Hanya Guna 4 Bahan, Bebola Kentang Ini Sedap & Crispy!

Share

Kalau dekat rumah ada banyak kentang tu, baik anda buat potato ball ni. Rasa dia sedap dan crispy. Budak budak pasti suka!

Resipi yang dikogsikan Multazimah Zaini ini, sangat mudah. Boleh buat sebagai hidangan petang ataupun malam sebelum tidur.

BEBOLA KENTANG

BAHAN-BAHAN:

4 biji ubi kentang – beli online di sini


2 sudu tepung gandum – beli online di sini
4 sudu tepung jagung – beli online di sini
Serbuk lada putih

CARA MEMBUAT:

1. Kupas dan potong kentang. Kemudian basuh bersih dan bilas.
2. Rebus kentang yang sudah dikupas ke dalam air panas selama 10-15 minit. Pastikan sehingga lembut untuk mengelakkan sukar untuk dilenyek.

3. Angkat kentang tadi dan sejukkan dalam air tapis.

4. Lenyek kentang yang sudah lembut direbus sehingga hancur dan sekata.

5. Campurkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk lada putih sekali. Tambah sedikit air ke dalam kentang yang sudah dilenyek.

6. Gaulkan sehingga sebati.
7. Bentukkan mengikut kesukaan
8. Goreng dalam api yang panas sehingga warnanya menjadi perang. Dah siap!

Kredit resipi: Multazimah Zaini

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN