Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Share

Sebut pasal pencuci mulut, memang sedap kalau dapat makan durian crepe kan. Ada pelbagai jenis crepe yang dijual di pasaran, antara yang popular durian crepe.

Resipi yang dikongsikan Faradilah Nor ini, senang untuk dihasilkan dan puas hati bila buat sendiri.

 

DURIAN CREPE

BAHAN UNTUK KULIT CREPE:

½ cawan tepung gandum – beli online di sini
4 sudu makan tepung ubi – beli online di sini
2 sudu makan tepung kastard – beli online di sini
2 sudu makan tepung jagung – beli online di sini
2 sudu makan gula pasir – beli online di sini


1 biji telur
1 sudu makan minyak masak – beli online di sini
½ cawan susu segar
1 cawan air
1 sudu esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Secubit garam

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMBUAT:

1. Satukan semua bahan dan kisar lebih kurang 5 minit.
2. Kemudian biarkan adunan kira-kira 15 minit atau sehingga buih-buih pada adunan hilang.
3. Panaskan kuali tak lekat (non-stick pan) dan oles sedikit minyak menggunakan tisu.
4. Tuang satu senduk bancuhan dan lenggang-lenggangkan kualiu hingga dapat bentuk bulat. Pastikan betul-betul nipis. Jika tidak crepe tidak menjadi sebaliknya jadi lempeng durian.
5. Semasa masak crepe, pastikan guna api kecil. Jika guna api besar, crepe akan ada lubang-lubang halus.
6. Bahagian atas crepe / yang tak kena api akan menjadi bahagian luar kulit.
7. Crepe ini juga tidak perlu diterbalikkan sewaktu dimasak. Anggaran masak crepe ini adalah selama 2 minit. 7. Buat hingga adunan habis.

BAHAN UNTUK KASTARD DURIAN:

3 sudu makan gula
4 sudu makan tepung kastard
200ml susu segar
50ml air
1 biji kuning telur
Sedikit pewarna kuning
Secubit garam
1 cawan isi durian

CARA MEMBUAT:

Campurkan semua bahan dan masak di atas api sederhana hingga pekat. Kemudian akhir sekali, masukkan isi durian. Kacau hingga semuanya sebati.

BAHAN KRIM PUTAR/WHIPPING CREAM:

3 cawan whipping cream (non dairy)

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MEMBUAT:

1. Mix whipping cream sehingga fluffy atau bertanduk.
2. Mix whipping cream yang sejuk sehingga mengembang, jangan terlalu lama nanti whipping cream akan cair semula.
3. Resipi ini menghasilkan anggaran 15-20 biji durian crepe.
4. Letakkan kulit crepe di atas permukaan yang rata. Letakkan whipping cream.
5. Kemudian, letakkan kastard durian di tengah. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit, sedang-sedang saja.
6. Lipat kulit crepe seperti biasa dan kemaskan. Sejukkan dalam peti sejuk.

Kredit resipi: Faradilah Nor

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN