambah)
CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan dalam blender.
2. Kisar hingga halus & tak bergentel.
3. Tambah air jika terlalu pekat (pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat)
4. Dah siap panaskan kuali leper, sapukan dengan sedikit minyak masak.
5. Pastikan kuali betul-betul panas. kemudian kecilkan api.
6. Guna acuan roti jala dan teruskan menjala.
7. Bila sudah masak lipat dan gulungkan.
5. Buat sampai habis.
6. Setelah siap boleh makan dengan kari ayam
Sedap sebagai hidangan minum petang
KARI AYAM:
BAHAN-BAHAN
1kg ayam | potong kecil dan bersihkan
150ml santan kotak
3 sudu makan air asam jawa
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk cili
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
4 sudu makan minyak masak BAHAN KISAR:
3cm halia
5 ulas bawang merah/1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang serai BAHAN PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1 Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama bahan penumis, setelah wangi masukkan daun kari.
2. Kemudian masukkan rempah kari yang dicampurkan dengan serbuk cili dan dibancuh dengan air.
3. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam kacau dan tambahkan air ke dalamnya. Biarkan mereneh hingga ayam kecut.
5. Masukkan santan, air asam, garam dan guna secukup rasa.
6. Biarkan karai mereneh dalam 3-4 minit, kecilkan api.
7. Selepas 5 minit dan cukup rasa, tutup api.
8. Kari sedia dihidangkan.
Ingin makan masakan udang yang sedap dan terasa manis dan segar isinya tanpa perlu keluar duit banyak makan di restoran ternama atau hotel ye. Sebenarnya, korang boleh je masak sendiri di rumah hanya dengan ikut tip cara membersih dan memasak undang yang RASA kongsikan ini. Sebenarnya ia sangat mudah, cuma perlu tahu cara dan teknik untuk membersih dan memasaknya saja.
CARA MEMBERSIH UDANG:
Cuci udang di bawah air mengalir.Jika ingin memasak dengan kulit sekali, korang perlu gunting sesunggutnya saja. Jika kepala udang hampir tertanggal, pisahkan saja dan bersihkan kepala udang kemudian rebus jadikan stok udang.
Setelah dibersihkan, lumurkan udang dengan air limau nipis dan sedikit garam. Cuci bersih dan toskan.
Jika ingin menggunakan isi udang tanpa kulit, korang boleh rendam dengan campuran cuka makan dan air. Tujuannya untuk melembutkan kulit udang supaya lebih mudah dikopek.
Jangan lupa membersihkan kotoran yang ada dibahagian belakang udang, caranya hiris sedikit dan tarik benang hijau kehitam yang ada dibahagian belakangnya itu.
Jika tidak terus dimasak, simpan udang dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegaran dan mengelakkan dari tercemar dengan bakteria. Tapi jangan simpan terlalu lama, sebaiknya elakkan juga dari frozenkannya lebih dari sekali.
CARA MEMASAK UDANG:
Masak dengan api besar. Jika ingin memasak dengan cara menumis atau menggoreng sebaiknya guna api besar dan masak dengan pantas. Tujuannya untuk mengekalkan rasa manis dan kesegaran udang.
Masukkan dalam air mendidih, jika ingin merebus masukkan udang, jangan lupa tambahkan sedikit garam dalam air rebusan dan tutup seketika periuk. Seketika kemudian keluarkan udang dan celupkan ke dalam air sejuk. Tujuannya untuk menghentikan proses memasak udang tersebut.
Memasak dengan cepat supaya isi udang kenyal dan manis. Masaklah udang sekitar 3-4 minit sahaja atau sampai udang berubah warna kemerahan kerana tekstur isi udang sangat lembut.
UDANG GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
8 biji cili padi | dihiris
1/2 cawan susu seger
1 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
2 biji telur kuning
1 sudu makan mentega
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
Angkat dan toskan.
Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!