Chicken tenders ini boleh jadi hidangan bila dah buntu nak masak apa untuk anak-anak. Lengkap dengan sos ranch homemade, menu ini memang buat mereka berebut nak makan.
Cara membuatnya juga tak susah, potong, perap, goreng, siap! Walaupun resipi ini menggunakan tepung goreng segera saja tapi hasilnya memang rangup dan juicy. Malah rasanya boleh jadi lagi sedap dari makan di restoren makanan segera.
½ kg ayam bahagian dada, potong memanjang
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit garam
Sedikit serbuk mixed herb (jika ada)
Tepung goreng segera (apa-apa jenama)
2 sudu besar tepung beras (campur sekali dengan tepung segera)
Air sejuk (dalam mangkuk berasingan)
1. Cuci ayam bersih, kemudian gaul semua bahan perapan.
2. Simpan dalam peti sejuk dan perap selama 1 jam untuk rasa lebih meresap.
3. Selepas sejam ambil ayam perap dan buat tiga Langkah ini, celup dalam tepung tepung segera. Kemudian celup air sejuk akhir sekali celup tepung semula. Ulang hingga ayam habis.
4. Pastikan tepung bersalut sempurna untuk hasil rangup.
6. Goreng dalam minyak panas, 8–10 minit hingga keemasan. Angkat dan toskan.
2 sudu besar yogurt (Greek/pure)
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar krim keju (cream cheese)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
2 sudu besar madu ( ikut manis yang disukai)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit serbuk mixed herb
Sedikit daun dill kering (jika ada)
Sedikit perahan lemon
Sedikit susu segar (jika perlu cairkan)
1. Campur semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Rasa dan sesuaikan ikut selera. Siap!
Kredit resipi & foto: Syalfarina Razali
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA