Resipi biskut paling senang nak bajet dan jimat masa! Cek yam kongsikan basic adunan untuk 3 jenis rasa rasa biskut yang berbeza. Biskut koko hitam, red velvet dan coklat cip yang sering mendapat permintaan tinggi dari pelanggan..  Selamat mencuba!
  
 RESIPI 3 JENIS BISKUT 1 ADUNAN SAMA
 

 

  
 BAHAN-BAHAN:
  - 1 cawan mentega (227g)
  - 1 cawan gula castor
  - 1 cawan brown sugar
  - 2 biji telur
  - Minyak masak 1/2 cawan
  - 2 sudu teh esen vanila
  - 1 sudu teh perisa red velvet/3 sudu makan coklat/3 sudu makan koko hitam
  - 3 sudu bsr susu trpung
  - 3 cawan tepung cookies/trpung gandum biasa pn blh
  - 1 1/4 sudu teh baking soda
  - 1/2 sudu teh garam
  - 2 cawan semi sweet chocolate chips
  - 1 cawan badam cincang, bakar seketika
  
 CARA MEMASAK:
 

 

 

  - Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan masukkan minyak masak kacau bagi sebati.
  - Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila dan perisa velvet.
  - Masukkan tepung, susu tepung, baking soda dan garam (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), di ikuti badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
  - Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
  - Panas oven 170c bakar 25 minit
  
  
 Kongsi resipi: Siti Mariam