Hidangan Sederhana Berlado Kentang Bilis Ala Minang

Share

Merupakan sajian sambal tumis kentang dicampur dengan ikan bilis yang dimasak kering. Enak makan bersama nasi putih hangat dan telur goreng atau ikan goreng.

BERLADO KENTANG BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm ikan bilis ] digoreng garing
  • 3 biji ubi kentang ] dipotong baji dan digoreng
  • 100gm cili merah ] dikisar
  • 50gm cili padi merah ] dikisar
  • 1 biji bawang besar ] dikisar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan garam. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

 

Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 20 minit
Jenis hidangan: Minang
Keistimewaan: Pedas menyengat
Jenis masakan: Lauk pauk
Cara memasak: Goreng dan tumis

IKLAN